Sunday, July 29, 2012

Kelahiran


Salam Ramadhan...
dah lama xupdate blog ni...

agak sibuk skng ni...
mcm miracle pun ada aku rasa...

Durrani Dhuha yg dulu aku bina utk jual jubah, tudung dan busana muslimah tapi terhenti dek kerana kekurangan modal....skng dah "dilahirkan semula" tapi dah jadi brand utk keperluan serba lengkap pelanggan...

Skng ni, Durrani Dhuha ada 2 sub brand yang aktif sejak 1 Ramadahn 1433 hari tu....
1) DDhuha Cakes and Cookies - pembekal borong dan runcit kek sponge, kek coklat, kek keju, cookies pelbagai rasa...


2) DDhuha Catering - pembekal khidmat katering yang cuba menerapkan konsep "menu ikut bajet client". lbh krg mcm custom made utk setiap client la kiranya. xder penetapan harga 1 pax berapa RM .. cuma nyatakan berapa bajet dan berapa pax yg dijangka hadir, DDhuha Catering akan custom made menu. cuma akan ada caj pengangkutan je la...yg lain2...semua akan ikut bajet client. DDhuha Catering pun ada Kambing Golek @ BBQ Kambing dan juga Ayam Belanda BBQ (BBQ Turkey). semua segar dari ladang ternakan milik keluarga. sembelih dan dibersihkan, peral dan terus dibakar utk jaga kualiti.


dalam perancangan, insya Allah tahun depan akan beroperasi, DDhuha Wedding Services - perkhidmatan semua dalam 1 utk memenuhi keperluan majlis perkahwinan. yg ini msh dlm negosiasi dgn beberapa pihak dan juga masih mencari pihak2 yg nak kerjasama dgn Durrani Dhuha...

seriously, aku rasa mcm mimpi bila semua ni nampak dah bergerak. sebelum ni semua sekadar cerita atas kertas dan cerita ms sembang dgn kawan2....

tapi Ramadhan tahun ni buka pintu reki yg amat luas utk aku lps beberapa tahun aku alami zaman kejatuhan.

wpun blm ada pendapatan tetap tapi aku lbh suka nak bina jenama dulu. ada brand awareness dan lepas tu insya Allah semua akan mudah utk diuruskan.

aku bersyukur sbb aku dikelilingi sahabat2 yg sentiasa yakin dgn aku, sahabat2 yg sentiasa beri sokongan moral dan kewangan time aku btl2 susah. insya Allah, doakan aku supaya aku tak lupa diri dan aku akan usaha balas balik semua jasa korang.

aku mula dgn RM0.00 perniagaan yg ada ni tapi insya Allah dgn usaha berterus dan doa sahabat2, semua ni akan jadi titik tolak perubahan dlm hidup aku (kita cuma merancang, semoga Allah memudahkan segala perancangan aku ni).

sekali lagi aku nak ucap jutaan, 'billion'an (ada ke perkataan tu eh..heheheh) pada sahabat2 aku...tanpa korang, dah lama aku give up....sgt bertuah punya ramai sahabat mcm korang. 



No comments:

Powered By Blogger