mcmana anak bangsa aku sendiri nak maju kalau setiap perusahaan anak bangsa nak dijatuhkan oleh anak bangsa aku sendiri. kupasan isu yg sgt mudah pada aku.
A diberi peluang utk jalankan perniagaan oleh parti yg memerintah dan dia gunakan sepenuhnya peluang yg dia dpt tu smp la perniagaan dia kecik jadi sebuah sykt yg besar.
B juga diberi peluang yg sama. xder beza sikit pun. tapi bezanya, B ni dpt je modal permulaan perniagaan dr kerajaan, p beli keter besar, bt kenduri kesyukuran kat hotel 5 bintang, pegi melancong tapi perniagaan tak ke mana lagi. bila perniagaan dia gagal, dia salahkan kerajaan. pilih bulu katanya. pilih kroni katanya. sdgkan dia dh dpt peluang utk majukan perniagaan dgn dana yg kerajaan bg tapi dia sendiri yg salah guna.
dan kerana dek dengkinya si B ni pada si A, mulalah B menyyebarkan mcm2 keburukan A. kaitkan dgn rasuah. kronisme. dan mcm2 lagi. dan akhirnya sykt A terpaksa di jual kepada org lain kerana pelnaggan tiada keyakinan pada produk sykt A.
siapa yang rugi dalam hal ni terutama bila sykt A punya produk yg bagus dan apabila syktnya terpaksa dijual, yg membeli sykt tersebut adalah bangsa lain. dan dgn produk yg bgs ciptaan pemilik lama sykt A, pemilik baru ni dapat untung yg berlipat kali ganda.
soalan yg sama aku ajukan. siapa yg rugi dalam kes ni? *xyah jawab kuat2, am sure all of u got brain to think who is in the losing side.
kejayaan seseorang tu adalah atas USAHA dia sendiri. wpun dia anak menteri ke, org dalam parti mana2 pun, tapi kalau dia tak gunakan peluang yg diberi sepenuhnya dgn baik, dia tetap akan gagal.
berhenti menyalahkan org lain jika kamu sendiri tidak mempergunakan peluang yg diberi dgn sebaik mungkin.
sedarlah wahai anak bangsa....ini bukan lagi masa utk kita terus lena dibuai mimpi indah dengan sulaman janji2 manis. ini ms utk kita bangun dan bekerja keras utk menjamin kelangsungan genarasi anak bangsa kita akan datang.
jangan nanti smp 1 masa, kita jadi melukut di tepi gantang. sekadar melihat kejayaan bangsa lain tapi di mana kita masa tu? hanya sekdar jadi penonton? bumi ini siapa yg teroka? siapa yg perjuangkan hinggalah merdekanya bumi ini dr penjajahan British. hargailah usaha yg telah pejuang2 kemerdekaan lakukan demi kita generasi sekarang. jangan kita jadi seperti di Amerika Syarikat atau di Australia di mana peribumi hanya penumpang bukan penggerak kemajuan negara.
aku bukan racist. aku tetap hormat hak bangsa lain di bumi Msia ni. in fact aku juga bukan lahir 100% Melayu. tapi aku nak bangsa aku sendiri hormat sesama bangsa sendiri dan berhenti menjatuhkan sesama sendiri. tiada untungnya kita buat mcm tu. yg untung adalah golongan yg mengambil peluang atas perpecahan kita.
bila segala telah hilang, bila kita tiada lagi suara adakah kita akan terus menyalak dan menyalahkan org lain sedangkan dah jelas keruntuhan bangsa kita adalah dek kerana sikap kita sendiri.
kenapa tidak kita bersatu bawah 1 panji2 iaitu panji2 Islam? kenapa kita boleh bersatu dgn bangsa lain tapi utk bersatu dgn bangsa sendiri mcm2 syarat kita letakkan? adakah kuasa lebih penting dr perpaduan itu sendiri? jika ada ketidaksefahaman, berbincang cara prg yang matang dan berakal. bukan menolak mentah2 atau meletakkan pelbagai syarat. dan itu akan berbalik dek kerana sikap yg sebegitu, apa yg bangsa kita dpt? dan siapa yg dpt keuntungan dr kekhilafan kita tu? pernahkah kalian berfikir mcm tu? atau adakah kalian cuma fikirkan akan agenda peribadi kali hingga melupakan anak bangsa kalian?
luapakah kita akan kisah beza sebatang lidi dgn seberkas lidi? atau kita sengaja melupakan demi mengejar agenda peribadi yang tak menguntungkan anak bangsa. di mana sifat kemanusiaan kita bila kita hanya hidup utk diri kita sendiri? luapakah kita yg kita ni hidup dalam sebuah masyarakat. gagal 1 bahagian dr masyarakat tu, akan runtuh keseluruhan sistem masyarakat tersebut. mahukan kita jadi begitu?
sedarlah wahai bangsaku.
sebelum aku tutup kata aku ni, aku nak korang hayati lirik lagu ni. aku belaja lagu ni 1st time ms aku ikut Kursus Perkaderan GPMS tahun 1995. dan sejak tu lagu ni jadi sesuatu yg amat2 aku hargai. hayatilah yerk...
Lirik Warisan (Anak Kecil Main Api)
Anak kecil main apiTerbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


No comments:
Post a Comment