Saturday, November 3, 2012

Melayu Oh Melayu

hmm..dah berbulan2 aku tak update blog aku ni......maklumla....keadaan tak mengizinkan.....

kali ni post aku pasal sikap org Melayu terutama yg bergelar USAHAWAN BARU MELAYU...

alhamdulillah aku dpt peluang utk uruskan 2 tapak stall di Medan Tuanku, KL dgn bantuan Yayasan Kebajikan Negara....

tapi sbb keadaan yg tak mengizinkan aku utk jalankan sendiri stall tuh, dgnh bantuan YKN sekali lagi, ada la hamba Allah yg bantu aku jalankan stall tu....

dgn bermula dgn hanya rm30.00 modal, alhamdulillah sale harian semakin meningkat day by day.....smp ada 1 hari tu sale mencecah hampir rm200.00.

cuma susah nak ubah sikap Melayu ni......bila sale semakin byk, makin byk plak duit belanja peribadi yg diambil smp ke 1 tahap up to rm40.00 per day dia amik.

apa yg dia npk adalah sale yg masuk mmg byk tape dia tak pernah kaji plak expenses yg perku keluar utk maintain business.

bila isu ni dibentangkan dlm meeting mingguan perjalan perniagaan, apa yg dia cuba katakan ialah kalau xcukup modal mintak lah modal tambahan dari pihak yg sepatutnya.

dan apa yg dia ambil adalah sebahagian dari perbelanjaan hariannya.

yang menyedihkan adalah, setiap kalai aku ke stall utk melihat perjalanan perniagaan, air mineral tak mampu nak beli, rokok tak mampu  naik beli, makanan pun xder duit nak beli. so dia amik duit belanja tu apa yg di buatnya?

maaf, kalau deal perniagaan dgn aku, aku sgt kedekut utk berbelanja selagi msh belum stabil kewangan perniagaan. dan itu yg jadi isu. dia kata aku kedekut tapi tujuan aku bt mcm tu adalah utk kawal cash flow sbb taknak nt smp 1 tahap xder dana utk beli stok utk run the business.

wahai USAHAWAN MELAYu..tlglah ubah persepsi akan berniaga ni adalah kerja utk dpt duit mudah....sbb mmg la income ada masuk dan smikin bertambah tapi seleras dgn pertambahan sales tu stok perlu dibeli lbh banyak sbb cust smakin rmai....jadi tgk part expenses dulu sblm tgk part income...


Saturday, August 4, 2012

masalah

takda sapa yg nak hidup dia bermasalah...

org gila pun takkan pilih utk hidup dalam masalah...

tapi itu bukan pilihan kita...

segala masalah yg timbul adalah dugaan Allah kepada hambaNya yg terpilih...

org yg takda masalah juga sbnrnya bermasalah....

tapi kalau masalah tu terlalu menekan....

bertimpa2 satu demi satu....

sbg manusia yg punya rasa...

mst akan rasa tertewas juga...

setabah mana pun makhluk bernama manusia...

pasti sepjg perjalanan tu akan ada simpang yg dia akan rasa tewas dgn diri dia...

skng itulah yg aku rasakan....

bukan lagi sbb cinta, bukan lagi sbb family, bukan lagi sbb org sekeliling...

tapi aku rasa aku kalah dgn dugaan Allah yg beri pada aku direct....

aku dah berusaha sebaik mungkin utk mengubah diri aku

mengubah nasib aku...

tapi kalau Allah taknak buka jalan utk aku, apa yg aku boleh buat?

aku cuma boleh berusaha...

segalanya DIA yang tentukan....

aku cuma mampu teruskan langkah....

di mana berakhir langkah ni....

DIA dah tentukan....

lagipun....

ikut kata BFF aku tajun lepas, aku cuma tgl 365 hari je lagi...

mgkn ini petanda yg aku cuma perlu duduk dan tgu ms tu smp.....

apapun...hanya ALLAH yang tahu apa yg terbaik utk hamba2Nya....

Menangis

aku rasa nak nanges je skng ni....

aku dah tak mampu nak bendiung apa aku rasa...

apa aku lalui....

aku rasa mcm nak mati dah berusaha....

tapi..........

sangat-sangat penat


sesungguhnya hamba Mu ini sangat penat dalam menghadapi ujian dari Mu Ya Allah
aku cuma hamba Mu yg masih punya kekurangan

setiap dugaan yang Kau berikan sangatlah berat untukku

aku berusaha sepenuh hati untuk mengubah kehidupanku

sampai adakalanya aku rasakan aku kehabisan tenaga 

adakala aku rasa aku sudah tidak mampu melangkah lagi

menempuh dugaan demi dugaan yang Kau berikan

untuk sekali ini Ya Allah

permudahkanlah usahaku

hanya sekali ini Ya Allah

aku merayu kepada Mu

Sunday, July 29, 2012

Kelahiran


Salam Ramadhan...
dah lama xupdate blog ni...

agak sibuk skng ni...
mcm miracle pun ada aku rasa...

Durrani Dhuha yg dulu aku bina utk jual jubah, tudung dan busana muslimah tapi terhenti dek kerana kekurangan modal....skng dah "dilahirkan semula" tapi dah jadi brand utk keperluan serba lengkap pelanggan...

Skng ni, Durrani Dhuha ada 2 sub brand yang aktif sejak 1 Ramadahn 1433 hari tu....
1) DDhuha Cakes and Cookies - pembekal borong dan runcit kek sponge, kek coklat, kek keju, cookies pelbagai rasa...


2) DDhuha Catering - pembekal khidmat katering yang cuba menerapkan konsep "menu ikut bajet client". lbh krg mcm custom made utk setiap client la kiranya. xder penetapan harga 1 pax berapa RM .. cuma nyatakan berapa bajet dan berapa pax yg dijangka hadir, DDhuha Catering akan custom made menu. cuma akan ada caj pengangkutan je la...yg lain2...semua akan ikut bajet client. DDhuha Catering pun ada Kambing Golek @ BBQ Kambing dan juga Ayam Belanda BBQ (BBQ Turkey). semua segar dari ladang ternakan milik keluarga. sembelih dan dibersihkan, peral dan terus dibakar utk jaga kualiti.


dalam perancangan, insya Allah tahun depan akan beroperasi, DDhuha Wedding Services - perkhidmatan semua dalam 1 utk memenuhi keperluan majlis perkahwinan. yg ini msh dlm negosiasi dgn beberapa pihak dan juga masih mencari pihak2 yg nak kerjasama dgn Durrani Dhuha...

seriously, aku rasa mcm mimpi bila semua ni nampak dah bergerak. sebelum ni semua sekadar cerita atas kertas dan cerita ms sembang dgn kawan2....

tapi Ramadhan tahun ni buka pintu reki yg amat luas utk aku lps beberapa tahun aku alami zaman kejatuhan.

wpun blm ada pendapatan tetap tapi aku lbh suka nak bina jenama dulu. ada brand awareness dan lepas tu insya Allah semua akan mudah utk diuruskan.

aku bersyukur sbb aku dikelilingi sahabat2 yg sentiasa yakin dgn aku, sahabat2 yg sentiasa beri sokongan moral dan kewangan time aku btl2 susah. insya Allah, doakan aku supaya aku tak lupa diri dan aku akan usaha balas balik semua jasa korang.

aku mula dgn RM0.00 perniagaan yg ada ni tapi insya Allah dgn usaha berterus dan doa sahabat2, semua ni akan jadi titik tolak perubahan dlm hidup aku (kita cuma merancang, semoga Allah memudahkan segala perancangan aku ni).

sekali lagi aku nak ucap jutaan, 'billion'an (ada ke perkataan tu eh..heheheh) pada sahabat2 aku...tanpa korang, dah lama aku give up....sgt bertuah punya ramai sahabat mcm korang. 



Wednesday, July 18, 2012

Sebuah KIsah Perjuangan Yang Sangat "Inspiring"



sebelum aku memulakan kisah ni...aku ada 1 pepatah yg aku nak ketengahkan..."Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takder gunanya"

kisah yg bakal dipaparkan adalah kisah yg berlaku di Tehran, Iran.apa yg menarik dalam kisah ni adalah sesalan yg rakyat Iran terpaksa tanggung skng akibat dari tindakan mereka melakukan Revolusi menjatuhkan Kerajaan yg sebelum ini. mari sama kita hayati kisah ini....
Perkongsian yang mungkin boleh dimanfaatkan, coretan kisah dari sahabat yang bertugas di Tehran.

Bila bertemu dengan orang di sini, soalan yang selalu diajukan adalah "How do you find/think about this country". Jawapan yang biasa diberi, "Yes, it is a nice and beautiful country". Mungkin disebabkan terlalu kerap menerima soalan sedemikian, pada suatu hari, semasa menaiki teksi untuk pulang ke rumah, terasa ingin pula menduga respons mereka pula apabila diajukan kembali persoalan tersebut. Maka sang pemandu teksi yang saya naiki memberikan jawapan seperti yang diduga. Dia menyalahkan kerajaan hingga menyebabkan hidup mereka di sini susah kerana negara ini kini menghadapi pelbagai sekatan dan masalah ekonomi yang berlaku di sini. Harga barangan dan minyak naik. Rata-rata penduduk di negara ini hanya memperoleh pendapatan kurang daripada USD500 sedangkan inflasi pula kini semakin menekan kehidupan di sini. Menurut beliau, sebelum pemerintahan kerajaan sekarang, kehidupan rakyat di sini agak terbuka dan tidak terlalu terkongkong. Saya sekadar tersenyum mendengar jawapan yang diberi. 

Bagi membalas kembali jawapan yang telah diberikan, saya memberi respons bahawa dalam situasi sekarang, kerajaan tidak sepatutnya dipersalahkan. Dia memandang saya. Mungkin tertanya-tanya kenapa agaknya jawapan itu yang diberi. Kemudian saya menyorot tahun 1978-79, zaman revolusi dan menyusulkan satu lagi soalan, siapakah yang terlibat dalam usaha menukar kerajaan pada masa tersebut? Bukankah rakyat yang berjaya menukar tampuk pemerintahan ketika itu. Dan dalam situasi sekarang, rakyatlah yang sepatutnya dipersalahkan kerana disebabkan tindakan mereka, kerajaan sekarang dapat berkuasa. Beliau dan rakyat negara inilah yang sepatutnya bertanggungjawab hingga memaksa rakyat dan generasi kini merasai keperitan seperti yang berlaku sekarang. Sang pemandu teksi kemudian cuba mempertahankan tindakan mereka pada masa itu. Beliau menyatakan bahawa beliau dan rakyat yang lain masih muda dan pada masa itu telah disogok dengan pelbagai janji seperti air percuma, elektrik percuma, harga minyak murah dan banyak lagi janji yang telah ditaburkan pada masa itu. Oleh sebab itu, rakyat telah bermati-matian berjuang kerana ingin memperoleh sesuatu yang belum pasti. Akhirnya, semua yang dijanjikan hanya tinggal janji. Malah, lebih banyak kongkongan yang dikenakan kepada rakyat. Sang pemandu teksi kemudiannya menggelengkan kepala. Jelas tergambar kekesalan di wajah beliau. 

Sebelum keluar dari teksi berkenaan, soalan terakhir yang sempat diajukan, berapakah umur beliau pada masa itu dan adakah beliau terlibat dalam demonstrasi jalanan pada waktu tersebut? Beliau mengangguk sambil menjawab umur beliau 17 tahun. Pada akhir pertemuan itu, saya mengucapkan salam kepada beliau. -Tamat perbualan-

Sambil berjalan menuju ke rumah, minda terus memikirkan satu pengajaran yang berguna... Apa yang dilakukan oleh generasi sekarang, kesan dan akibatnya akan dirasai oleh generasi seterusnya. Ia seolah-olah satu pertaruhan yang belum pasti pulangannya.....siapa yang merana? mereka, anak dan cucu mereka.... Penyesalan pada waktu itu tidak berguna lagi... 

-end of story-

>soalan saya buat teman2..mahukah kita melihat negara Malaysia yang aman makmur sekarang jadi seperti ini? 

>adakah kita mahu segala kemudahan dan keselesaan hidup yang kita ada sekarang terhapus dek kerana mengejar janji2 yang tak pasti seperti mana apa yg penduduk Iran hadapi skrg? 

>pernahkah kita ambil iktibar dari pepatah "dengar guruh di langit, air tempayan di buang"? pernahkah kita cuba menyelami sejarah dan peristiwa yg berlaku di tempat lain utk dijadikan iktibar dan peringtan buat diri kita agar kita tidak tersilap langkah seperti mana yang berlaku di tempat lain?

>terlalu egokah kita sampai kita terlupa mahu melihat lebih jauh dari sempadan negara kita yang tercinta dan bagaimana terseksanya kehidupan akibat dari kesilapan percaturan rakyat negara tersebut sendiri? 

>apapun jawapannya...tepuk dada tanyalah selera....

>kalau sapa yang rasa apa yg aku share ni berguna, silalah share dgn kawan2 yang lain ..mungkin rmai yg tak tahu akan kisah ni..>inysa Allah sedikit sebanyak boleh bantu utk buka minda org2 yg kita kenal utk lbh bersyukur dgn segala apa yg kita dah ada skng....

wasalam....:) 


santapan minda buat anak bangsa



mcmana anak bangsa aku sendiri nak maju kalau setiap perusahaan anak bangsa nak dijatuhkan oleh anak bangsa aku sendiri. kupasan isu yg sgt mudah pada aku. 
A diberi peluang utk jalankan perniagaan oleh parti yg memerintah dan dia gunakan sepenuhnya peluang yg dia dpt tu smp la perniagaan dia kecik jadi sebuah sykt yg besar. 

B juga diberi peluang yg sama. xder beza sikit pun. tapi bezanya, B ni dpt je modal permulaan perniagaan dr kerajaan, p beli keter besar, bt kenduri kesyukuran kat hotel 5 bintang, pegi melancong tapi perniagaan tak ke mana lagi. bila perniagaan dia gagal, dia salahkan kerajaan. pilih bulu katanya. pilih kroni katanya. sdgkan dia dh dpt peluang utk majukan perniagaan dgn dana yg kerajaan bg tapi dia sendiri yg salah guna. 

dan kerana dek dengkinya si B ni pada si A, mulalah B menyyebarkan mcm2 keburukan A. kaitkan dgn rasuah. kronisme. dan mcm2 lagi. dan akhirnya sykt A terpaksa di jual kepada org lain kerana pelnaggan tiada keyakinan pada produk sykt A. 

siapa yang rugi dalam hal ni terutama bila sykt A punya produk yg bagus dan apabila syktnya terpaksa dijual, yg membeli sykt tersebut adalah bangsa lain. dan dgn produk yg bgs ciptaan pemilik lama sykt A, pemilik baru ni dapat untung yg berlipat kali ganda. 

soalan yg sama aku ajukan. siapa yg rugi dalam kes ni? *xyah jawab kuat2, am sure all of u got brain to think who is in the losing side.

kejayaan seseorang tu adalah atas USAHA dia sendiri. wpun dia anak menteri ke, org dalam parti mana2 pun, tapi kalau dia tak gunakan peluang yg diberi sepenuhnya dgn baik, dia tetap akan gagal. 

berhenti menyalahkan org lain jika kamu sendiri tidak mempergunakan peluang yg diberi dgn sebaik mungkin.

sedarlah wahai anak bangsa....ini bukan lagi masa utk kita terus lena dibuai mimpi indah dengan sulaman janji2 manis. ini ms utk kita bangun dan bekerja keras utk menjamin kelangsungan genarasi anak bangsa kita akan datang.

 jangan nanti smp 1 masa, kita jadi melukut di tepi gantang. sekadar melihat kejayaan bangsa lain tapi di mana kita masa tu? hanya sekdar jadi penonton? bumi ini siapa yg teroka? siapa yg perjuangkan hinggalah merdekanya bumi ini dr penjajahan British. hargailah usaha yg telah pejuang2 kemerdekaan lakukan demi kita generasi sekarang. jangan kita jadi seperti di Amerika Syarikat atau di Australia di mana peribumi hanya penumpang bukan penggerak kemajuan negara. 

aku bukan racist. aku tetap hormat hak bangsa lain di bumi Msia ni. in fact aku juga bukan lahir 100% Melayu. tapi aku nak bangsa aku sendiri hormat sesama bangsa sendiri dan berhenti menjatuhkan sesama sendiri. tiada untungnya kita buat mcm tu. yg untung adalah golongan yg mengambil peluang atas perpecahan kita. 

bila segala telah hilang, bila kita tiada lagi suara adakah kita akan terus menyalak dan menyalahkan org lain sedangkan dah jelas keruntuhan bangsa kita adalah dek kerana sikap kita sendiri.

kenapa tidak kita bersatu bawah 1 panji2 iaitu panji2 Islam? kenapa kita boleh bersatu dgn bangsa lain tapi utk bersatu dgn bangsa sendiri mcm2 syarat kita letakkan? adakah kuasa lebih penting dr perpaduan itu sendiri? jika ada ketidaksefahaman, berbincang cara prg yang matang dan berakal. bukan menolak mentah2 atau meletakkan pelbagai syarat. dan itu akan berbalik dek kerana sikap yg sebegitu, apa yg bangsa kita dpt? dan siapa yg dpt keuntungan dr kekhilafan kita tu? pernahkah kalian berfikir mcm tu? atau adakah kalian cuma fikirkan akan agenda peribadi kali hingga melupakan anak bangsa kalian? 

luapakah kita akan kisah beza sebatang lidi dgn seberkas lidi? atau kita sengaja melupakan demi mengejar agenda peribadi yang tak menguntungkan anak bangsa. di mana sifat kemanusiaan kita bila kita hanya hidup utk diri kita sendiri? luapakah kita yg kita ni hidup dalam sebuah masyarakat. gagal 1 bahagian dr masyarakat tu, akan runtuh keseluruhan sistem masyarakat tersebut. mahukan kita jadi begitu? 
sedarlah wahai bangsaku.

sebelum aku tutup kata aku ni, aku nak korang hayati lirik lagu ni. aku belaja lagu ni 1st time ms aku ikut Kursus Perkaderan GPMS tahun 1995. dan sejak tu lagu ni jadi sesuatu yg amat2 aku hargai. hayatilah yerk...

Lirik Warisan (Anak Kecil Main Api)
Anak kecil main apiTerbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Tuesday, July 3, 2012

mari kita merepek....



hmm..dah lama rasa aku xmerepek kat sini...

byk gak yg aku alami skng cuma lantak p la...

juz ikut je flow yg ada skng....

cuma last week, ada la kata2 seseorg yg bt aku sedikit terasa,,,

baru aku sedar yg selama ni aku ni mcm pengacau je dlm idup dia....

sumthing yg bt aku tersedar dr mimpi indah aku...

but what the heck...

sekrg2nya aku aku lbh baik dr bekas kekasih dia..

konon syg sgt...dah bt mcm2 kat dia...dah korban mcm2 kat dia..

tp sng2 je block dia dr fb...block dia dr contact

skng bekas keksaih dia yg add dia blk kat fb dan hubungan selepas tu aku tatau la...

mrh camner pun aku kat dia dulu...

aku xpernah buang dia dr idup aku...

sakit hati mcmana pun aku kat dia....

biarpun ms tu aku bahasa aku amat amat kasar dgn dia...

aku tetap layan dia...

sejak bekas kekasih dia dah berbaik dgn dia...

aku dpt rasa ada perubahan pada dia...

nak buat camner...

aku kan cuma melukut di tepi gantang...

camner pun akiu buat ...

mmg xkan dia terima aku dlm hidup dia...

susah jd org cam aku ni....

susah utk aku jatuh cinta...

tapi sekali dah jatuh cinta...

apa org nak buat kat aku pun, aku leh lagi tetap syg dia...

mgkn pd pandangan org aku ni bodo kot...

mengharap cinta dr seseorg yg takkan pernah terima cinta aku...

tapi aku ni fighter....

camner aku fight utk aku teruskan hidup wpun sgt2 susah...

tanpa ada rs putus asa...

mcm tu gak la aku akan tetap perjuangkan rs cinta aku pada dia...

aku bukan loser...yg mudah ngalah dgn sikit rintangan...

mcmana aku pernah bgn semula dr kejatuhan aku..

mcm tu gak aku percaya...

yang 1 masa nanti dia akan tetap terima cinta aku...

biarpun cuma sekejap aku dpt rs cinta dr dia...

skrg2nya aku dpt juga rs bnd tu...

dan kalau kata esok nya Dia jemput aku...

aku akan pergi dgn amat senang sekali...

sbb akhirnya dia terima juga cinta aku...


dah2...xmo merepek byk2....

Wednesday, June 13, 2012

1 final obstacle

alhamdulillah..

aku dah boleh laui semua bnd yang jadi skng....

sakit aku....

emosi aku......

persekitaran aku.....

semua aku dah leh control...

cuma 1 halangan yg aku kne tempuh....

kedudukan kewangan yg makin2 meruncing dek kerana sakit aku ni....

aku xsalahkan org lain ...

mgkn atas salah aku berkira dgn org dulu....

aku dah dpt balasan skng...

tapi aku bukan jns duduk diam je...

insya Allah berkat sabar aku dgn semua dugaan yg Dia bagi ni....

akan dimurahkan rezki aku semula...

kalau tak pun, aku terus kena perbaiki diri utk tebus blk kesalahan aku sblm ni....

sblm Allah bukak balik jalan rezki aku


Sunday, June 10, 2012

2013 reborn





mesti semua pelik persal plak 3 logo ni ada kat blog aku kan?

sbnrnya ini semua baby aku...

idea perniagaan aku yg terhenti separuh jalan dek kerana mcm2 masalah...

tapi utk tahun 2013 aku nekad susah camner pun aku akan kembalikan semua baby aku ni...

wpun aku sendirian, aku akan cuba yg terbaik utk majukan hasil idea aku ni

sendirian dari segi pengurusan tapi aku akan sentiasa di sokong sahabat2 aku yg sentiasa sokong apa jua perkara baik yg aku buat...

insya Allah, aku akan berusaha 200% utk pastikan ketiga-tiga baby aku ni jadi sesuatau yg boleh buka mata org utk tidak lagi merendahkan kemampuan aku....

Saturday, June 2, 2012

cerita kebebasanku

yuhuuu....

aku dibebaskan beberapa hari utk uruskan urusan peribadi aku....

ni baru part 1 cerita aku.

aku dpt kuar ari Isnin. siang tu aku bli brg sikit utk topup stok kat "bilik" aku then aku mtk kuar ngn BFF aku...

terus aku text kawan makan aku and ajak dia lepak.

aku blk umah jap amik pakaian then trus aku kuar. igt nak p makan kat area Shah Alam je tapi kawan aku ni bawak aku p makan kat Kg Baru (dah bertahun aku x g sana....)

smp je Kg Baru, kawan aku kata nak bawak aku makan kat kedai Kelantan sbb kat situ ada jual laksam.

tp sblm tu dia kata dia nak aku rasa 1 apam balik...apam nusantara namanya.

dia pun dgn yakinnya order apan cheese + choc....

then dia gtau yg kawan dia gtau apam durian sedap....

aku pun kata..order je 1 lagi....kita makan puas2 mlm ni..

order le...2 bnd tu....mahal mmg mahal. aku mula2 cam was2 gak akan kesedapan apam tu tapi sbb dh lama xmkn mcm2...aku redha je...

smp kat kedai Mak Som kot....kitaorg cari port, pastu tgk mknan yg ada.

aku mmg nak makan laksam tapi bila tgk kuah dia aku terus turn off....sb kuah dia kurang ikan dan kurang santan...pucat cam muka aku pas treatment je kuahnya....last2 aku amik nasi kerabu ayam bakar...

sblm mkn nasi tu, kitaorg makan la dulu apam tu sb nt dah sejuk mesti xsedap.....

1st round makan - apam durian + choc...mmg terbaik la.....aku rs cam di awang2an je bila masuk 1st bite apam tu.....cuma agak manis la..yg lain mmg dah superb dah.....msg2 makan mmg mcm x igt dunia sambil memuji nikmat yg Allah bagi pd kitaorg yg msh dpt mkn lagi utk hari tu....

2nd round - apam cheese + choc...yg ni agak kureng sikit sbb dia guna cheese yg rs dia tak berapa nak strong. tak abes pun apam yg ni.....

sembang punya sembang,....tetiba aku ternampak mcm seseorg yg aku kenal bertahun dulu tapi dah lost contact......

aku tkt nak tegur sbb tkt salah org..so aku tgk je la..last2 dia yg dtg tegur aku...

Allah je yg tahu betapa happynya aku dpt jmp kawan aku ni balik....

abes citer psl kawan lama aku tuh..kitaorg pun start makan nasi plak...

perut dah ketat ni sbb effect dr apam tu yg dah mula mengembang kat dalam perut....

dr kul 10 lpk kdai tu smp kul 1 kot.....mmg sakan aku melepak...

seronok msh diberi peluang utk jmp kawan2.......

nanti aku sambung plak citer kebebasanku utk mlm ke2....

sementara tu jom tgk gambar2 apa yg kami makan mlm tu....hehehehehe





Sunday, May 27, 2012

azali


aku selalu tulis atau ckp aku dah penat jadi org baik

tp aku xleh nak ubah diri aku jadi mcm org sekeliling aku

sbb aku dah dilahirkan utk ada sifat kesian kat org

pastu didikan arwah mak yg nak aku sentiasa buat baik pd org wpun apa org bt kat aku

jadi sifat tu dah tertanam kuat dlm diri aku

sb tu smp skng aku terus2an kena buli

baik dgn family, so called kawan2, dan sapa2 je la yg aku pgl opurtunis

ada tak mesin yg dpt ubah character manusia?

klau ada aku nak guna mesin tu

bkn nk jd cam org lain cuma nak buang sikit je sifat baik aku ni

aku dah xlarat diperguna ikut sesedap rasa je

aku nk buang sifat selfless aku jd sedikit selfish


Sunday, May 20, 2012

aku terima semuanya



aku terima semuanya dgn hati yg terbuka...

biarlah semua yg berlaku kesalahanya diletakkan di atas pundakku...

aku bangga kerana punya keluar yg sempurna...

yg xpernah berbuat khilaf sblknya semuanya kesilapan aku...

dr usia aku bisa mengingat semua yg terjadi hinggalah sekarang...

semua kesalahan adalah berpunca dr aku...

dan aku terima semuanya...

apa yg sbnr terjadi biar hanya aku dan Allah yg mengetahui....

selagi aku msh bernyawa, letakkanlah kesalahan itu di atas pundakku...

dan teruskanlah kehisupan kalian yang sempurna itu...

sesungguhnya lahirnya aku di kalangan kamu adalah satu petaka...

satu kesilapan yg merosakkan sebuah keluarga bahagia sblm ini...

biarlah aku tanggung segala rasa smp ke ahkir hayatku...

dan aku doakan kalian agar terus bahagia dgn kehidupan kalian...

yang sempurna segalanya....

smp kini aku yakini setiap apa ygterjadi adalah kesalahanku...

dan aku akan hidup dgn setiap kesalahan tersebut...



macam2

aku tak tahu kenapa aku seolah magnet kepada penjanji...

dr aku kecik smp skng

mcm2 janji org bt kat aku....

tp yg tertunai cuma sedikit....

janji ayah takkan melupakan kami saat di pergi bina hidup baru...

janji kakak utk bantu aku teruskan pengajian...

janji si dia utk terus bersama aku xkira apa juga yg terjadi...

janji bantu aku utk sama2 bangung idea perniagaan...

janji bantu aku berikan loan modal perniagaan...

janji bantu aku dptkan pekerjaan...

janji berikan pekerjaan tp kerja tiada bergaji...

janji takkan ulangi kesilapan yg sama...

dan mcm2 lagi janji yg aku dgr yg tak tertunai...

akhirnya aku sendiri yang tanggung pelbagai  konsekuensi dr janji2 tersebut...

aku hlg pekerjaan...

aku hlg sumber pendapatan...

aku hilang peluang perniagaan...

aku hilang teman2...

aku hilang keyakinan...

aku hilang diriku sendiri sekarang...

aku sendiri menjadi seperti mereka...

kerna aku tidak lagi percaya pada janji...

padaku janji hanya kata2 semata...

kata2 yg sekadar penyedap hati yg mendengar...

tapi xpernah dimaksudkan sama sekali...

aku sendiri bertukar menjadi seperti mereka...

aku berbuat janji dan aku sendiri melanggar setiap janjiku...

aku hilang diriku sendiri dek kerana janji org padaku...


Saturday, May 19, 2012

tak ingin jadi halimunan


*gambar ini sekadar hiasan semata2..tiada kaitan dgn sesiapa di alam nyata*

aku dah penat jd halimunan...

pada sahabat2 mungkin aku tidak halimunan...

tapi aku halimunan pada org2 yg aku syg...

aku halimunan di sisi keluargaku

aku halimunan di sisi dia yg memiliki cintaku...

aku merasakan yg mereka tidak menyedari kehadiranku...

apa yang perlu aku buat utk aku jd normal di mata mereka?

adakah aku perlu taburkan materi supaya aku wujud di mata mereka?

adakah aku perlu korbankan diri agar mereka tahu aku pernah wujud

apa perlu aku buat utk mereka sedari kewujudan aku?

aku perlukan jawapan...

dah puas aku cari jawapan tu dalam diri aku tapi aku xjumpa...

mgkn jawapan yg aku cari ada di luar sana...

ada sesiapa yg berani menjawab persoalanku ini?


my true colour....this is me....

~✿>> Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

~✿>> Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

~✿>> Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

~✿>> Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

~✿>> Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

~✿>> Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.....

Friday, May 18, 2012

alim



maaf la kalau entry aku kali ni akan buat sesetengah org terasa....

apa aku coret kat sini based dr pengalaman aku yg buatkan aku agak fobia dgn org yg alim ni...

aku tahu aku jahil, solat pun ikut mood, Quran jrg2 baca dan mmg aku xbt sumer yg org alim ni buat...

tp persoalan yg aku nak utarakan, apa guna kalau ilmu agama tu menimbun tapi perangai mcm org jahil zaman arab jahiliyah dulu?

agama ISlam ajar kita hormat org tapi skng ni aku tgk org alimskng ni suka2 hati nak maki-hamun org, hina org dgn mcm2 nama yg keji, mengkafirkan org sesuka hati, menunafiqkan org sesuka hati....

agama Islam ajar kita hormat tetamu tapi org alimlah yg layan aku mcm anjing ms aku menumpang kat rumah dia. hempas pintu sekuat hati tak kira masa, call me binatang, abeskan semua makanan dan pastikan aku xder apa nak makan...

agama Islam ajar setiap sen rezki yg kita dpt bukan 100% milik kita tapi org alim yg aku kenal ni la manusia paling kedekut.

agama Islam ajar kita menghargai apa org dah tolong kita tapi org alim yg aku knal ni, xpernah ucap trima kasih pun ms aku tlg keluarga yg tgh susah dptkan pluang niaga ramadhan lepas. dah lah xterima kasih, siap tny kenapa tak amik 2 tapak. dan yg plg penting, aku tak tuntut 1 sen pun profit sharing wpun aku ada hak sbb tapak tu atas nama aku. dan skng ms aku susah org alim ni lah yg hina aku sesuka hati dia...

agama Islam ajar kita jgn berdendam tapi org alim ni la yg hukum aku atas kesalahan org lain bt kat dia.

dan aku paling pelik bilamana org yg bersolat 5 waktu ni boleh berbuat mcm tu sedangkan aku yg jahil ni tahu batas2 aku dan tahu menghormati org lain.

maaf wpun bukan semua yg ada ilmu agama tinggi mcm tu tapi kbykan yg aku kenal mcm tu prangainya...jadi aku rs diri aku lbh baik dr org2 yg camni sbb aku amal apa yg aku tahu wpun sikit berbanding diaorg ni yg tahu byk tapi tak amalkan....


Thursday, May 17, 2012

aku tidak mahu

kalau xder mslh aku akan discharge this coming Saturday atau Sunday....

but i dun feel like going back there coz that is not a place i can call home.

this place makes me feels like home.

they really take good care bout me.

maybe some will say ya..of course as they are paid to do that kind of thing but i they do really care bout me as if am part of their family.

i really hope i dun have to be back in that HELL.....

the way they treated me though they are my own flesh and blood makes me lost my self esteem.

being called with ruthless names make me wonder what did i do wrong to them?

coz of my other sibling did sumthing to him, i'm the have to bear the consequences?

ya...he might say i'm menyusahkan his family but dun forget last year puasa when he was jobless i did help his family by getting them bazaar ramadhan site with no profit sharing at all....

and for the whole 33 years of my life i never susahkan ur family actually....

when i never ask favours froms my family. they dispute my action and keep on saying i always put my friends on top of them

but now for once i wanted them to help me, this is what i get?

anyway what can i say is thanks a million for all this....

really appreciate it

and my prayer always for u

may Allah give all of u the best in life

wasalam

Wednesday, May 16, 2012

bagaiman aakhirnya?

dlm ms 24 jam ni...aku dpt 2 berita yg krg enak utk aku tahu...

1) mbr ward bilik sebelah yg kne kanser usus operation 2 hari lepas. umur dia baru 16. lelaki dan ceria sgt orgnya. dia sentiasa optimistik psl life dia...dan dia selalu ckp kat aku..dia suka tgk aku sbb aku ada smngt kuat nak teruskan hidup aku. dia suka tgk camner aku handle keadaan aku skng wpun xder sapa yg menjaga aku kat sini.....tapi mlm smlm nurse yg jaga kaunter tu gtau pas operation keadaan dia kritikal. dia masah blm sedarkan diri.
sepjg hari ni aku doakan dia agar dia cpt sedar, cpt boleh teman aku ronda2, sembang2 md aku bosan dan bertukar cerita psl hidup. parents dia pun aku xnpk arini. mst diaorg tgu kat ICU tu...

2) bekas kwn serumah aku, mak dia baru ninggal due to lung cancer. aku xpasti berapa lama dah arwah sakit tapi aku tahu apa yg arwah rs....

bila aku dpt 2 2 news ni, bt aku fikir, aku ni fight smp skng. aku jd takut bila fikir akan apa akan jadi dgn hidup aku esok. aku skng btl2 xnk fikir ms depan dh. 

apa yang aku nak sekrg2nya aku msh mampu tgk sinar matahari esok hari...

masih mampu bernafas esok....

dan masih mampu berkomunikasi dgn kwn2 aku esok. 

dan setiap mlm sblm aku tidur aku akan niatkan kalau ini terakhir aku bernafas dan melihat dunia, aku bangga sbb aku punya sahabat yg sentiasa bersama aku dlm apa jua keadaan. 

dan setiap mlm aku niatkan agar si dia yg aku syg tu tahu dan appreciate aku bila aku dah xbgn lagi esok hari....


Koleksi Terakhir - Teaser 3


“Awak, esok kita pegi Sunway Lagoon nak? Kak Long ajak,” soal Zam ketika menjemput Faizah dari rumahnya untuk pergi menonton wayang di The Curve.
“Awak dah dapat bonus la tu. Tu yang fikir nak berjalan sana sini. Cubalah berjimat sikit. Duit untuk mak dah bagi ke belum?,” jawab Faizah dalam nada kurang senang.
“Orang dah buat bajet la awak. Siap ada lagi baki yang orang  nak simpan hari Isnin nanti kat Tabung Haji.  Cuba la jangan nak bebel terus. Tanya dulu boleh tak?,” balas Zam dengan nada suara yang agak tinggi.
“Ok..ok. Maafkan orang. Kalau betul awak dah buat sumer tuh, sebenarnya orang memang nak ajak awak gi sana pun. Tak pernah lagi sampai sana tapi orang malu nak cakap kat awak. Mesti seronok kan dapat main macam-macam permainan kat sana, awak kan?” Faizah cuba memujuk Zam kembali.
“Malam ni awak tidur kat rumah mak je ya. Senang sikit nak pergi esok. Nanti lambat plak. Baju awak pun ada lagi kat rumah mak kan?” sambung Zam tanpa menjawab soalan Faizah.
“Nanti orang telefon makcik bagitahu orang tak balik malam ni,” jawab Faizah.
Seharian di Taman Tema Air Sunway Lagoon merupakan hari terindah dalam kehidupan Zam dan itulah antara detik yang paling diingati sepanjang hubungannya. Melihat gelak tawa Faizah, perilaku Faizah yang sedikit keanak-anakan dan penerimaan kakaknya pada Faizah membuatkan Zam tersenyum bahagia. Antara detik yang takkan dilupakan ketika Faizah beriya-iya mengajaknya menaiki permainan yang dio panggil Gallion. Pengunjung akan menaiki satu sangkat besi yang terletak di hujung satu tiang yang panjang. Sedikit demi sedikit, sangakat tersebut akan dihayunkan sehingga sangkar tersebut berhayun pada 360 darjah. Faizah yg beriya-iya mengajaknya menaiki permainan tersebut menjerit-jerit ketakutan ketika sangkar besi tersebut bearada pada paras teratas yang membuatkan semua pengunjung akan berada dalam keadaan terbalik. Selesai beberapa pusingan di Gallion, Faizah turun dengan air mata melelh di pipinya.
“Awak jahat! Orang takut masa naik benda tu. Awak la ni yang ajak orang naik. Taknak kawan dengan awak!” bentak FAizah bila mereka berdua meninggalkan kawasan tersebut.
“Bukan awak ke yang nak sangat naik tu tadi? Awak yang kata macam best. Pastu awak kata orang yang penakut sebab taknak naik dengan awak kan?” balas Zam.
“Baik awak ngaku yang awak yang ajak orang nak benda tu. Kalau tak orang merajuk. Awak kan yang ajak orang naik?” jawab Faizah sambil menyapu air matanya. Tiada lagi ketakutan di wajahnya Cuma ada sedikit riak nakal. Faizah menduga bagaimana kekasihnya itu akan bertindak jika dalam keadaan sebegitu.
“Yalah. Orang yang ajak awak naik benda tu tadi. Orang yang salah buat awak takut. Orang minta maaf. Orang yang salah. Awak nak hukum orang buat apa kali ni?” balas Zam yang sudah memahami permainan Faizah. Jika ada sesuatu yang ingin diminta, begitulah cara Faizah. Dan Zam sekadar mengikut apa saja permintaan tersebut kerana dia sedar Faizah bukan jenis yang meminta sesuatu yang dia tak mampu lakukan. Semua yang dilakukan adalah kerana keikhlasan hatinya mencintai seorang gadis luar biasa.
“Mana awak tahu orang saja buat mcm tu? Awak ni kan. Tak pandai berlakon la. Cuba buat mcm awak tak tahu apa-apa. Baru la ada adventure sikit,” bebel Faizah.
“Awak nak orang merajuk macam dulu ke? Awak lupa dah yang kes awak merajuk dengan orang pasal orang lambat pergi ambil awak dulu? Awak nak orang merajuk macam tu lagi ke?” kata Zam sambil menjelirkan lidah.
“Tengok tu. Suka kan buat orang macam ni. Orang tahu. Dulu orang merajuk dengan awak, awak tinggalkan orang kat umah kan? Tak pasal-pasal orang pulak yang kena naik motor pergi Midvalley sebab awak tunggu orang kat sana kan? Tapi…….taknak la buat macam itu dah. Awak tak kesian ke kat budak kecik ni?” jawab Faizah sambil memedipkan matanya seperti watak kartun.
“Ok..ok. Orang tak buat dah. Wahai budak kecik, awak nak minta apa dengan orang ni? Orang akan tunaikan kalau orang mampu,” sambung Zam lagi.
“Awakkkkkk….lepas makan nanti, kita pergi tengok wayang nak tak? Orang nak tengok cerita Happy Feet. Comel je penguin tu nari-nari. Boleh tak awak?” pinta Faizah.
“Itu je? Ingat nak minta apa la tadi. Boleh je awak. Untuk budak kecik orang ni, orang sanggup buat apa yang orang mampu buat. Tapi, awak tak penat ke? Kita kat sini smp petang tau. Pastu nak pergi makan lagi dengan Kak Long dengan Kak Su. Mungkin kita boleh tengok tayangan tengah malam je cerita tu. Awak tak kisah?” balas Zam. Senyuman terukir indah di bibirnya. Terpancar sinar kebahagiaan di wajahnya. Dia bukan lagi Zam yang dulu. Yang terus-terus meratapi kecurangan bekas kekasihnya.
“Alah, awak yang bawak motor nanti kan? Orang duduk belakang orang boleh tidur. Orang ada 1 syarat untuk awak. Awak kena janji awak kena ikut syarat ni. Awak tak boleh tidur masa tengok cerita tu nanti. Awak tu, kalau cerita yang awak tak suka tengok mesti awak tido nanti. Selalu orang kena tengok cerita sampai habis sorang-sorang,” kata Faizah.
“Ya awak. Saya janji saya takkan tidur. Saya pun teringin jugak nak tengok cerita itu sebenarnya. Karakter tu comel macam awak. Hehehehehehe……..” seloroh Zam.
Faizah masih kurang berpuas hati dengan janji Zam.
“Betul ni? Awak pasti? Jawapan muktamad? Sure?” Faizah terus menduga kekasihnya.
“Eleh…tak malu. Tiru ayat orang. Awak ni takda identiti tersendiri la…..” jawab Zam sebelum dicubit Faizah.
“Biar ar. Suka hati orang la nak cakap apa pun”
“Kenapa tak suka perut ke, suka jantung ke, suka paru-paru ke? Kenapa mesti suka hati awak eh?” Tanya Zam
“Eleh…dia pun tiru ayat orang. Awak pun takda identiti tersendiri kan. Sibuk je amik ayat orang…” balas Faizah.
“Oi…dah habis dah bercinta? Taknak balik ke? Selagi celik mata tu selagi tu la ada je benda yang nak buat bahan gaduh. Pastu merajuk. Benda yang tak patut jadi sebab pun boleh gaduh. Susah kalau 2 orang ego dan degil bercinta ni,” kata Kak Long.
Tanpa mereka berdua sedar, Kak Long dan Kak Su dah lama menunggu mereka.
“Cepat sikit. Lapar dah ni. Nanti lama-lama sangat tak cukup pulak makanan kat Hartz Chicken Buffet tu. Kami dah Nampak ayam-ayam goring tu melambai-lambai suruh kita dating dan makan,” celah Kak Su, teman sekerja dan juga teman rapat Kak Long.
“Sorry kakak-kakakku. Faizah ni suka sangat cari gaduh. Pastu taknak ngaku. Orang gak yang kena ngalah.” Betah Zam sambil berlalu ke loker simpanan barang dan terus ke bilik persalinan.
  Suara jeritan pekerja SkyBus AirAsia membuatkan Zam tersedar dari lamunannya. Terlalu manis kenangan itu fikirnya. Tiada sama nilai dengan apa juga harta dunia yang Zam miliki sekarang.

Monday, May 14, 2012

terasa



aku tatau sama ada am being too sensitive or am having a very bad depression now...

aku rasa cam semua orang dah berubah...

ataupun adakah aku yang berubah....

specialist aku ada advise aku akan 1 benda tapi smp skng aku msh fikirkan psl bnd tu. byk sudut yg aku kne fikir.

mlm tadi aku rs aku mimpikan arwah mak....

kali ni komunikasi kami lbh pada dendam dan ikhlas...

mak pesan biarlah apa org nak buat kat kita...

apapun janji org pd kita yang tak ditunaikan, redhakan je.

apapun bnd buruk yang org buat kat kita, maafkan je

mmg susah nak jadi ikhlas kata mak tapi belaja ikhlaskan diri...

kita tak rugi apapun...

jgn jd mcm sekeliling kita

xperlu jd hipokrit, xperlu jd selfish...

pesan mak lagi, apa yg baik pd diri org tu, kita ambik utk ubah diri kita jadi lbh baik...

apa yg tak elok, kita ambik jugak sbg tauladan masa depan...

pesan mak lagi, mak tau adik tgh susah sgt skng...

tapi igt, rezki Allah tu ada kat mana2...

Allah nak duga ketabahan hati adik....

dan mak tahu anak lelaki mak ni seorang yg kuat...

biarlah org tglkan / xpedulikan kita ms kita susah...

sbb 1 hari nanti kita akan dpt kesenangan juga...

dan jgnlah kita jd mcm org2 tu...

bila dah senang wpun sikit, tlglah org lain

igt setiap sen rezki yg  kita dpt bukan 100% kita punya

ada bahagian utk org lain...

bila kita mula rs semua tu hak kita...

ms tu lah semua tu Allah boleh tarik balik...

adik sabar...mak yakin adik boleh lalui semua ni...

aku tersedar dr mimpi tu...

aku cuma mampu menangis dan muhasabah diri

terima kasih mak atas kata2 indah

insya Allah anakmu akan terus tabah...


Wednesday, April 25, 2012

mudah, susah



tanpa sedar
banyak hal yang difikir mudah
contohnya
alah...senang je solat tu
ok, aku janji. apa2 nt aku contact ko semula
saya akan syg awak smp bila2
esok aku jmp ko kul 5 kat bla...bla...bla....
hakikatnya
itulah yg paling susah nak buat. 
contohnya
jap lagi la solat...(tau2 dah abes waktu)
dah berminggu2 tgu, kata nak contact semula, xder pun
saya dah jmp org lain. 
tgu kul 5, kul 9 pun blm smp2 gak

jadi kesimpulannya
mudah sungguh utk berkata
payah sekali utk melaksana

maafkan aku

aku pohon jutaan maaf

aku sudah hilang segala kekuatan

aku sudah tidak mampu teruskan

maafkan aku semua

aku sudah lelah

aku mahu sedikit waktu senggang

hanya sebentar aku pohon

hentikan segala dugaan

aku pingin jadi normal

aku pingin ketawa

aku pingin bahagia

biar hanya sedetik

maafkan aku

aku mahu berhenti

berhenti dari berlawan

aku pingin tidur lena

tidur yang tiada terganggu

tidur yang tiada jaga

maafkan aku

Chairel @ Nairul
25042012
0700hrs

*as written on a piece of paper and i was asked to update this in his blog.

Tuesday, April 24, 2012

Janji

kenapa manusia suka berjanji eh?

buat janji itu mudah tapi utk menunaikan tu yg teramat lah susahnya.

dan yg merasa sakitnya adalah org yg diberi janji.

*mode redha.....

Saturday, April 21, 2012

cerita tidurku


Tidurku bukan tidur biasa
Tidurku bisa berhari-hari
Aku senang aku bisa tidur begitu
Di saat itulah rinduku terubat
Aku kembali jadi diriku
Tempat indah di situlah aku
Tidurku buat aku bertemu
Insan-insan penting hidupku
Kembali rasa diri disayangi
Kembali rasa hangatnya kasih
Kembali rasa ada yg sudi
Dengar setiap pertuturanku

Aku jumpa dia
Dia yang pernah aku punya cintanya
Kali ini dia berbeda
Dia mahu aku terus melangkah
Biar cerita itu Cuma kenangan
Kenangan terindah kami berdua
Dia bukan terbaik untukku
Bukalah hatiku pintanya
Dia ingin lihat aku kembali ceria
Bahagia seperti saat kami bersama
Kami berbicara tanpa suara
Renungan matanya jelaskan segala
Akhirnya dia berlalu tetap tanpa suara
Linangan air jernih sempat kulihat
Si dia di berpaling lalu pergi

Aku jumpa ibu
Jernih sekali wajahnya
Ibu benar bahagia
Di alam tiada manusia pendusta
Datang ibu memelukku
Mengucup dahiku penuh cinta
Terlalu lama aku rindu itu
Walau aku tahu ia takkan pernah kembali kurasai
Ibu juga tiada bersuara
Sentuhannya seolah ubat paling berkuasa
Aku peroleh kekuatan luar duga
Aku bisikkan pada ibu
Aku mahu bersama ibu
Aku rindukan kasih ibu
Aku rindukan segala tentang ibu
Aku tak ingin kembali bangun
Kerna aku tahu ibu takkan ada bersama
Pesan ibu
Aku perlu teruskan hidupku
Ramai yang menyayangiku
Ramai yang memerlukanku
Ramai yang bakal hilang arah tuju
Jika aku tidak lagi bangun
Ibu mahu aku kuat
Maafkan setiap yang menyakitiku
Biarkan mereka dengan dunia mereka
Doakan kebahagiaan mereka
Kerna itulah sifat insan sempurna
Aku tak mampu jadi sepertimu ibu
Aku tidak sekuat dirimu
Jawab ibu cukup mudah
Jikaku lemah
Bagaimana aku masih mampu melangkah
Masih mampu berkongsi kasih
Masih mampu punya sahabat
Itulah tanda kekuatanku
Kekuatan zahir yang tiada mampu tergugat
Dek kerana manusia pendusta
Sampai saat ibu juga pergi
Melangkah perlahan menjauhi
Sebelum ibu benar-benar pergi
Kata ibu
Satu hari nanti kami akan kembali bersama
Tapi waktunya bukan sekarang
Aku harus terus sabar dan nantikan detik itu
Kerna janji Allah takkan pernah lewat walau sesaat

Aku jumpa dia
Senyumannya pengubat rinduku
Senyuman yang pernah menghibur hati
Senyuman yang pernah buat aku bahagia
Dia mendekat
Menggenggam jemariku
Walau tanpa suara
Dia seolah berkata
Abang insan istimewa
Biar bukan keksaih
Abang nyata beda
Kekuatan abang jadi inspirasi
Kata-kata abang biar menusuk
Buatkan saya tersedar dari fantasi kehidupan penuh tipu daya
Saya bukan terbaik seakan dia
Saya pernah mengecewa
Pernah menyakiti
Maafkan atas segala tindakan saya
Biarkan maaf saya tidak bermakna buat abang
Dek kerana khilaf saya dulu
Ikhlas dari hati saya pohon sejuta kemaafan
Kerna hadir saya seolah termusnah bahagia abang
Mungkin sayatakkan pernah menerima cinta
Saya juga tiada mahu abang tiada
Kuatkan semangatmu abang
Ingat yang ramai yang menyayangi diri abang
Sahabat-sahabat
Keluarga
Anak-anak didikmu
Sesiapa yang benar kenali abang
Takkan biasa berpaling dari abang
Saya tidak pernah bisa benar selami diri abang
Kerna itu mungkin saya tak bisa menyayangi abang
Biarkan waktu yang menentukan
Kehadiran abang dalam hidup saya terlalu istimewa
Dan saya tidak mahu hilang manusia istimewa ini
Dia juga harus pergi
Renungan terakhirnya seolah berkata kepadaku
Bangunlah abang
Kami semua rindukan abang

Duniaku tiba-tiba berubah
Taman indah makin pudar
Sinaran cahaya mernyilaukan mata
Saatku buka mata
Kamar putih bersih di situlah aku
Sahabat terbaikku nyata disampingku
Tekun dan setia membacakanku
Setiap satu pesan sahabat-sahabatku
Aku lihat dia gembira
Aku telah kembali ke alam sedar
Aku juga menangis gembira
Allah masih beri aku nyawa
Meneruskan cita belum tercapai
Terima kasih sahabat
Terima kasih anak-anak didikku
Terima kasih pendusta
Terima kasih pemain kata-kata

Chairel @ Nairul
19042012
0500hrs

*hasil tulisan ni aku tujukan pada semua sahabat2 aku, anak2 didik aku, dan semua yg selalu mendoakan kesejahteraan aku smp skng. dia kalian xkan boleh aku balas. cuma aku mampu berdoa agar Allah beri kebahagiaan buat kalian. 
* to my haters, thank you for giving me more strength than ever. really appreciate it. 
Powered By Blogger