“Awak, saya ada benda nak tanya awak. Saya nak buat awak jadi kekasih saya. Peneman saya di kala suka dan duka. Pendorong untuk saya terus berusaha bina kerjaya saya. Awak sudi tak jadi kekasih saya, Faizah Binti Zainal?”. Setelah selesai menaip dengan diiringi bacaan kalimah Basmallah, ditekan butang SEND di telefonnya. Dia berdebar menunggu jawapan dari Faizah.
Dengan tidak semena-mena, Faizah berpaling lalu ketawa. Zam kerperanjat sehingga hampir terlepas cincin digenggamannya.
“Apalah awak ni. cakap je lah depan-depan. Orang ada kat awak pun awak nak SMS,” kata Faizah dan terus tertawa. Zam jadi malu sendiri. apa lagi yang mampu dilakukan bila dia sendiri tidak yakin dengan apa yang baru dilakukannya.
“Awak balas je lah. Saya malulah nak tanya awak depan-depan. Nanti awak tak sudi nak terima saya,” jawab Zam dengan suara yang tidak berapa jelas.
“Ok...En. Zam yang konon-konon pemalu. Faizah Binti Zainal nak balas lah ni,” sambung Faizah dan memalingkan mukanya ke arah jalan raya yang semakin sunyi.
Tiba-tiba telefon bimbit Zam berbunyi. Tertera ayat keramat yang memang diharapkan selama ini.
“En Zam, saya Faizah Binti Zainal menerima awak sebagai kekasih saya. Sebenarnya dah lama saya tunggu awak melamar saya Cuma saya tidak tahu bila. Mulai jam 12.00 tengah malam, 25 Disember 2005, Faizah Binti Zainal adalah kekasih awak yang akan menyayangi awak sepenuh hati saya. Saya akan bersama awak tak kira apa jua keadaan awak. Saya nak awak rasakan bahagia bersama saya dan saya nak mulai hari ini juga awak akan berusaha lebih keras demi masa depan kita,”
Zam merasakan seolah-olah bermimpi selepas membaca paparan di telefonnya. Terasa air hangat mengalir di pipinya. Faizah sudi menerima cintanya. Tidak pernah terlintas di fikiran Zam yang Faizah juga menantikan dia selama ini. Zam berpaling perlahan-lahan dan membetulkan silanya menghadap Faizah. Cincin di genggamannya dipegang. Kilauan perak 925 yang bertatah beberapa batu kecil bergemerlapan Nampak semakin cantik di bawah cahaya lampu.
“Faizah Binti Zainal, boleh tak saya sarungkan cincin ini tanda bermulanya kehidupan baru kita?” Zam memulakan bicara. Keyakinannya bertambah selepas mendapat jawapan positif dari Faizah yang sekarang sudah menjadi kekasihnya.
“Eh! Masa bila awak beli cincin ni? Awak beli cincin emas putih ke untuk saya?” Faizah terus berseloroh. Inilah kali pertama dia dilamar dengan cara yang cukup pelik tapi romantik. Kerana sikap misteri Zamlah membuatkan dia tertarik. Zam seorang yang sukar dijangka. Tindakannya kadang-kala sudah cukup membuktikan yang dia memang menyayangi Faizah. Mana tidaknya, berapa ramai yang sanggup berulang-alik dari Shah Alam ke Kajang hampir setiap minggu hanya untuk berjumpa. Dan yang paling tidak akan Faizah lupakan peristiwa beberapa minggu yang lalu di mana dia merajuk dengan Zam kerana tidak mempedulikannya ketika mereka menghabiskan masa di rumah keluarga Zam di Kota Kemuning. Pagi berikutnya, ibu Zam mengejutkannya dari tidur untuk solat subuh. Selesai solat, dilihat di dalam kamar tidur tamu yang didudukinya, ada satu dulang berisi sarapan yang terdiri daripada nasi lemak berlaukkan sambal ayam, beberapa keping timun, kacang tanah goreng dan telur goreng mata kerbau separuh masak seperti yang disukainya. Di sebelah pinggan itu ada secawan teh panas dan segelas air soya. Juga kegemarannya. Dan yang paling mengejutkan 3 kuntum bunga ros biru, bunga kegemarannya bersama sekeping kad ucapan buatan sendiri yang bertulis
“Awak, maafkan orang ya. Orang tiada niat nak buat awak rasa terpinggir. Harap
awak maafkan orang..:(“
tanpa lengah Faizah keluar dari kamar tidur dan mencari Zam.
“Makcik, Abg Zam mana?,” soalnya pada ibu Zam.
“Dia tidur lepas solat tadi. Malam tadi semalaman dia tak tidur. Makcik pun pelik. Dalam jam 3.00 pagi tadi, kawan dia, Syahir datang bawak bunga 3 kuntum. Katanya satu bandaraya Kuala Lumpur dia pusing cari bunga tu sebab Zam mintak tolong dia dapatkan juga tak kira apa cara sekalipun. Lepas Syahir balik je, Zam terus masuk dapur. Nak masak nasi lemak istimewa katanya. Siap je semua jap tadi, dia masuk bilik Faizah masa Faizah solat dia letakkan dulang tuh dalam bilik. Terus dia masuk tidur lepas tu. Penat agaknya. Tapi memang peliklah perangai dia malam tadi. Kenapa Faizah?” jawab ibu Zam panjang lebar.
“Hmmm…tak ada apa-apa makcik. Tapi kenapa dia buat macam tu ya?” Faizah berpura-pura tidak mengetahui apa-apa tapi dalam hatinya dia rasa cukup dihargai.
“Anak makcik tu memang macam tu. Nak buat apa-apa ikut suka dia jerk. Tapi dia ada beritahu makcik yang Faizah merajuk dengan dia sebab dia sibuk petang semalam. Itu yang dia buat mcm tu, nak pujuk dan minta maaf pada Faizah.” Ibu Zam menjawab soalan Faizah. “Dia jenis susah sangat nak sayang orang tapi bila dia dah mula sayang, itulah hasilnya. Diri dia sendri dia tak pernah fikir. Apa yang dia tahu dia nak orang yang dia sayang tu bahagia dengan dia. Dah lama dia tak bercinta lepas kes mantan kekasih dia curang dengan kawan baik dia sendiri. Dia berubah lepas jumpa Faizah. Hidup dia jadi teratur semula. Kalau tidak asal malam minggu je mesti hilang pergi kelab kat Bukit Bintang dengan kawan-kawan dia. Selagi tak subuh tak Nampak batang hidung.Tapi dia tak minum. Dia Cuma pergi sebab nak hilangkan kesunyian dia je sebab tu makcik tak kisah. Makcik bersyukur lepas dia kenal Faizah dia berubah. Hujung minggu mesti balik sini habiskan masa dengan keluarga lepas dia balik dari jumpa Faizah. Makcik nak ucap terima kasih pada Faizah sebab berjaya ubah dia. Makcik tak boleh nak balas budi Faizah,” sambung ibu Zam. Faizah lihat bergenang air mata ibu Zam menceritakan perilaku anaknya. Faizah faham perasaan itu. Satu-satunya anak lelaki harapan keluarga hidup terumbang-ambing hanya kerana pernah dikecewakan.
“Awak! Orang nak sarung cincin ni, berangan pulak dia. Tah ingat apa la tu,” teguran Zam mematikan lamunan Faizah. Dihulurkan tangan kanannya dan Zam dengan lemah-lembut menyarungkan cincin ke jari manisnya. Saat terindah buat kedua-dua pasangan kekasih. Cinta yang terbina bermula dari alam siber berakhir dengan ganjaran yang tidak ada galang gantinya. Terpancar sinar kebahagiaan di wajah mereka terutama Zam setelah beberapa tahun menutup pintu hatinya untuk cinta yang dihancurkan sendiri oleh bekas kawan baiknya sendiri. luka yang pernah berdarah dulu kini dirawat dengan kahadiran gadis periang yang sering membuatkan dia ketawa. Setiap hari yang berlalu terlalu indah buat Zam sekarang.

No comments:
Post a Comment