Wednesday, July 18, 2012

Sebuah KIsah Perjuangan Yang Sangat "Inspiring"



sebelum aku memulakan kisah ni...aku ada 1 pepatah yg aku nak ketengahkan..."Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takder gunanya"

kisah yg bakal dipaparkan adalah kisah yg berlaku di Tehran, Iran.apa yg menarik dalam kisah ni adalah sesalan yg rakyat Iran terpaksa tanggung skng akibat dari tindakan mereka melakukan Revolusi menjatuhkan Kerajaan yg sebelum ini. mari sama kita hayati kisah ini....
Perkongsian yang mungkin boleh dimanfaatkan, coretan kisah dari sahabat yang bertugas di Tehran.

Bila bertemu dengan orang di sini, soalan yang selalu diajukan adalah "How do you find/think about this country". Jawapan yang biasa diberi, "Yes, it is a nice and beautiful country". Mungkin disebabkan terlalu kerap menerima soalan sedemikian, pada suatu hari, semasa menaiki teksi untuk pulang ke rumah, terasa ingin pula menduga respons mereka pula apabila diajukan kembali persoalan tersebut. Maka sang pemandu teksi yang saya naiki memberikan jawapan seperti yang diduga. Dia menyalahkan kerajaan hingga menyebabkan hidup mereka di sini susah kerana negara ini kini menghadapi pelbagai sekatan dan masalah ekonomi yang berlaku di sini. Harga barangan dan minyak naik. Rata-rata penduduk di negara ini hanya memperoleh pendapatan kurang daripada USD500 sedangkan inflasi pula kini semakin menekan kehidupan di sini. Menurut beliau, sebelum pemerintahan kerajaan sekarang, kehidupan rakyat di sini agak terbuka dan tidak terlalu terkongkong. Saya sekadar tersenyum mendengar jawapan yang diberi. 

Bagi membalas kembali jawapan yang telah diberikan, saya memberi respons bahawa dalam situasi sekarang, kerajaan tidak sepatutnya dipersalahkan. Dia memandang saya. Mungkin tertanya-tanya kenapa agaknya jawapan itu yang diberi. Kemudian saya menyorot tahun 1978-79, zaman revolusi dan menyusulkan satu lagi soalan, siapakah yang terlibat dalam usaha menukar kerajaan pada masa tersebut? Bukankah rakyat yang berjaya menukar tampuk pemerintahan ketika itu. Dan dalam situasi sekarang, rakyatlah yang sepatutnya dipersalahkan kerana disebabkan tindakan mereka, kerajaan sekarang dapat berkuasa. Beliau dan rakyat negara inilah yang sepatutnya bertanggungjawab hingga memaksa rakyat dan generasi kini merasai keperitan seperti yang berlaku sekarang. Sang pemandu teksi kemudian cuba mempertahankan tindakan mereka pada masa itu. Beliau menyatakan bahawa beliau dan rakyat yang lain masih muda dan pada masa itu telah disogok dengan pelbagai janji seperti air percuma, elektrik percuma, harga minyak murah dan banyak lagi janji yang telah ditaburkan pada masa itu. Oleh sebab itu, rakyat telah bermati-matian berjuang kerana ingin memperoleh sesuatu yang belum pasti. Akhirnya, semua yang dijanjikan hanya tinggal janji. Malah, lebih banyak kongkongan yang dikenakan kepada rakyat. Sang pemandu teksi kemudiannya menggelengkan kepala. Jelas tergambar kekesalan di wajah beliau. 

Sebelum keluar dari teksi berkenaan, soalan terakhir yang sempat diajukan, berapakah umur beliau pada masa itu dan adakah beliau terlibat dalam demonstrasi jalanan pada waktu tersebut? Beliau mengangguk sambil menjawab umur beliau 17 tahun. Pada akhir pertemuan itu, saya mengucapkan salam kepada beliau. -Tamat perbualan-

Sambil berjalan menuju ke rumah, minda terus memikirkan satu pengajaran yang berguna... Apa yang dilakukan oleh generasi sekarang, kesan dan akibatnya akan dirasai oleh generasi seterusnya. Ia seolah-olah satu pertaruhan yang belum pasti pulangannya.....siapa yang merana? mereka, anak dan cucu mereka.... Penyesalan pada waktu itu tidak berguna lagi... 

-end of story-

>soalan saya buat teman2..mahukah kita melihat negara Malaysia yang aman makmur sekarang jadi seperti ini? 

>adakah kita mahu segala kemudahan dan keselesaan hidup yang kita ada sekarang terhapus dek kerana mengejar janji2 yang tak pasti seperti mana apa yg penduduk Iran hadapi skrg? 

>pernahkah kita ambil iktibar dari pepatah "dengar guruh di langit, air tempayan di buang"? pernahkah kita cuba menyelami sejarah dan peristiwa yg berlaku di tempat lain utk dijadikan iktibar dan peringtan buat diri kita agar kita tidak tersilap langkah seperti mana yang berlaku di tempat lain?

>terlalu egokah kita sampai kita terlupa mahu melihat lebih jauh dari sempadan negara kita yang tercinta dan bagaimana terseksanya kehidupan akibat dari kesilapan percaturan rakyat negara tersebut sendiri? 

>apapun jawapannya...tepuk dada tanyalah selera....

>kalau sapa yang rasa apa yg aku share ni berguna, silalah share dgn kawan2 yang lain ..mungkin rmai yg tak tahu akan kisah ni..>inysa Allah sedikit sebanyak boleh bantu utk buka minda org2 yg kita kenal utk lbh bersyukur dgn segala apa yg kita dah ada skng....

wasalam....:) 


No comments:

Powered By Blogger