Monday, December 26, 2016

Novel - Koleksi Terakhir

Sayup takbir malam raya berlagu dari luar tingkap bilik wad Zam. Sejak seminggu dia sudah
menyinggah di Pusat Perubatan Subang Jaya tanpa ditemani sesiapa.
“Adakah ini raya terakhirku?” tanya Zam pada dirinya.
Dalam dia termangu memikirkan dirinya, terdengar pintu bilik diketuk. Perlahan daun pintu
terkuak dan muncul wajah yang sering dirindukan.
“Asu, kami dah sampai! Mama ada bekalkan rendang ayam, ketupat palas, nasi himpit
dengan kuah kacang kegemaran Asu. Sama macam arwah selalu masak dulu. Asu makan tau!”
Kata Iwan, anak buah yang paling rapat dengan Zam.
“Buat apa la korang susah-susah bawak semua ni. Bukan Asu boleh makan pun. Kan dah
sudah tertulis kat katil Asu ni yang Asu kena puasa sebelum menjalani rawatan petang nanti,”
jawabnya lemah.
“Ala Asu, jamah la sikit. Nanti Iwan gi tanya jururawat yang kat luar tuh. Iwan ayat dia
sikit sure dia bagi Asu makan,” balas Iwan senyum melebar. Dia tahu Iwan risaukan keadaannya
tetapi dia cuba berlagak yang tiada apa yang terjadi pada dirinya.
“Asu, Mama kirim salam. Mama pesan Asu jaga kesihatan Asu. Mak Long Sariah, Mak
Long Mey dan Mama sangat risaukan. Diaorang marah sebab Asu sakit macam ni pun masih
taknak bagitau diaorang,” tiba-tiba Nina bersuara, anak buah perempuan yang semakin hari
semakin comel pada pandangan matanya.
“Asu ok la. Asu kurang rehat jer ni kot. Kan Asu selalu sibuk dengan keje Asu sekarang
ni,” ujarnya sekadar mahu menyedapkan hati anak buahnya itu.
Tidak sampai lima minit selepas Iwan melangkah keluar, dia masuk ke bilik wad Zam dengan
muka mencuka. Dia tahu kenapa Iwan jadi macam tu. Pasti jururawat di kaunter melarangnya
memberi Zam kebenaran menjamah makanan kegemarannya.
“Asu, jururawat tu kata Asu tak boleh makan apa-apa sampai lepas abis treatment Asu
petang nanti,” Iwan bersuara dengan nada kecewa. Terpapar di wajahnya riak kekecewaan dan
hampa.
“Kenapa Asu tak boleh makan semua tu abang? Kan selalu Asu masa raya tuh lah yang
dia makan. Adik selalu temankan Asu makan kalau kat rumah,” soal Adik, anak buah
bongsunya. Dia terlalu mentah untuk memahami apa yang sedang bapa saudaranya alami sekarang.
“Adik, Asu sakit sebab tuh dia tak boleh nak makan sumer tuh. Adik gi duduk kat luar
dengan kakak kejap ya. Abang ada benda nak bincang dengan Asu ni pasal bisnes kitaorg,”
jawab Iwan dengan nada memujuk. Dengan wajah muram, adik-adiknya keluar meninggalkan
mereka berdua.
Iwan membetulkan duduknya. Kini dia duduk betul-betul di sebelah Zam. Dari matanya
Zam tahu yang Iwan inginkan jawapan darinya soal penyakitnya. Tapi dia nekad selagi dia masih
mampu dia takkan bebankan siapa-siapa dengan masalahnya. Biarlah dia sendiri yang
menanggung semua sakitnya. Dah lama dia berperang dengan dirinya melawan penyakitnya
hinggakan pernah dia ke hospital sendirian dalam keadaan lemah hanya kerana tak mahu
menyusahkan adik-beradiknya. Itulah tekadnya sejak dia mengetahui yang dirinya tidak lagi
sihat sepertimana orang lain.
“Iwan, Asu nak tanya. Macamana dengan Insanity Couture? Ada masalah ke kat pejabat?
Macamana dengan collection baru yang kita nak launch bulan depan? Semua dah siap ke?”
soalnya pada Iwan. Dalam keadaan yang begitu, jiwanya masih di pejabat. Insanity Couture yang
tertubuh kira-kira 2 tahun lalu kini semakin berkembang. Setiap kali pelancaran koleksi baru,
pasti akan habis tak sampai sebulan. Permintaan semakin tinggi tapi prinsip perniagaannya,
setiap koleksi hanya akan dikeluarkan 100 unit sahaja. Ternyata percaturannya menjadi. Pernah
sekali salah satu rekaan Insanity Couture dijual dengan harga hampir RM 400.00 sehelai hanya
kerana keunikan rekaan mereka. Pembelinya dari Singapura yang juga peminat setia rekaan
mereka. Dia benar-benar bangga kerana Insanity Couture tertubuh hanya kerana niatnya ingin
membantu merealisasikan impian Iwan dan juga memperbetulkan kesilapan yang pernah Iwan
buat beberapa tahun lalu.
“Soal kat pejabat Asu jangan risau. Semua dah siap tinggal tunggu masa untuk launching
jer nanti. Kalau takda masalah, launching kita akan buat dekat ruang legar utama Pavillion 20
September nanti. Model sume dah ada, pasukan pereka kita pun keje siang malam nak jadikan
launching ni yang paling gempak Insanity Couture pernah buat. Asu nak tau, untuk koleksi kali
ni kita dah dapat pesanan dari Australia dengan UK. Semalam diaorg datang office dan discuss
pasal nak jadi pengedar ekslusif jenama kita kat sana,”ujar Iwan seolah-olah memberi laporan....

TO BE CONTINUED

No comments:

Powered By Blogger