Tuesday, November 25, 2014

2014 - 1 Kisah yang panjang..........Part 1



As salam wbt dan salam sejahtera readers.......

lama aku tak menconteng canvas cyber ni. aku sendiri tak pasti apa yg jd punca kesihatan aku kembali menjadi sgt teruk tahun ni.

lepas hari jadi aku, ada seorang teman cyber inbox aku tnya nak tlg dia jual produk mknan kesihatan tak? bnd ni dtg dr USA and was developed by NASA for their astronaut katanya. khasiat dia sgt byk esp klau yg ada masalah susah buang air besar. kanak-kanak yg consume produk ni akan jd lbh pantas dan cerdas dlm menerima ilmu. itulah katanya. kemudia dia hntrkan aku 1 botol sbg sample utk aku sendiri guna sbg testimoni produk dan aku setuju walhal sejak aku berenti minum susu botol masa umur aku 6 tahun....YES! 6 TAHUN...hehehehehe, aku sgt memusuhi produk2 seperti itu sb aku tgk mcm muntah kucing..opssss....sorryy....terlepas plak. aku nak post gmbr produk tu tp takut nt produk owner saman aku,

then smp la produk tu ke rumah. aku try dlm xsmp 10 hari aku rasakan perubahan yg sgt signifiken. selera makan aku mati. aku takde selera langsung nak mkn apa2 pun. kakak aku pun bising dah. dia pin ada try tp bila dia rasa bdn dia lain mcm sekali je dia minum. so lps pd tu aku terus hilang selera makan......apa yg bt aku hidup cuma air manis yg beri tenang melalui gula tu. masa tu semua org rilex lagi tp lepas beberapa bulan.........

badan aku terus susut dan susut. aku makin tak bertenaga. akhirnya awal bln october kakak aku bawak aku gi klinik swasta utk check. doktor tu amik dara dan aku kne tgu beberapa hari sbb kebetulan ms tu cuti umum. bila dpt result, doktor nasihat utk kakak bawak aku ke hospital. 

tanggal 7 october 2014 dgn paksaan kakak dan ank sedara aku, berangkatlah kami ke hospital putrajaya emergency. smp jam 7 malam, soalan pertama kat triage yg diaorg tny ialah adakah aku amik dadah sb aku dh sgt kurus (untuk makluman dlm tempoh 6 bulan badan aku susut dr 68kg ke 47kg). terus dihantar di hantar ke zon separa kritikal (zon kuning) dan bermulalah NERAKA buat aku masa tu.



dr saat aku dpt katil utk pemeriksaan aku kena interview dulu. macam2 soalan doktor medical tu tanya. aku pun jawab je la semua dgn telus. aku tak perlu sorok apa2 kalau dgn doktor ni sb nanti diaorg akan tahu gak through blood test. bertiub2 darah aku kena amik. mcm2 jenis org dtg kat aku. ada yg interview aku lg dgn soalan2 yg sama dgn mula2 tadi. aku layan je.

yang aku takkan lupa masa ada nurse tu korek tulang tgn kiri aku utk amik bone o2. dh la tak bius, dia main korek je dan sgt sakit. dan ada moment yg aku igt aku dh nak mati bila ada doktor ni suntik kiatanya antibiotik kat urat kaki aku dan tiba2 aku rasa dunia aku gelap sekejap dan aku sedar semula. nsb baik Allah blm nak amik nyawa aku. darah jgn citer la, berbotol2 berlainan org ambik. 
last sekali lbh kurang jam 12 tgh malam dtg doktor perempuan bgtau 

paru2 aku yg belah kiri dah tak berfungi, berair dan ada air bubble kat dlm tu. so, dia kata dia nak keluarkan air tu. aku ckp kat dia takleh ke buat semua tu siang nt sb aku dh sgt penat dan dia berikan hujah2 medical dia kat aku smp aku pun terpaksa redha. sakitnya masa dia masukkan jarum tu Allah je yg tahu. aku tatau knp ubt bius tak jalan awal pagi tu. dia cuma dpt amik dlm 9 botol je air. botol kecik2 yg mcm botol letak urine tu. 

  
 inilah procedure yg aku lalui malam tu dan in the morning. 



 

ini gambaran dlm bentuk grafik proses tersebut. 

the next day, doktor tu dtg dgn bwk dulanag equipment utk jalan procedure tersebut sekali lagi. sblm tu aku di tolak dgn katil utk x ray utk tentukan kuantiti air yg ada dlm paru2 aku. aku letakkan syarat yg aku taknak procedure kali ni sakit mcm mlm tadi. she agreed. sblm dia bius tpt dia nak cucuk jaruk tu staff nurse cucuk pain killer penuh 1 syngerine through IV drip punya jarum tu dan secara tiba2 aku rasa mcm aku di syurga. aku terus stone dan tak rasa apa2 bila disuntik bius. sepjg proses tu aku tak rasa apa2 langsung cuma aku npk air yg dlm paru2 aku tu terkumpul dlm 1 beg. almost 1 jam kemudian, selesai procedure dan almost 2 litres of liquid berjaya dikeluarkan tp menurut doktor tu, ada lg sisa air dlm paru2 aku dan diaorg jmp air bubble dlm tu. 

the next day, aku dipindahkan ke isolation ward sb suspect aku kena tibi. bilik sorang tp tak boleh ada aircond sb takut jangkitankan seluruh hospital throush aircond tu, xder tv cuma ada katil dan toilet. aku cuma mampu tgk keluar org dok lalu lalang. masa di bilik lama org yg aku tak sangka2 dtg melawat aku lps aku inform dia. sahabat aku yg aku cuma kenal kat fb dan dah bertahun kitaorg chat tanpa bersua muka. dia pelawat pertama aku. kami lepak2 dia kena pakai face mask. aku pun kne pakai gak.  

bila dia balik, dia update wall fb dia....

1st time aku brjmpe dgn seseorg yg brgelar sahabat tp malangnyer keadaan beliau amat mnyentuh ati & naluriku....
Nairul Hizam, tabahkn ati wlau apepon jua situasi yg sdg ko alami...Allah pnentu sgala...jgn sesekali give up bro!!!...
By Tony PM
11/10/2014 via fb

 
aku sgt tersentuh dgn apa yg tercoret. kemudian hadir Vee Zee yg agak kerap je dtg melawat sepjg 36 aku kat ward. aku sempat post kat fb yg aku warded cuma people are not aware thats why 1st 2 weeks xder org dtg melawat aku. aku sgt indipendent ms tu. semua aku bt sendiri. kakak aku bz dgn kerja dia so dia tak byk masa nak travel dr shah alam ke putrajaya. mmg aku sendiri je. dan aku masih belum mahu makan 1st 2 weeks tu. aku cuma bgn pagi, bfast milo dan tido. 

malam tu dtg seorang doktor cina dan doktor india bgtau nak tebuk belakang aku utk masukkan tube nak buang air yg msh ada dlm paru2 aku. aku tak diberi penerangan detail pasal procedure tu dan aku mti2 menolak rawatan tu sbb aku bygkan dia akan tebuk dekat dgn buah pinggang aku. the next day aku inform dok aku yg mmg permenant jaga aku yg aku xnak buat procedure tu. aku sgup sign consent letter utk hapuskan tjawab hospital kalau apa2 jd kat aku dgn tak buat procedure tu. but she explained to me how the procedure is secara detail dan simple, aku akhirnya setuju utk lalui proses tersebut. 

*akan bersambung di bahagian ke2. nantikan ya.......













No comments:

Powered By Blogger