Wednesday, May 16, 2012

Koleksi Terakhir - Teaser 3


“Awak, esok kita pegi Sunway Lagoon nak? Kak Long ajak,” soal Zam ketika menjemput Faizah dari rumahnya untuk pergi menonton wayang di The Curve.
“Awak dah dapat bonus la tu. Tu yang fikir nak berjalan sana sini. Cubalah berjimat sikit. Duit untuk mak dah bagi ke belum?,” jawab Faizah dalam nada kurang senang.
“Orang dah buat bajet la awak. Siap ada lagi baki yang orang  nak simpan hari Isnin nanti kat Tabung Haji.  Cuba la jangan nak bebel terus. Tanya dulu boleh tak?,” balas Zam dengan nada suara yang agak tinggi.
“Ok..ok. Maafkan orang. Kalau betul awak dah buat sumer tuh, sebenarnya orang memang nak ajak awak gi sana pun. Tak pernah lagi sampai sana tapi orang malu nak cakap kat awak. Mesti seronok kan dapat main macam-macam permainan kat sana, awak kan?” Faizah cuba memujuk Zam kembali.
“Malam ni awak tidur kat rumah mak je ya. Senang sikit nak pergi esok. Nanti lambat plak. Baju awak pun ada lagi kat rumah mak kan?” sambung Zam tanpa menjawab soalan Faizah.
“Nanti orang telefon makcik bagitahu orang tak balik malam ni,” jawab Faizah.
Seharian di Taman Tema Air Sunway Lagoon merupakan hari terindah dalam kehidupan Zam dan itulah antara detik yang paling diingati sepanjang hubungannya. Melihat gelak tawa Faizah, perilaku Faizah yang sedikit keanak-anakan dan penerimaan kakaknya pada Faizah membuatkan Zam tersenyum bahagia. Antara detik yang takkan dilupakan ketika Faizah beriya-iya mengajaknya menaiki permainan yang dio panggil Gallion. Pengunjung akan menaiki satu sangkat besi yang terletak di hujung satu tiang yang panjang. Sedikit demi sedikit, sangakat tersebut akan dihayunkan sehingga sangkar tersebut berhayun pada 360 darjah. Faizah yg beriya-iya mengajaknya menaiki permainan tersebut menjerit-jerit ketakutan ketika sangkar besi tersebut bearada pada paras teratas yang membuatkan semua pengunjung akan berada dalam keadaan terbalik. Selesai beberapa pusingan di Gallion, Faizah turun dengan air mata melelh di pipinya.
“Awak jahat! Orang takut masa naik benda tu. Awak la ni yang ajak orang naik. Taknak kawan dengan awak!” bentak FAizah bila mereka berdua meninggalkan kawasan tersebut.
“Bukan awak ke yang nak sangat naik tu tadi? Awak yang kata macam best. Pastu awak kata orang yang penakut sebab taknak naik dengan awak kan?” balas Zam.
“Baik awak ngaku yang awak yang ajak orang nak benda tu. Kalau tak orang merajuk. Awak kan yang ajak orang naik?” jawab Faizah sambil menyapu air matanya. Tiada lagi ketakutan di wajahnya Cuma ada sedikit riak nakal. Faizah menduga bagaimana kekasihnya itu akan bertindak jika dalam keadaan sebegitu.
“Yalah. Orang yang ajak awak naik benda tu tadi. Orang yang salah buat awak takut. Orang minta maaf. Orang yang salah. Awak nak hukum orang buat apa kali ni?” balas Zam yang sudah memahami permainan Faizah. Jika ada sesuatu yang ingin diminta, begitulah cara Faizah. Dan Zam sekadar mengikut apa saja permintaan tersebut kerana dia sedar Faizah bukan jenis yang meminta sesuatu yang dia tak mampu lakukan. Semua yang dilakukan adalah kerana keikhlasan hatinya mencintai seorang gadis luar biasa.
“Mana awak tahu orang saja buat mcm tu? Awak ni kan. Tak pandai berlakon la. Cuba buat mcm awak tak tahu apa-apa. Baru la ada adventure sikit,” bebel Faizah.
“Awak nak orang merajuk macam dulu ke? Awak lupa dah yang kes awak merajuk dengan orang pasal orang lambat pergi ambil awak dulu? Awak nak orang merajuk macam tu lagi ke?” kata Zam sambil menjelirkan lidah.
“Tengok tu. Suka kan buat orang macam ni. Orang tahu. Dulu orang merajuk dengan awak, awak tinggalkan orang kat umah kan? Tak pasal-pasal orang pulak yang kena naik motor pergi Midvalley sebab awak tunggu orang kat sana kan? Tapi…….taknak la buat macam itu dah. Awak tak kesian ke kat budak kecik ni?” jawab Faizah sambil memedipkan matanya seperti watak kartun.
“Ok..ok. Orang tak buat dah. Wahai budak kecik, awak nak minta apa dengan orang ni? Orang akan tunaikan kalau orang mampu,” sambung Zam lagi.
“Awakkkkkk….lepas makan nanti, kita pergi tengok wayang nak tak? Orang nak tengok cerita Happy Feet. Comel je penguin tu nari-nari. Boleh tak awak?” pinta Faizah.
“Itu je? Ingat nak minta apa la tadi. Boleh je awak. Untuk budak kecik orang ni, orang sanggup buat apa yang orang mampu buat. Tapi, awak tak penat ke? Kita kat sini smp petang tau. Pastu nak pergi makan lagi dengan Kak Long dengan Kak Su. Mungkin kita boleh tengok tayangan tengah malam je cerita tu. Awak tak kisah?” balas Zam. Senyuman terukir indah di bibirnya. Terpancar sinar kebahagiaan di wajahnya. Dia bukan lagi Zam yang dulu. Yang terus-terus meratapi kecurangan bekas kekasihnya.
“Alah, awak yang bawak motor nanti kan? Orang duduk belakang orang boleh tidur. Orang ada 1 syarat untuk awak. Awak kena janji awak kena ikut syarat ni. Awak tak boleh tidur masa tengok cerita tu nanti. Awak tu, kalau cerita yang awak tak suka tengok mesti awak tido nanti. Selalu orang kena tengok cerita sampai habis sorang-sorang,” kata Faizah.
“Ya awak. Saya janji saya takkan tidur. Saya pun teringin jugak nak tengok cerita itu sebenarnya. Karakter tu comel macam awak. Hehehehehehe……..” seloroh Zam.
Faizah masih kurang berpuas hati dengan janji Zam.
“Betul ni? Awak pasti? Jawapan muktamad? Sure?” Faizah terus menduga kekasihnya.
“Eleh…tak malu. Tiru ayat orang. Awak ni takda identiti tersendiri la…..” jawab Zam sebelum dicubit Faizah.
“Biar ar. Suka hati orang la nak cakap apa pun”
“Kenapa tak suka perut ke, suka jantung ke, suka paru-paru ke? Kenapa mesti suka hati awak eh?” Tanya Zam
“Eleh…dia pun tiru ayat orang. Awak pun takda identiti tersendiri kan. Sibuk je amik ayat orang…” balas Faizah.
“Oi…dah habis dah bercinta? Taknak balik ke? Selagi celik mata tu selagi tu la ada je benda yang nak buat bahan gaduh. Pastu merajuk. Benda yang tak patut jadi sebab pun boleh gaduh. Susah kalau 2 orang ego dan degil bercinta ni,” kata Kak Long.
Tanpa mereka berdua sedar, Kak Long dan Kak Su dah lama menunggu mereka.
“Cepat sikit. Lapar dah ni. Nanti lama-lama sangat tak cukup pulak makanan kat Hartz Chicken Buffet tu. Kami dah Nampak ayam-ayam goring tu melambai-lambai suruh kita dating dan makan,” celah Kak Su, teman sekerja dan juga teman rapat Kak Long.
“Sorry kakak-kakakku. Faizah ni suka sangat cari gaduh. Pastu taknak ngaku. Orang gak yang kena ngalah.” Betah Zam sambil berlalu ke loker simpanan barang dan terus ke bilik persalinan.
  Suara jeritan pekerja SkyBus AirAsia membuatkan Zam tersedar dari lamunannya. Terlalu manis kenangan itu fikirnya. Tiada sama nilai dengan apa juga harta dunia yang Zam miliki sekarang.

No comments:

Powered By Blogger