Tidurku
bukan tidur biasa
Tidurku
bisa berhari-hari
Aku
senang aku bisa tidur begitu
Di
saat itulah rinduku terubat
Aku
kembali jadi diriku
Tempat
indah di situlah aku
Tidurku
buat aku bertemu
Insan-insan
penting hidupku
Kembali
rasa diri disayangi
Kembali
rasa hangatnya kasih
Kembali
rasa ada yg sudi
Dengar
setiap pertuturanku
Aku
jumpa dia
Dia
yang pernah aku punya cintanya
Kali
ini dia berbeda
Dia
mahu aku terus melangkah
Biar
cerita itu Cuma kenangan
Kenangan
terindah kami berdua
Dia
bukan terbaik untukku
Bukalah
hatiku pintanya
Dia
ingin lihat aku kembali ceria
Bahagia
seperti saat kami bersama
Kami
berbicara tanpa suara
Renungan
matanya jelaskan segala
Akhirnya
dia berlalu tetap tanpa suara
Linangan
air jernih sempat kulihat
Si
dia di berpaling lalu pergi
Aku
jumpa ibu
Jernih
sekali wajahnya
Ibu
benar bahagia
Di
alam tiada manusia pendusta
Datang
ibu memelukku
Mengucup
dahiku penuh cinta
Terlalu
lama aku rindu itu
Walau
aku tahu ia takkan pernah kembali kurasai
Ibu
juga tiada bersuara
Sentuhannya
seolah ubat paling berkuasa
Aku
peroleh kekuatan luar duga
Aku
bisikkan pada ibu
Aku
mahu bersama ibu
Aku
rindukan kasih ibu
Aku
rindukan segala tentang ibu
Aku
tak ingin kembali bangun
Kerna
aku tahu ibu takkan ada bersama
Pesan
ibu
Aku
perlu teruskan hidupku
Ramai
yang menyayangiku
Ramai
yang memerlukanku
Ramai
yang bakal hilang arah tuju
Jika
aku tidak lagi bangun
Ibu
mahu aku kuat
Maafkan
setiap yang menyakitiku
Biarkan
mereka dengan dunia mereka
Doakan
kebahagiaan mereka
Kerna
itulah sifat insan sempurna
Aku
tak mampu jadi sepertimu ibu
Aku
tidak sekuat dirimu
Jawab
ibu cukup mudah
Jikaku
lemah
Bagaimana
aku masih mampu melangkah
Masih
mampu berkongsi kasih
Masih
mampu punya sahabat
Itulah
tanda kekuatanku
Kekuatan
zahir yang tiada mampu tergugat
Dek
kerana manusia pendusta
Sampai
saat ibu juga pergi
Melangkah
perlahan menjauhi
Sebelum
ibu benar-benar pergi
Kata
ibu
Satu
hari nanti kami akan kembali bersama
Tapi
waktunya bukan sekarang
Aku
harus terus sabar dan nantikan detik itu
Kerna
janji Allah takkan pernah lewat walau sesaat
Aku
jumpa dia
Senyumannya
pengubat rinduku
Senyuman
yang pernah menghibur hati
Senyuman
yang pernah buat aku bahagia
Dia
mendekat
Menggenggam
jemariku
Walau
tanpa suara
Dia
seolah berkata
Abang
insan istimewa
Biar
bukan keksaih
Abang
nyata beda
Kekuatan
abang jadi inspirasi
Kata-kata
abang biar menusuk
Buatkan
saya tersedar dari fantasi kehidupan penuh tipu daya
Saya
bukan terbaik seakan dia
Saya
pernah mengecewa
Pernah
menyakiti
Maafkan
atas segala tindakan saya
Biarkan
maaf saya tidak bermakna buat abang
Dek
kerana khilaf saya dulu
Ikhlas
dari hati saya pohon sejuta kemaafan
Kerna
hadir saya seolah termusnah bahagia abang
Mungkin
sayatakkan pernah menerima cinta
Saya
juga tiada mahu abang tiada
Kuatkan
semangatmu abang
Ingat
yang ramai yang menyayangi diri abang
Sahabat-sahabat
Keluarga
Anak-anak
didikmu
Sesiapa
yang benar kenali abang
Takkan
biasa berpaling dari abang
Saya
tidak pernah bisa benar selami diri abang
Kerna
itu mungkin saya tak bisa menyayangi abang
Biarkan
waktu yang menentukan
Kehadiran
abang dalam hidup saya terlalu istimewa
Dan
saya tidak mahu hilang manusia istimewa ini
Dia
juga harus pergi
Renungan
terakhirnya seolah berkata kepadaku
Bangunlah
abang
Kami
semua rindukan abang
Duniaku
tiba-tiba berubah
Taman
indah makin pudar
Sinaran
cahaya mernyilaukan mata
Saatku
buka mata
Kamar
putih bersih di situlah aku
Sahabat
terbaikku nyata disampingku
Tekun
dan setia membacakanku
Setiap
satu pesan sahabat-sahabatku
Aku
lihat dia gembira
Aku
telah kembali ke alam sedar
Aku
juga menangis gembira
Allah
masih beri aku nyawa
Meneruskan
cita belum tercapai
Terima
kasih sahabat
Terima
kasih anak-anak didikku
Terima
kasih pendusta
Terima
kasih pemain kata-kata
Chairel
@ Nairul
19042012
0500hrs
*hasil tulisan ni aku tujukan pada semua sahabat2 aku, anak2 didik aku, dan semua yg selalu mendoakan kesejahteraan aku smp skng. dia kalian xkan boleh aku balas. cuma aku mampu berdoa agar Allah beri kebahagiaan buat kalian.
* to my haters, thank you for giving me more strength than ever. really appreciate it.

No comments:
Post a Comment