Salam. Bertemu lagi kita di alam siber tanpa sempadan ini. kali ini saya nak bercerita tentang keindahan zaman sekolah dulu. mula masuk sekolah pada usia 6 thn d tadika perpaduan sg siput utara. tadika tuh dekat dgn kem PPH a.k.a PGA sg siput utara. nak boleh smp ke sana kena lalu kat jln keretapi. terletak kat atas bukit kecik...sekolah tuh cuma bgnan kayu yg agak usang arr. nama guru pembantu class, cikgu sharifah. sehat orgnya tapi baik. nama cikgu class dah lupa. al maklumlah dah 24thn tglkan alam tuh. sy diketegorikan antara yg bijak dlm class sbb masuk2 jer skola dah pandai membaca. bkn p class membaca awal mcm skng tp belaja membaca ms kakak2 cbuk belaja kat umah. perkataan pertama, AWAS. kat tadika tuh, yg plg igt time mkn. tiap2 ari lain2 menu tp yg plg jd rebutan roti canai cicah gula. berebut2 nak bertambah tp limit 2 keping sorang. bkn roti canai tuhyg sedap tp sbb mkn ramai2. antara nama kawan yg igt ms dlm class tadika tuh, kembar sharifah (anak buah cikgu sharifah), hafizi, yusmalia (my 1st skendel) ngan gunalan.
masuk sekolah rendah pun kat sg siput utara gak. SRK Methodist. sekolah tuh kat tepi jln besar jerk pastu depan skola tuh ada pokok besar. ms darjah 1 kakak aku pernah balik jln kaki smp umah sbb dia risau tak jumpa aku kat skola. kakak aku ms tuh darjah 6. bkn hlg apa cuma slh port tgu dia. menangis2 dia balik umah kata adik ilang. seb bek ar mendiang uncle ho, anak buah ayah dtg ambik kat skola ms tuh. kalau tak sure aku plak yg nanges sbb tatau nak balik camner. lepas pd tuh tobat dah merayau dah lepas skola. kat skola tuh jgk ar aku dpt parut kat dahi sbb jatuh longkang ms main langkah2 longkang. huhuhuhuhu...nakal jugak rupanya aku nih kan. satu2nya nama cikgu skola tuh yg aku igt, Pn K. Kumarakuru chinese yg convert masuk agama hindu. aku igt pun sbb masa darjah 6, dia beli umah kat ngan umah family aku. selang 1 rumah jerk. dia bt rumah tuh jd tadika. mmg berjiwa pendidik betul.
pastu masuk darjah 4, ayah aku pindah ke ipoh. tuka skola ar jwbnya. masuk SRK Cator Avenue. lokasi skola tuh betul2 epan hosp besar ipoh. ada jejantas warna oren kat situ. skola sumer lelaki. aku memula pelik sbb sblm neh aku skola campur. tp lama2 dah dpt geng, ilang rasa pelik tuh. nama cikgu skola tuh yg paling aku igt, Pn. Lee, cikgu muzik. ms tuh, bila kata ader subjek muzik jerk, dah berdebar2 sbb Pn Lee mst pegang rotan bulu ayam tuh. smp tercabut sumer bulu ayam tuh dia belasah. lupa bwk rekoder, kena sebat. tatau nak main lagu pun kena gak, salah masuk tune ms training ngan piano pun kena gak tp aku smp skng tak pandai2 gak muzik. huhuhuhuhuhuhu....mgkn sbb terlalu takut kat cikgu kot. bila masuk darjah 6, setahun tuh aku lsg tak main, tak merayau ptg2 sbb nak bg yg terbaik masa upsr nanti. ayah janji aku dpt 4 A, dia nak belikan aku komputer. tuh yg belaja 3/4 mati tuh. balik skola trus p library awam kat ipoh tuh. lokasi: kat depan ipoh royal club. sebaris ngan bgnan mahkamah majisteret ipoh. sabtu ahad plak aku p belaja tuisyen personal dgn kawan ayah. tp malangnya, bila kuar result, aku dpt 3A 1B. yg B tuh paper karangan plak tuh. punyala frust. lps pd tuh aku jd malas nak belaja tuh sbb aku belaja gila2 pun aku tetap tak score yg terbaik.
masuk skola menengah kat SM Anderson ipoh. alah, yg dulu terkenal ngan hoki team tuh. kitaorg dr SRK Cator Avenue dpt free ticket masuk skola tuh sbb berjiran jerk. mmg jln kai dah smp skola menengah tuh. skola tuh kira skola elit gak arr kat ipoh tp takleh lawan STAR sbb tuh SBP. ms skola menengah, aku tak brapa aktf cuma aku masuk brass band. dpt ar bt persembahan masa hari belia negara peringkat kebangsaan yg diaorg bt kat stadium indera mulia. ms tu la dpt salam ngan Tun Dr Mahathir. rasa mcm xnak basuh tgn jerk ms tuh. punyala bangga.
sekali lagi, kitaorg pindah tp kali nih sbb parents aku divorce and arwah mak aku pilih nak dok kat kuantan, kg halaman dia. aku punya la xnak tuka skola sb aku pkr skola aku skng ada asrama. boleh la aku dok situ jerk tp memandangkan aku anak manja dan anak lelaki tunggal, aku xder pilihan. mak aku tak bg aku dok kat ipoh sorang2. sedey woooo nak pisah ngan kawan2. maklum ar sumer tuh kawan dr skola rendah. mmg dah ngam gila. nama cikgu kat sana aku dah lupa ar. maaf yer cikgu2 sumer.
1/2 thun tingakatan 2 pindah jugak dok kuantan. skola kat SM Sultan Abu Bakar, Kuantan. tepi jln gak skola tuh. tp tuhla skola plng tak besh aku pnh masuk. aku takleh ngam lsg dgn kawan2 kat sana. dahla lepas 5 thn skola all boys, aku masuk skola campur smula. pastu kawan ngan mostly anak2 org kaya nih. aku takleh masuk wooo.....aku ader 2 kawan jerk kat skola tuh. tuh pun kawan baik aku sbb kitaorg tuisyen sama2 masa form 3. idzwan dgn saiful harris. idzwan tuh dak johor tp parents dia antar dok kuantan sbb dah takleh nak kawal dia. saiful harris plak anak pegawai penddikan negeri. dia mmg baik tp malangnya dia disahkan ader ketumbuhan dlm otak. setakat yg aku tau, 4 kali dia kena bedah nak buang ketumbuhan tuh. apa citer dia skng, aku tak pasti. aku doakan dia panjang umur. ms skola kuantan tuh, seminggu 3 ari palng kerap aku gi skola. yg lain aku dok umah. huhuhuhuhu...aku tak rewang tpt lain woo....tp result PMR aku alhamdulillah. 4A 4B. sumer berkat aku tak pernah ponteng class tusiyen aku. berkat aku jln kaki dr skola smp tpt tuisyen aku dlm sejam sehari. pastu balik abg ipar aku ambik aku.
then ms form 4, aku mmg dah takleh tahan dok kuantan. aku bgtau arwah mak aku nak dok ipoh balik. arwah pun setuju sb dia dah tgk kesan pd diri aku bila pindah tuh. dl dr yg tak pandai ponteng skola ke manusia yg tak pandai nak p skola. pindah smula dok ipoh. masuk skola lama aku smula. tp aku jd tak best dah. sbb kawan byk dah takder. sumer kuar p vokasional atau teknik atau mrsm. pastu ms tuh lak aku tgk arwah mak aku susah sgt. nak besarkan aku, dia terpaksa jual nasi lemak kat kedai makan cina kat jln pasir puteh. kedai kopi ah keong. walaupun rezki dia murah tp aku kesian kat dia sbb hari2 lepas niaga dia kena jln kaki masuk kawasan rumah aku lbh krg 1 km+ juga time tghari. so aku bt gila, aku bt keputusan nak berenti skola. sebulan aku tak p skola. dok umah and pkr2 nak cari keje and nak bantu arwah mak. kak long aku balik keje jerk, aku kena maki. mcm tuh lah perjalanan idup aku ms tuh. pastu jiran sebelah aku yg kebetulan cikgu pujuk aku. Ustazah Zaharah tp aku pgl dia Kak Arah jerk. aku pkr2 balik, aku pun smbung skola tp tuka skola yg dkt ngan umah aku. mmg deka t pun 5 minit jln kaki dah smp. Kak Arah pun cikgu kat skola tuh. masuk skla tuh, kak arah dah citer background aku kat pengurusan skola so aku mcm special case ar. dpt keutmaaan dr segal sudut. 2 mgu masuk skola tuh aku dpt jd pengawas smp ader 3 dara pingitan tak puas ati ngan aku. tak berbaik smp abes skola.sebulan pastu aku pegang pengerusi persatuan pendidikan islam. mmg aktif gila lah. lagipun cikgu2 kat skola tuh best. byk support aku. Ms Dena, Pn rashidah, cikgu hairiri (pengetua yg garang), cikgu aiman cikgu HEM, pn siva, ustazah pn tn zanariah tn zahari, dan lain2 yg aku tak dpt nak igt sumer nama diaorg.
sejak masuk skola tuh and lepas aku dihantar ke kursus perkaderan gpms 1995, aku byk berubah. jd baik sket ar. prubahan aku pun sbb perpisahan parents aku pastu kena tuka skola tanpa rela hati masa form 2 - form 3. aku mula la attend mcm2 kem motivasi, jd ahli mcm2 kelab smp aku xder ms kat umah. balik thari jap, aku mandi makan and aku gi skola smula. kalau arwah penat sgt, aku tlg masak dl and back to skul.
disebalik kebahaigaan tuh dtg 1 lagi dugaan. tuan umah sewa tuh tak byr cukai pintu. so org MBI pun dtg bwk surat and kata kalau tak byr jugak brg dlm umah kitaorg akan kena sita. aku pun btau ar tuan umah and aku kata aku nak byr dl duit cukai pintu tuh so kira sewa uamah kitaorg xpyh byr ar smp langsai sumer utang dia ngan MBI. dia marah and halau kitaorg kuar. 2 minggu aku skola tak tentu hala pasal nak carik umah sewa lain tp tak dpt, last2 aku suggest kat mak aku dia gi pindah dok ngan akak aku kat kuantan. aku xmo tuka skola pasal ms tuh tgl 6/7 bln jerk sblm spm. dgn berat ati arwah dok ngan akak aku. aku tgl sorg2 kat ipoh. mula2 aku dok umah kawan akak aku kat gunung rapat tapi sb jauh nak ulang alik gi skola, aku tak stay lama. last2 aku bt keputusan dok kat IGPMS, lahat. dlm 20 minit naik moto ke skola. memula tuh seksa gila idup aku sbb aku tak pernah tgl sendiri. lama2 jd best pasal xder org nak tegur aku. lupa lak, ms aku cbuk nak cr tpt tgl utk aku sblm mak aku pindah, ada beberapa cikgu yg tawarkan bantuan. cikgu abdullah, guru disiplin merangkap guru pengawas merangkap guru sejarah aku offer dok umah dia tp dia kata klau dia balik kg ke apa aku kena crik tpt dok lain sementara. pastu pn siva pun offer tp sb dia bkn muslim ramai cikgu yg tak setuju. aku pernah 1 bln tak skola ms tuh sb aku rindu gila kat arwah mak aku. plan nak balik kuantan ujung minggu jerk. tp lekat smp sebulan kat sana. aku masuk skola smula pastu cikgu abdullah sound aku "saya igt kamu dah mati dah ******". aku bt muka bodo jerk. spm aku ambik tanpa ader family kat aku. mmg tertekan tp tuhlah yg perlu aku hadapi. cikgu2 pun bg support kat aku. smpkan cikgu kaunseling kata aku murid contoh sb aku mampu berdikari pd usia 17thn dgn kena hadapi peperiksaan besar. bangga wooo masa tuh.
kuar result spm, result tak mcm yg diharapkan. aku dpt pangkat 2, 25 agg. tp resukt tuh yg terbaik berbanding kakak2 aku. paling mengecewakan subjek BI sbb aku dpt credit 4. aku ms exam tuh over confident smp aku bt main2. tp dgn result tuh jugak lah aku dpt masuk ITM. ambik coz diploma latihan chef. mmg itu yg aku aim nak blaja dr darjah 4 lagi lps tgk chef wan kat tv and bakat semulajadi yg aku dpt dr arwah mak aku.
sekianlah cerita aku zaman skola dl. kalau kenang2 smula mcm nak skola semuaa jerk terutama masa form 4/5. mmg best skola tuh. sumer cikgu2 dia best. sbb diaorg aku jd manusia yg berkeyakinan tinggi, berani dan berada di tahap aku skng.
terima kasih bt semua guru2 yg pernah membimbing aku. jasa dan budi korang tak pernah aku lupakan. hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian. tanpa kalian mgkn aku jd anak gelandangan yg xder haluan hidup.
p/s: kalau ader kawan skola aku yg terbaca blog nih, tlg ar kontek aku eh...windu oo kat korang nak2 geng2 masa SM Kg Pasir Puteh dl.

No comments:
Post a Comment