Monday, December 26, 2016

Novel - Koleksi Terakhir

Sayup takbir malam raya berlagu dari luar tingkap bilik wad Zam. Sejak seminggu dia sudah
menyinggah di Pusat Perubatan Subang Jaya tanpa ditemani sesiapa.
“Adakah ini raya terakhirku?” tanya Zam pada dirinya.
Dalam dia termangu memikirkan dirinya, terdengar pintu bilik diketuk. Perlahan daun pintu
terkuak dan muncul wajah yang sering dirindukan.
“Asu, kami dah sampai! Mama ada bekalkan rendang ayam, ketupat palas, nasi himpit
dengan kuah kacang kegemaran Asu. Sama macam arwah selalu masak dulu. Asu makan tau!”
Kata Iwan, anak buah yang paling rapat dengan Zam.
“Buat apa la korang susah-susah bawak semua ni. Bukan Asu boleh makan pun. Kan dah
sudah tertulis kat katil Asu ni yang Asu kena puasa sebelum menjalani rawatan petang nanti,”
jawabnya lemah.
“Ala Asu, jamah la sikit. Nanti Iwan gi tanya jururawat yang kat luar tuh. Iwan ayat dia
sikit sure dia bagi Asu makan,” balas Iwan senyum melebar. Dia tahu Iwan risaukan keadaannya
tetapi dia cuba berlagak yang tiada apa yang terjadi pada dirinya.
“Asu, Mama kirim salam. Mama pesan Asu jaga kesihatan Asu. Mak Long Sariah, Mak
Long Mey dan Mama sangat risaukan. Diaorang marah sebab Asu sakit macam ni pun masih
taknak bagitau diaorang,” tiba-tiba Nina bersuara, anak buah perempuan yang semakin hari
semakin comel pada pandangan matanya.
“Asu ok la. Asu kurang rehat jer ni kot. Kan Asu selalu sibuk dengan keje Asu sekarang
ni,” ujarnya sekadar mahu menyedapkan hati anak buahnya itu.
Tidak sampai lima minit selepas Iwan melangkah keluar, dia masuk ke bilik wad Zam dengan
muka mencuka. Dia tahu kenapa Iwan jadi macam tu. Pasti jururawat di kaunter melarangnya
memberi Zam kebenaran menjamah makanan kegemarannya.
“Asu, jururawat tu kata Asu tak boleh makan apa-apa sampai lepas abis treatment Asu
petang nanti,” Iwan bersuara dengan nada kecewa. Terpapar di wajahnya riak kekecewaan dan
hampa.
“Kenapa Asu tak boleh makan semua tu abang? Kan selalu Asu masa raya tuh lah yang
dia makan. Adik selalu temankan Asu makan kalau kat rumah,” soal Adik, anak buah
bongsunya. Dia terlalu mentah untuk memahami apa yang sedang bapa saudaranya alami sekarang.
“Adik, Asu sakit sebab tuh dia tak boleh nak makan sumer tuh. Adik gi duduk kat luar
dengan kakak kejap ya. Abang ada benda nak bincang dengan Asu ni pasal bisnes kitaorg,”
jawab Iwan dengan nada memujuk. Dengan wajah muram, adik-adiknya keluar meninggalkan
mereka berdua.
Iwan membetulkan duduknya. Kini dia duduk betul-betul di sebelah Zam. Dari matanya
Zam tahu yang Iwan inginkan jawapan darinya soal penyakitnya. Tapi dia nekad selagi dia masih
mampu dia takkan bebankan siapa-siapa dengan masalahnya. Biarlah dia sendiri yang
menanggung semua sakitnya. Dah lama dia berperang dengan dirinya melawan penyakitnya
hinggakan pernah dia ke hospital sendirian dalam keadaan lemah hanya kerana tak mahu
menyusahkan adik-beradiknya. Itulah tekadnya sejak dia mengetahui yang dirinya tidak lagi
sihat sepertimana orang lain.
“Iwan, Asu nak tanya. Macamana dengan Insanity Couture? Ada masalah ke kat pejabat?
Macamana dengan collection baru yang kita nak launch bulan depan? Semua dah siap ke?”
soalnya pada Iwan. Dalam keadaan yang begitu, jiwanya masih di pejabat. Insanity Couture yang
tertubuh kira-kira 2 tahun lalu kini semakin berkembang. Setiap kali pelancaran koleksi baru,
pasti akan habis tak sampai sebulan. Permintaan semakin tinggi tapi prinsip perniagaannya,
setiap koleksi hanya akan dikeluarkan 100 unit sahaja. Ternyata percaturannya menjadi. Pernah
sekali salah satu rekaan Insanity Couture dijual dengan harga hampir RM 400.00 sehelai hanya
kerana keunikan rekaan mereka. Pembelinya dari Singapura yang juga peminat setia rekaan
mereka. Dia benar-benar bangga kerana Insanity Couture tertubuh hanya kerana niatnya ingin
membantu merealisasikan impian Iwan dan juga memperbetulkan kesilapan yang pernah Iwan
buat beberapa tahun lalu.
“Soal kat pejabat Asu jangan risau. Semua dah siap tinggal tunggu masa untuk launching
jer nanti. Kalau takda masalah, launching kita akan buat dekat ruang legar utama Pavillion 20
September nanti. Model sume dah ada, pasukan pereka kita pun keje siang malam nak jadikan
launching ni yang paling gempak Insanity Couture pernah buat. Asu nak tau, untuk koleksi kali
ni kita dah dapat pesanan dari Australia dengan UK. Semalam diaorg datang office dan discuss
pasal nak jadi pengedar ekslusif jenama kita kat sana,”ujar Iwan seolah-olah memberi laporan....

TO BE CONTINUED

Sunday, December 25, 2016

#throwback series 4 - pindah rumah

Hmmm....arini nak throwback pasal rumah plak.
Ms aku kenal arwah, aku dok sewa bilik je kat blok 9 seksyen 7 shah alam. Maklumlah, bujang kannnnn....bilik pun dah memadai dgn simple life style aku ni.
Bila kenal arwah dan kebetulan my ex coursemate kat kampus pun nak cari umah sewa so aku pun cari la umah lain.
Pusing punya pusing, aku pun lapar. Nampak ada kakak ni niaga kat bwh blok 41. Sambil makan aku pun tanya akak tu tau tak mana ada org nak sewakan rumah. Akak tu pun dengan peramah dan yakin (which in the end aku berkawan dgn akak tu. Siap aku masak kat umah share mkn dgn dia lagi kat kedai dia) bgtau umah kat blok 42 tu kosong. Siap bg contact no tuan umah. Balik tu aku terus call tuan umah dan deal utk sewa umah dia.
Aku pun dengan happy gtau arwah aku dh dpt umah sewa lain. Dia pun seronok gak. Siap dah plan nak hias rumah bagai.
Seminggu lps tu aku pindah tapi bwk tilam dgn keperluan bilik je dulu. Brg lain mcm dapur gas, peti sejuk, meja makan, tv, mesin basuh semi auto ngn hi fi aku tgl dl kat rumah aku sewa bilik tu. Kemudian ambik.
Arwah dah start marah kata nt bazir brg yg tgl tu xleh amik. Mcm awak kaya sgt nak beli baru dia kata. Aku pun malas nak gaduh start cari transport nak angkut barang tu tapi mahal gila. Sewa lori 1 tan dlm kwsn sama smp rm100 org tu mintak. Aku pun mati kutu jap ms tu. Klau xbt cpt setiap kali jmp arwah mst dia tny psl bila nak amik barang. Klau ckp blom settle kne bebel lagi. Aku pun terus terang kat dia yg aku xcukup duit nk byr lori. Dia pun ckp tak jauh pun rumah lama awak dgn rumah baru tu. Jom kita angkut jalan kaki je nak?
Aku dah menung masa tu. Mmg brg xbyk tapi berat. Aku kesian kat dia nk angkut brg tu. Berat kot. Nk mtk tlg mbr mcm mls nk nyusahkan org. Dia dok desak kata xpe kita susah sama2....klau nk senang je mana bole. Lgpun tu kan rumah kita ( I was like suka hati dia je kata rumah kita pdhal aku yg byr sewa....hahaha). Siap ugut kata klau xnak ikut ckp dia mkna aku xsyg dia.
Bila dh kuar ayat cmtu aku dah checkmate. So ari sabtu tu pun mula la operasi angkut brg rumah. Umah lama tingkat 1. Umah baru tingkat 4.
Aku tgk arwah smp pucat muka penat angkut brg. Aku nk berenti dia xbg. Dia ckp alang2 dh bt abiskan je la.
Dkt maghrib baru siap semua. Arwah dah melepek penat. Aku plak dah xlarat nak masak. So aku kata kita mkn kat luar je yer arini. Penat sgt. Aku soh dia p mndi dulu sb dia klau bab siap mmg lmbt. Aku dah siap mndi dia dh tunggu aku kat motor kat bwh blok. Siap bwk helmet turun.
Aku pun tanya nak mkn kat mana je. Mcm biasa jwpn dia ikut awak je jnji bkn tpt yg mahal. Masa ats motor tu tetiba dia ckp, jom g umah ibu kat banting nak? Lama xmkn masakan ibu.
Aku dah berasap masa tu. Yer la aku dok hala motor nak p area shah alam towb centre, bila kata nak g banting makna aku kne patah balik masuk highway nak p klang. Tp syg pny psl ikutkan je. Sblm tu singgah beli brg dulu utk masak sb aku tau ibu dia bkn org senang pun.
Smp banting, aku igt aku bolehlah rehat. Rupanya arwah pakat dgn ibu soh aku masak. Kebetulan adik arwah xsihat masa tu. Xleh berenggang dengan ibu. Nak xnak kne la masuk dapur gak. Tp masak yg simple2 je. Malam tu ibu soh tido banting je. Thari esok baru balik. Arwah plak dah excited tido umah ibu. Sekali lagi aku ngalah je. Nak tgk dia happy je.
Btw, family dia pun berpecah gak. Ayah dia dok kat teluk panglima garang. Ibu dia dah kawin lain dok banting. Arwah dr kecik nenek yg jaga yg arwah pgl mak.
Beberapa bulan lps tu aku dpt durian runtuh. Tp brg umah bit by bit aku beli gak. Beli yg DIY je. Kabinet dapur aku beli kabinet side table office aku nak dispose. Seunit rm50 je. Aku rembat 2....lawa gak jd dapur aku...hahaha.
Masa dpt rezki lebih tu aku ajk dia kuar. Aku bwk dia p kedai perabot belakang Summit USJ. Dia dok tny nak bt apa kat sini. Aku ckp ikut je laaaa....jgn byk tny. Dengan muncung manja tu dia ngekor je aku masuk. Mula2 tgk sofa. Aku tnu dia mn yg lawa. Dia ckp yg L shape tu lawa. Murah plak tu. Baru 299 je. Aku ikut apa dia nak.
Then g kat bhgian bilik tidur. Sblm ni aku tidur atas lantai berlapik tilam bujang je. Aku soh dia pilih set bilik tido plak. Dia bt muka peluk. Siap tny awak nak beli ke? Aku ckp xde la, saja soh awak pilih senang nak beli bila kita kawin nt. Dann...hambik kau, cubitan maut singgah kat love handle aku. Marah plak kata nak kawin dgn dia.
Aku pun ckp pilih la...jgn la buang masa. Byk lg tpt nak g ni.
Mulut muncung pastu tah apa dia bebel sorg2 tapi tetap merayap sambil pilih set bilik tidur. Last skalu dia pilih yg paling murah. 499 je tapi complete katil queen, almari 6 kaki n meja solek.
Bila amik tilam dia bising lagi. Tilam lg mahal dr set bilik.
Aku ckp xpe la, nt awak gak selesa nak tido lps kita kawin nt.
Sekali lg aku kne cubit. Sakit jangan ckp la. Silap2 boleh lebam woooooo....
Atas moto otw balik dia arwah dah start tot tet tot tet psl nak susun brg tu semua. Aku ckp tgu dia ntar esok org ikut je awak nak susun camner. Semua brg tu awak punya.
Satu mlm dia dok ngomel psl brg rumah baru. Aku plak yg penat dengar.
Esoknya aku p amik dia n bwk g umah bujang aku. Tgu lori smp. Dr start naik motor smp ke rumah tak berenti dok ckp psl nak atur brg umah. Last2 lori smp lmbt. Aku kat dapur masak. Dia aku dengar senyap je kat ruang tamu tu. Selalu klau aku masak dia suka nyibuk tny mcm2 xpun sibuk citet apa yg dia tgk kat tv. Aku jenguk tgk dia tertido depan tv. Dengan xberalasnya, dengan xde bantalnya. Aku pun kejut dia suruh tido dlm bilik. Sejuk tido atas lantai mcm tu. Dia celik je mata terus tanya brg dh smp ke? Aku ckp lmbt sket, nt dh smp aku kejut. Dia tanya aku bt apa, aku ckp aku tgh masak lunch. Dia bangun masuk bilik igt nak sambung tido, rupanya kutip pakaian kotor aku seminggu hangkut p belah belakang nak campak dlm mesin. Aku ckp xyah lax nt aku buat. Dia kata xper. Awak masak, org cuci baju. Kita sama2 la buat keje.
Aku tanya la knp boleh tido tadi. Dia ckp malam semalam dia tak tido. Excited psl brg rumah pastu dia study smp subuh. Igt lps subuh nak tido tapi xleh tido. Excited lebih dia ckp.
Aku plak yang bebel masa tu. Aku xnak nt dia xcukup rehat nt dia sakit. Aku dahlah jauh nak jaga dia. Dia start merajuk. Tgl pakaian kotor tepi mesin g duduk depan tv. Muncung setengah batu panjang. Bila tanya apa2 xnak ckp.
Aahhh....sudah! Merajuk plakkkk.....aku dahlah pasal pujuk memujuk ni fail! Last2 aku teringat ada choc cake ngn air soya favourite dia dlm fridge. Aku kuarkan and aku letak depan dia. Aku mintak maaf sb marah dia tapi aku explain aku marah sebab aku sayang. Aku xnak jd apa2 kat dia. Aku nak dia sihat and happy je selalu.
Dia pun jawab. Org seronok tgk awak. Dr sewa bilik skng dah sewa umah. Dulu rumah kosong je pasni dah complete. Orang happy tgk life awak dah lebih baik. Sb tu org xleh tido. Awak marah org plak sb tu org merajuk.
Aku terkedu kot masa tu. Hubungan yg baru je terbina ni sgt bermakna utk dia dan aku sendiri. Byk yg berubah pada kitaorg.
Aku sekali lagi mtk maaf. Pastu aku suap dia choc cake favourite dia. Mula2 konon merajuk lagi, tapi bila aku makan dia marah. Siap cakap xmalu mkn kek dia.
Ptg baru brg smp. Dah siap susun semua aku tny dia nak blk kajang ke nak balik umah ayah ke nak balik umah ibu?
Dia dgn muka selamba badak dia jawab nak balik umah mak mertua kita. Nak citer kat mak psl rumah awak dah cantik. Mst mak suka anak lelaki sorg dia ni dah hampir sempurna hidupnya. Sekali lagi aku sebak. Dia xpnh lupa mak aku. Even kalau kuar mkn pun and plan nak balik umah mak lps tu, dia akan remind aku tapau my mom's favourite food. Or belikan sumthing utk mak. Pastu tetiba dia tanya, beli brg ni semua duit utk mak dah asingkan?
Aku ckp utk mak ada dlm beg belakang pintu tu. Saja xbawak semalam sb takut overspend. Nt awak tlg bagi kat mak tau, pesan aku.
So...itulah citer kitaorg. Aku yg bermula Xde apa2 tapi hidup aku berubah 360° lps kenal dia.
Tapi tu semua cuma kenangan. Dia pun dah xde. In fact masa aku pindah keluar dr rumah sewa tu, xder 1 bnd pun aku bawak. Semua aku tgl pd tuan rumah. Sb semua bnd dlm rumah tu adalah kenangan aku dengan dia. Setiap inci rumah tu ada kenangan aku dengan dia.

Saturday, December 24, 2016

#throwback series 3 - Happy 11th Anniversary to you

This time nak throwback ke 11 tahun lepas.
One of the best moments in my life.
Aku kenal arwah 23/10, bln Ramadhan. Kenal through chatroom @ mIRC.
Chat sikit sebanyak sb nak rushing balik cari juadah ( aku balik keje terus singgah kat sect 7 shah alam). Mcm biasa bt havoc chanel, kacau kekawan n aritu mood nak private chat dgn stranger (which I regret till now). Kacau punya kacau terkacau sorg bdk Kajang, umur 18 ms tu, msh sekolah lower 6, asal johor tapi sambung f6 kat kajang. Layan sembang then exchange mobile no. Aku xsave pun no dia sb aku jrg sgt nak amik no chatter ni.
Balik tu, beli juadah n berbuka. Lps solat tarawikh, lepak kat bilik sewa aku, my mobile rang. Tgk no...xder dlm contact list tp jawab je sb tgh bosan masa tu...hahaha.
Rupanya kajang ni yg call. Set our 1st date the next day. (Nanti aku citer detail psl our 1st date ni.
Dlm ms 2 bln knal dia, kitaorg jd rapat. Byk luang masa sama2 every weekend. Smp aku pun rs nak upgrade relationship tu pada relationship yg lbh serius. Tapi aku ni penakut dan self esteembaku utk bnd mcm ni sgt rendah. Mgkn sb dah didoktrin oleh kakak2 yg aku ni buruk sejak kecik. Anak org asli ar. Kulit gelap ar. Mak aku darah Cina so kakak2 aku dpt chinese look tu. Kulit putih, rambut lurus, mata xberapa nak luas etc tp aku dpt tang mata je. Kulit mmg ikut keturunan ayah. Rambut kerinting. So basicly aku mmg rupa lain banding dgn adik bradik aku.
Aku plan aku nak "lamar dia tepat jam 12 mlm 25 dec tahun yg sama. Aku beli cincin silver kat kdai accessories silver favourite aku and tgu time tu dtg.
Sehari awal aku sms dia nak jmp mlm Krismas tu. Dia mcm biasa happy je nak jmp aku. Maklumlah kitaorg dpt jmp setiap ujung minggu je. Weekdays aku bz dgn keje n dia dgn xtvt sekolah dia.
Ptg 24/12 tu aku dh grak naik kekasih kesayangan aku, Modenas Karisma 125 dr shah alam ke kajang lalu ikut puchong. 45 minit gak la naik skuter buruk aku tu.
Smp je lpk jap kat umah mcik dia. Makan, teman dia tgk tv, dgr.citer dia psl cikgu n kwn2 sekolah dia. Lps isya aku ajak dia kuar ronda town Kajang. Mtk kbnaran pd family mcik dia. Tgu dia siap semua dlm kul 930 gak br kuar.
Bwk p mkn mlm dl kat food court kat dgn KPJ Kajang n Courts Mammoth tu. Lps tu dlm kul 1130 mcm tu grak lpk kat ada bgnan mcm foodcourt yg xberfungi kat tepi jln sebelum simpang masuk nak p Stadium Kajang n food court yg jual mcm2 jenis satay kajang tu. Ajak dia lepak situ sambil dgr citer dia dgn tekun. Dlm ati ni dah dup dap dup dap dah. Lutut dah gigil. Berpeluh jgn citer tp nsb cover sbb pkai jaket.
Bila duduk, kitaorg duduk sandar belakang. Yg macam logo brand Kappa tu kalau nak mudahkan imaginasi korang.
Aku sgt tak yakin nak ckp terus kat dia so last minit plan aku bt kptsn aku nak sms je dia. Lawak kan? Walhal dia kat belakang aku je masa tu.
Aku pun kuarkan mobile aku and start karang sms melamar. Bila aku lama diam, dia tny knp taknak ckp? Sibuk dgn phone la tu. Tah sapa la yg dia sms tu....(nada suara mcm dah merajuk)
Aku pun ckp sms dr boss remind psl outstanding report yg aku kne submit mgu depan sblm audit masuk. Pdhal jari laju je menaip nak send kat dia.
Bila agak dah tersusun cantik untaian kata2 tu tepat jam 12 aku send kat dia.
Dia dgn muka xbersalah kuarkan phone pastu bebel2 kata sapa la yg sms dia memalam mcm ni. Aku pun sakat dia kata scandal kot sms ajak dating. Dia dgn tak pusing belakang cuma tgn je gerak cubit love handle aku. Sakit woooooooooo.....rasa cam nak nangis pun ada.
Xlama pastu dia gelak. Kuat kot. Nsb baik xde org. Kalau tak confirm aku lagi malu.
Dia gelak psl aku sms dia psl nak bt dia jd special aku walhal dia kat blkg aku je. Dia kata aku pengecut.
Aku dah hangin sket masa tu. Tercabar kot bila org kata mcm tu. Klau dgn kekawan confirm dah mkn tgn kalau ckp mcm tu.
Aku pun tak berpaling kat dia aku cuma ckp reply je la. Ya ke x...xyah nak gelakkan org sgt la.
Dia pun senyap pastu dgr bunyi dia taip kat phone dia. Kejap je pastu phone aku vibrate. Dia dh reply text aku n dia kata YA.
Masa tu aku rs mcm dunia ni aku punya. Seronok tu xdpt nak gambarkan dgn kata2.
Br aku berani pusing tgk dia and kuarkan cincin silver yg aku belikan. Niat nak sarungkan kat dia.
Alih2 kne gelak lg. Dia bole ckp cincin silver je ker? Igt cincin habib ke Poh Kong yg ada batu kilat2.
Aku pun jawab ni je yg aku mampu. Aku xbyk duit skng nak bg dia brg mahal kat dia tp aku akan berusaha utk ubah kedudukan kewangan aku utk masa depan kitaorg. Rasa terhina kot bila dia ckp mcm tu.
Dia dah muka lain. Dia ckp dia gurau je. Dan mintak maaf kalau apa dia ckp td bt aku terasa. Dia mmg tgu detik tu sbnrnya. Tgu aku mulakan langkah utk upgrade relationship kitaorg. Dan hari ni impian dia tercapai.
Byk lg yg dia ckp tp aku xleh nak tulis.
Masa tulis ni pun aku dah sebak.
Sebab 22/12/2016 dia meninggal. Dia dah pergi tglkan aku smp bila2. Wpun hubungan kitaorg dh putus 8 tahun lps tp aku ttp igt dia. Aku selalu doa yg kitaor dpt bina semula kebahagiaan yg pernah rasa dulu.

#throwback series

Starting from today aku akan post #throwback series ttg aku dan dia.

Thursday, December 22, 2016

Hajat Tak Sampai

Dah lama aku xmencoret kat kanvas ni.
Byk yg jadi sepanjang aku sepikan diri.
First of all, aku dah start blogging my life as HIV patient kat http://aksaraakuhidupaku.blogspot.my.
But post kali ni adalah post yg sgt penting utk aku. 
For those yg follow blog ni atau frequently baca contengan kanvas aku ni, am sure.u guys know that I still havent move on dgn my previous SERIOUS relationship. Its been 8 years, tried to build new relationship a few times but failef over and over again. It changed my life a lot smp la aku dijangkiti dgn HIV atas keliaran aku . Aku nak lupakan dia dgn cara salah. Aku start blogging ni pun lps aku hilang dia. I need an avenue to release whatever feelings I have inside me and writing is the best therapy for me. 
Even klau ada yg follow, I wrote a story bout dia dan aku tp aku xleh nak nak siapkan. Too many sweet memories, too many bitter memories selama aku dgn dia. 
8 years of waiting and hoping....finally on 22/12/2016 aku dpt news yg plg aku tak sangka. Tu pun aku tahu sb my fb fren (mmg xpnh communicatate dgn dia before this) posted sumthing bout a fren of hers passed away. And she tagged a name in that post. When I read it, the name looks damn familiar and I chose to stalk that particular fb. Without realising it, my tears start to fall. Am speechless. My brain suddenly stop working. I feel like my world turned dark. 
That person that she tagged is my ex. If been looking for her for like 8 years and i've tried to find her in fb by trying various possible names she could use but I failed! And what suprised me the most shes using basicly her nama but why I never ever think to search that name. 
Shes gone forever! All my hope just burnt to ashes. There will be no more.chance for me to see her, talk to her, explain whatever happens before, hear her laughs....no more. Shes no more around.
And bila aku tau dia dah xde, all the memories dtg mcm movie kat otak aku. Menories dr hati pertama kitaorg chat (yupp...aku tackle dia kat chatroom mIRC back in 2005) smp la last aku call dia utk gtau arwah mak dah xde. 
Aku jd depress. Since balik dr MAHA 2016 aritu aku dh start separate myself from my family. I dun even know y I did that. Tapi bila aku tgk kronologi tu semula mgkn instinct aku dah beritahu aku yg sumthing happen to her. 
Aku g MAHA on 10/12/2016 and she was admitted on 11/12/2016 at Serdang Hospital, sblh je dgn MAEPS tu. 
Since that date dia dh suffer kat ICU tapi knp aku tak tahu??????? Knp aku xterdetik nak stalk fb kawan aku tu???? Klau aku tahu akan aku tunaikan janji aku akan jaga dia smp bila2...akan aku ada dekat dia bila dia sakit mcm dia pernah jaga aku kat hosp dulu.
Skng aku blank. Aku msh lg xbckp dgn sapa2.
My room is my safe place. 
Tido mmg xckup.
Mkn pun aku paksa sb aku kne makan ubat. 
And air mata akan keluat tak kira masa.
Lps kehilangan arwah mak tahun 2009, arwah kak long tahun 2013 skng aku hilang dia plak. Aku xleh hadam semua yg jd ni. Walhal kalau ikut logik aku yang ptt pegi dulu. 36 hari aku dok ward. 1st 2 weeks aku bed ridden. Darah 2 beg masuk. Drip jgn citer byk mana. Antibiotik yg hrga rm1,500.00/bottle 3 botol masuk, jatuh otw nak g cafe sb bdn sgt lemah masa tu....pttnya aku yg pegi dulu.
Tapi skng dia yg pegi. 
Sama mcm 8 tahun lepas, dia tglkan aku tapi kali ni tgl tu tgl selamanya. Aku xleh lagi nak cari dia kat mana. 
Yang paling aku ralat bila dia ada communicate dgn mbr aku tapi this guy xnak gtau apa wechat id arwah. Even bila aku suarakan aku nak jmp arwah lun tbis guy mcm hesitate. For what reason I dun know. Klau aku bertegas masa tu mungkin aku dpt jugak jmp dia wpun 5 minit.
Pedulikan apa arwah nak kata. Nak maki ke nak marah ke am always ready.
Tp aku tak tegas! Sama mcm bila dia bt keputusan utk tglkan aku dulu, aku terus dgn ego aku!. Aku admit kat DEMC ms tu due to stree she came every single day but I never talk and I dun even look at her face! Betapa berdosanya aku bt dia mcm tu. 
Utk awak.....
Org tatau berapa lama org akan amik utk trima hakikat awak dah xda.
Org nak awak tahu, sepanjang awak pergi betul org cuba bina hubungan baru tapi semua tak kekal. Sebab apa? Sebab awak yg terbaik dlm hidup org. 
Awak pergi dgn tglkan standard yg sgt tinggi utk org lain ganti tpt awak. 
Awak dah pergi bersama arwah mak awak, arwah mak sy dan arwah kak long. Awak dah tglkan org selamanya.
Awak bawa pergi rs org pd awak. 
Awak bwak pergi sebahagian besar diri org dgn awak.
Semoga awak tenang kat sana. 
Kalau diizinkan Allah kita akan jmp kat alam satu lagi. 
Tunggu org kat sana yer!
Apapun org nak awak tahu org syg awak smp bila2. 
Takkan ada org lain lg lps awak. 
Terima kasih sb ajarkan org erti kasih sayang.

Wednesday, April 27, 2016

aku dah give up!




first of all, to all my friends aku nak mintak maaf sgt kalau apa yg aku tulis kali ni akan btkan kalian kecewa.
aku dah tak mampu lagi  nak jadi "kuat"
aku dah xnampak ke mana hala tuju hidup aku skng
byk yg aku tak share dgn korang psl hidup aku skng sbb aku faham semua org ada mslh dan aku xnak jadi bebanan tambahan pada org2 sekeliling aku
aku xsalahkan sapa2pun ats semua yg jadi skng sbb ini semua bahagian aku lps aku hidup hanyut ikut rasa selama ni
dah masuk 3 bulan hidup aku merempat merata....segala RM yg ada aku tpaksa guna utk cari tpt tido termurah yg aku leh byr
family? bkn aku xder family tapi sama mcm alasan aku kat atas tadi, diaorg pun ada mslh dan keluarga sendiri utk dijaga. aku ni mcm MSG je dlm lingkungan keluarga tu, ada tu bt tmbh sedap tapi kalau xder, xder sapa kisah pun. life goes on as usual for them.
sumtimes aku rs cam nak p bt DNA test nak sahihkan betul ke aku sebahagian dr keluarga tu atau cuma anak pungut sejak aku kecik dl
ok...enuff with the sad story....
aku nak mintak jasa baik sahabat aku utk laksanakan anamah terakhir aku ni...
tak susah pun...cuma xramai yg nak pikul amanah tu sbb takut kena soal kat sana nanti.

tugas korg sbg pemegang amanah aku cuma perlu jadi waris terdekat (baca : next of kin) in case aku jatuh sakit lagi. check in kan aku kat Hosp Sg Buloh dan tgl je aku kat situ sbb ada nurse dan doktor yg boleh jaga aku nt.
and no hp korg akan dihubungi in case of death or critical situation.
mst ada org tny knp bkn ahli keluarga aku yg aku nak pikul tjawab tu
alasan aku balik pd alasan yg sama : diaorg ada mslh sendiri, ada keluarga sendiri utk dijaga dan lain2 tjawab sbg org yg dah berumah tangga......cukuplah aku bebankan diaorg selama ni.
in case of death, sahabat yg sgup amik amanah ni perlu selesaikan tuntutan khairat kematian dgn EPF dan berhubung dgn penama EPF aku utk tujuan penyaliran dana seperti yg aku dah niatkan. setail aku akan bagi bila ada og yg sgup amik amanah ni.
berkaitan dgn kematian gak, pemegang amanah perlu utk terakhir kali uruskan segala urusan pengebumian dan lokasi tanah kubur aku pun biarlah pemegang amanah yg tentukan.
 bila dh selesai semua barulah notify keluarga aku psl diri aku dan bagi diaorg semua salinan dokumen berkenaan utk simpanan.
xyah bt kenduri tahlil semua tu.
i was not born to be remembered.
password semua social network dan email aku pun aku akan bagi.
bila smp ms aku tu nanti tlg postkan kat fb dan lps tu boleh deactivate acct tu.
tu je tugas pemegang amanah aku...

and last but not least, aku mtk maaf dr hujung rambut smp ujung kaki atas semua khilaf aku sepanjang aku kenal korang.
mana yg terhutang tu, aku takkan mtk halal tapi dgn baki duit EPF yg ada tu pemegang amanah aku akan selesaikan semua
maaf sb aku dah tak mampu nk jadi kuat dan terus melangkah.
mgkn dh smp ms aku menyerah dan berhenti berjuang.
matlamat hidup aku pun dah terlaksana...
dpt jaga arwah mak smp ke akhir hayat dia.
kalau kata Dia jemput aku pun aku dh cukup puas hati wpun aku tak mampu jaga arwah mak camner dia jaga aku dr aku dlm perut dia lagi.
and to all my sisters, dun get me wrong. i never blame all of u for what happened to me.
as usual aku sentiasa memahami kekangan korang, permasalahan hidup korg dan aku faham tanggungjawab korg pd suami dan anak2 korang.


kalau sapa2 yg berminat boleh inbox aku personally kat fb atau send je whatsapp kat no aku.
semua detail aku akan bagi kemudian.

Monday, April 11, 2016

am i wrong for not being "normal"?




assalamu'alaikum
lama dah terbiar blog aku ni.
bukan xnak update or xder bahan nak update tp kekangan kemudahan utk aku pdate tu yg jadi penghalang.
kali ni aku nak sembang sikit pasal apa sbnrnya "normal" mengikut pandangan aku.
for the past 18 months i have been trying to live normally as per what society wants me to be.
but i failed miserably in being normal.
and society esp my circle of peer in HIV communities cant accept my abnormality.
that makes me feel really sucks. not bcoz of me couldnt blend in to the community but they failed to understand the complexity of me being me.

ok la cukup kot intro tu
what? aku ada HIV? so what the big deal bout that?
semua org ada sakit dan aku dpt bahagian aku melalui HIV ni.
 sumthing yg Allah igtkan aku supaya tak teruskan khilaf aku yg dulu.
peringatan utk mengubah diri menjadi lebih baik dari dulu.

ok balk pada topik NORMAL ni.
since i was cute little boy (ececeh..perasan jap...hahahahaha) am always different from my peer.
masa anak2 tgh sibuk bermain kat luar dgn kekawan, aku lebih suka dok umah tgk tv, main video games or juz membaca buku2 yg ayah selalu sumbatkan pd aku.
bahan bacaan pun aku suka bahan bacaan berat mcm world politics, economy, and things like that rather than reading entertainment magazines like my peer.

bila parents aku divorced ms umur aku 14, aku baru explore dunia luar dgn berkawan tp semua bermula pd usia 16 lps aku tuka sekolah. dr umur 14 smp 16 tu aku dlm depression berat akibat dr perpisahan parents aku. bila tuka skola tu br la aku kenal g camping, cycling, ikut motivation camps, ikut program ilmu......so pd aku msh lagi aku kelihatan tidak normal utk anak sebaya aku. bermula dr Kursus Perkaderan GPMS Perak, aku mula kenal aktiviti fasilitator. since then thres no turning back utk aku. most of my weekends i spent at Institut GPMS jadi fasi utk pelbagai aktiviti dr anak2 tahun 6 smp la ke anak2 tingkatan 6.

bila kat univ, aku terlalu sibuk dengan kuliah dan kerja part time sbb ada perselisihan faham dgn ayah yg buatkan beliau amik keputusan utk hentikan sumber kewangan aku. dr situ jugaklah aku kenal dunia gelap aku yg menjerumus aku ke penyakit HIV ni. tp aku msh tidak sealiran dgn geng dunia gelap aku ni, jahat aku, nakal aku tak aku bt secara berjemaah. semua aku bt sorg2 atas dasar ingin tahu yg mendalam.

basicly aku mmg loner tp kalau kena geng yg sama2 tak normal mcm aku, aku mampu jd org gila yg berpedoman dan beriman.....hahahahahahha

selection of friends pun sgt terhad sbb aku dh didoktrin supaya berhati2 memilih kawan oleh parents aku.

so bila aku disahkan kena HIV pada tahun 2014, aku cuba utk bergaul dgn rakan2 senasib. tapi oleh kerana ketidaknormalan aku, kehadiran aku dikalangan mereka tidak mendapat sambutan. malah keji, hina dan cacian aku terima,

lps 18 bulan bersembunyi di kalangan rakan senasib, aku bt keputusan utk kembali menjalani kehidupan normal aku dl. and alhamdulillah am able to smile sincerely. am able to laugh my ass out. and do things i always love to do before.

so pada aku, aku tak perlu jadi "normal" utk memenuhi tuntutan persekitaran sb normal mereka adalah tidak normal utk aku.  aku selesa jd diri aku sendiri wpun persekitaran memandang aku sbg berbeza.

as long as am hapy with whatever am doing that is more than satisfying for me. what ppl think bout me, what they wants to say bout me is non of my concern coz they dun really know who i was and am. they never tried to know me as me.

for those out there who thinks that they are not normal, juz do what u do. u choose ur happiness not the society,

Powered By Blogger