Wednesday, April 25, 2012

mudah, susah



tanpa sedar
banyak hal yang difikir mudah
contohnya
alah...senang je solat tu
ok, aku janji. apa2 nt aku contact ko semula
saya akan syg awak smp bila2
esok aku jmp ko kul 5 kat bla...bla...bla....
hakikatnya
itulah yg paling susah nak buat. 
contohnya
jap lagi la solat...(tau2 dah abes waktu)
dah berminggu2 tgu, kata nak contact semula, xder pun
saya dah jmp org lain. 
tgu kul 5, kul 9 pun blm smp2 gak

jadi kesimpulannya
mudah sungguh utk berkata
payah sekali utk melaksana

maafkan aku

aku pohon jutaan maaf

aku sudah hilang segala kekuatan

aku sudah tidak mampu teruskan

maafkan aku semua

aku sudah lelah

aku mahu sedikit waktu senggang

hanya sebentar aku pohon

hentikan segala dugaan

aku pingin jadi normal

aku pingin ketawa

aku pingin bahagia

biar hanya sedetik

maafkan aku

aku mahu berhenti

berhenti dari berlawan

aku pingin tidur lena

tidur yang tiada terganggu

tidur yang tiada jaga

maafkan aku

Chairel @ Nairul
25042012
0700hrs

*as written on a piece of paper and i was asked to update this in his blog.

Tuesday, April 24, 2012

Janji

kenapa manusia suka berjanji eh?

buat janji itu mudah tapi utk menunaikan tu yg teramat lah susahnya.

dan yg merasa sakitnya adalah org yg diberi janji.

*mode redha.....

Saturday, April 21, 2012

cerita tidurku


Tidurku bukan tidur biasa
Tidurku bisa berhari-hari
Aku senang aku bisa tidur begitu
Di saat itulah rinduku terubat
Aku kembali jadi diriku
Tempat indah di situlah aku
Tidurku buat aku bertemu
Insan-insan penting hidupku
Kembali rasa diri disayangi
Kembali rasa hangatnya kasih
Kembali rasa ada yg sudi
Dengar setiap pertuturanku

Aku jumpa dia
Dia yang pernah aku punya cintanya
Kali ini dia berbeda
Dia mahu aku terus melangkah
Biar cerita itu Cuma kenangan
Kenangan terindah kami berdua
Dia bukan terbaik untukku
Bukalah hatiku pintanya
Dia ingin lihat aku kembali ceria
Bahagia seperti saat kami bersama
Kami berbicara tanpa suara
Renungan matanya jelaskan segala
Akhirnya dia berlalu tetap tanpa suara
Linangan air jernih sempat kulihat
Si dia di berpaling lalu pergi

Aku jumpa ibu
Jernih sekali wajahnya
Ibu benar bahagia
Di alam tiada manusia pendusta
Datang ibu memelukku
Mengucup dahiku penuh cinta
Terlalu lama aku rindu itu
Walau aku tahu ia takkan pernah kembali kurasai
Ibu juga tiada bersuara
Sentuhannya seolah ubat paling berkuasa
Aku peroleh kekuatan luar duga
Aku bisikkan pada ibu
Aku mahu bersama ibu
Aku rindukan kasih ibu
Aku rindukan segala tentang ibu
Aku tak ingin kembali bangun
Kerna aku tahu ibu takkan ada bersama
Pesan ibu
Aku perlu teruskan hidupku
Ramai yang menyayangiku
Ramai yang memerlukanku
Ramai yang bakal hilang arah tuju
Jika aku tidak lagi bangun
Ibu mahu aku kuat
Maafkan setiap yang menyakitiku
Biarkan mereka dengan dunia mereka
Doakan kebahagiaan mereka
Kerna itulah sifat insan sempurna
Aku tak mampu jadi sepertimu ibu
Aku tidak sekuat dirimu
Jawab ibu cukup mudah
Jikaku lemah
Bagaimana aku masih mampu melangkah
Masih mampu berkongsi kasih
Masih mampu punya sahabat
Itulah tanda kekuatanku
Kekuatan zahir yang tiada mampu tergugat
Dek kerana manusia pendusta
Sampai saat ibu juga pergi
Melangkah perlahan menjauhi
Sebelum ibu benar-benar pergi
Kata ibu
Satu hari nanti kami akan kembali bersama
Tapi waktunya bukan sekarang
Aku harus terus sabar dan nantikan detik itu
Kerna janji Allah takkan pernah lewat walau sesaat

Aku jumpa dia
Senyumannya pengubat rinduku
Senyuman yang pernah menghibur hati
Senyuman yang pernah buat aku bahagia
Dia mendekat
Menggenggam jemariku
Walau tanpa suara
Dia seolah berkata
Abang insan istimewa
Biar bukan keksaih
Abang nyata beda
Kekuatan abang jadi inspirasi
Kata-kata abang biar menusuk
Buatkan saya tersedar dari fantasi kehidupan penuh tipu daya
Saya bukan terbaik seakan dia
Saya pernah mengecewa
Pernah menyakiti
Maafkan atas segala tindakan saya
Biarkan maaf saya tidak bermakna buat abang
Dek kerana khilaf saya dulu
Ikhlas dari hati saya pohon sejuta kemaafan
Kerna hadir saya seolah termusnah bahagia abang
Mungkin sayatakkan pernah menerima cinta
Saya juga tiada mahu abang tiada
Kuatkan semangatmu abang
Ingat yang ramai yang menyayangi diri abang
Sahabat-sahabat
Keluarga
Anak-anak didikmu
Sesiapa yang benar kenali abang
Takkan biasa berpaling dari abang
Saya tidak pernah bisa benar selami diri abang
Kerna itu mungkin saya tak bisa menyayangi abang
Biarkan waktu yang menentukan
Kehadiran abang dalam hidup saya terlalu istimewa
Dan saya tidak mahu hilang manusia istimewa ini
Dia juga harus pergi
Renungan terakhirnya seolah berkata kepadaku
Bangunlah abang
Kami semua rindukan abang

Duniaku tiba-tiba berubah
Taman indah makin pudar
Sinaran cahaya mernyilaukan mata
Saatku buka mata
Kamar putih bersih di situlah aku
Sahabat terbaikku nyata disampingku
Tekun dan setia membacakanku
Setiap satu pesan sahabat-sahabatku
Aku lihat dia gembira
Aku telah kembali ke alam sedar
Aku juga menangis gembira
Allah masih beri aku nyawa
Meneruskan cita belum tercapai
Terima kasih sahabat
Terima kasih anak-anak didikku
Terima kasih pendusta
Terima kasih pemain kata-kata

Chairel @ Nairul
19042012
0500hrs

*hasil tulisan ni aku tujukan pada semua sahabat2 aku, anak2 didik aku, dan semua yg selalu mendoakan kesejahteraan aku smp skng. dia kalian xkan boleh aku balas. cuma aku mampu berdoa agar Allah beri kebahagiaan buat kalian. 
* to my haters, thank you for giving me more strength than ever. really appreciate it. 

Thursday, April 19, 2012

"hilang"

bukan niat nk buat teman2 risau

cuma aku perlu hilangkan diri dr FB (temp. deactivate) dan aku dan tutup Tagged aku.

aku akan tutup 2 lagi social network aku.

smp semua pulih seperti sediakala, aku akan aktif smula kat fb sahaja.

btw, aku akan discuss and so far semua dah ok dgn sorang artis indie ni utk venture dgn beliau launch clothing line beliau sendiri.

bila ink shj deal ni, aku akan jd manusia plg happy atas muka bumi ni.

Thursday, April 12, 2012

Koleksi Terakhir - Intro II


“Awak, saya ada benda nak tanya awak. Saya nak buat awak jadi kekasih saya. Peneman saya di kala suka dan duka. Pendorong untuk saya terus berusaha bina kerjaya saya. Awak sudi tak jadi kekasih saya, Faizah Binti Zainal?”. Setelah selesai menaip dengan diiringi bacaan kalimah Basmallah, ditekan butang SEND di telefonnya. Dia berdebar menunggu jawapan dari Faizah.

Dengan tidak semena-mena, Faizah berpaling lalu ketawa. Zam kerperanjat sehingga hampir terlepas cincin digenggamannya.
“Apalah awak ni. cakap je lah depan-depan. Orang ada kat awak pun awak nak SMS,” kata Faizah dan terus tertawa. Zam jadi malu sendiri. apa lagi yang mampu dilakukan bila dia sendiri tidak yakin dengan apa yang baru dilakukannya.
“Awak balas je lah. Saya malulah nak tanya awak depan-depan. Nanti awak tak sudi nak terima saya,” jawab Zam dengan suara yang tidak berapa jelas.
“Ok...En. Zam yang konon-konon pemalu. Faizah Binti Zainal nak balas lah ni,” sambung Faizah dan memalingkan mukanya ke arah jalan raya yang semakin sunyi.
Tiba-tiba telefon bimbit Zam berbunyi. Tertera ayat keramat yang memang diharapkan selama ini.
“En Zam, saya Faizah Binti Zainal menerima awak sebagai kekasih saya. Sebenarnya dah lama saya tunggu awak melamar saya Cuma saya tidak tahu bila. Mulai jam 12.00 tengah malam, 25 Disember 2005, Faizah Binti Zainal adalah kekasih awak yang akan menyayangi awak sepenuh hati saya. Saya akan bersama awak tak kira apa jua keadaan awak. Saya nak awak rasakan bahagia bersama saya dan saya nak mulai hari ini juga awak akan berusaha lebih keras demi masa depan kita,”
Zam merasakan seolah-olah bermimpi selepas membaca paparan di telefonnya. Terasa air hangat mengalir di pipinya. Faizah sudi menerima cintanya. Tidak pernah terlintas di fikiran Zam yang Faizah juga menantikan dia selama ini. Zam berpaling perlahan-lahan dan membetulkan silanya menghadap Faizah. Cincin di genggamannya dipegang. Kilauan perak 925 yang bertatah beberapa batu kecil bergemerlapan Nampak semakin cantik di bawah cahaya lampu.
“Faizah Binti Zainal, boleh tak saya sarungkan cincin ini tanda bermulanya kehidupan baru kita?” Zam memulakan bicara. Keyakinannya bertambah selepas mendapat jawapan positif dari Faizah yang sekarang sudah menjadi kekasihnya.
“Eh! Masa bila awak beli cincin ni? Awak beli cincin emas putih ke untuk saya?” Faizah terus berseloroh. Inilah kali pertama dia dilamar dengan cara yang cukup pelik tapi romantik. Kerana sikap misteri Zamlah membuatkan dia tertarik. Zam seorang yang sukar dijangka. Tindakannya kadang-kala sudah cukup membuktikan yang dia memang menyayangi Faizah. Mana tidaknya, berapa ramai yang sanggup berulang-alik dari Shah Alam ke Kajang hampir setiap minggu hanya untuk berjumpa. Dan yang paling tidak akan Faizah lupakan peristiwa beberapa minggu yang lalu di mana dia merajuk dengan Zam kerana tidak mempedulikannya ketika mereka menghabiskan masa di rumah keluarga Zam di Kota Kemuning. Pagi berikutnya, ibu Zam mengejutkannya dari tidur untuk solat subuh. Selesai solat, dilihat di dalam kamar tidur tamu yang didudukinya, ada satu dulang berisi sarapan yang terdiri daripada nasi lemak berlaukkan sambal ayam, beberapa keping timun, kacang tanah goreng dan telur goreng mata kerbau separuh masak seperti yang disukainya. Di sebelah pinggan itu ada secawan teh panas dan segelas air soya. Juga kegemarannya. Dan yang paling mengejutkan 3 kuntum bunga ros biru, bunga kegemarannya bersama sekeping kad ucapan buatan sendiri yang bertulis
“Awak, maafkan orang ya. Orang tiada niat nak buat awak rasa terpinggir. Harap
awak maafkan orang..:(“
tanpa lengah Faizah keluar dari kamar tidur dan mencari Zam.
“Makcik, Abg Zam mana?,” soalnya pada ibu Zam.
“Dia tidur lepas solat tadi. Malam tadi semalaman dia tak tidur. Makcik pun pelik. Dalam jam 3.00 pagi tadi, kawan dia, Syahir datang bawak bunga 3 kuntum. Katanya satu bandaraya Kuala Lumpur dia pusing cari bunga tu sebab Zam mintak tolong dia dapatkan juga tak kira apa cara sekalipun. Lepas Syahir balik je, Zam terus masuk dapur. Nak masak nasi lemak istimewa katanya. Siap je semua jap tadi, dia masuk bilik Faizah masa Faizah solat dia letakkan dulang tuh dalam bilik. Terus dia masuk tidur lepas tu. Penat agaknya. Tapi memang peliklah perangai dia malam tadi. Kenapa Faizah?” jawab ibu Zam panjang lebar.
“Hmmm…tak ada apa-apa makcik. Tapi kenapa dia buat macam tu ya?” Faizah berpura-pura tidak mengetahui apa-apa tapi dalam hatinya dia rasa cukup dihargai.
“Anak makcik tu memang macam tu. Nak buat apa-apa ikut suka dia jerk. Tapi dia ada beritahu makcik yang Faizah merajuk dengan dia sebab dia sibuk petang semalam. Itu yang dia buat mcm tu, nak pujuk dan minta maaf pada Faizah.” Ibu Zam menjawab soalan Faizah. “Dia jenis susah sangat nak sayang orang tapi bila dia dah mula sayang, itulah hasilnya. Diri dia sendri dia tak pernah fikir. Apa yang dia tahu dia nak orang yang dia sayang tu bahagia dengan dia. Dah lama dia tak bercinta lepas kes mantan kekasih dia curang dengan kawan baik dia sendiri. Dia berubah lepas jumpa Faizah. Hidup dia jadi teratur semula. Kalau tidak asal malam minggu je mesti hilang pergi kelab kat Bukit Bintang dengan kawan-kawan dia. Selagi tak subuh tak Nampak batang hidung.Tapi dia tak minum. Dia Cuma pergi sebab nak hilangkan kesunyian dia je sebab tu makcik tak kisah. Makcik bersyukur lepas dia kenal Faizah dia berubah. Hujung minggu mesti balik sini habiskan masa dengan keluarga lepas dia balik dari jumpa Faizah. Makcik nak ucap terima kasih pada Faizah sebab berjaya ubah dia. Makcik tak boleh nak balas budi Faizah,” sambung ibu Zam. Faizah lihat bergenang air mata ibu Zam menceritakan perilaku anaknya. Faizah faham perasaan itu. Satu-satunya anak lelaki harapan keluarga hidup terumbang-ambing hanya kerana pernah dikecewakan.
“Awak! Orang nak sarung cincin ni, berangan pulak dia. Tah ingat apa la tu,” teguran Zam mematikan lamunan Faizah. Dihulurkan tangan kanannya dan Zam dengan lemah-lembut menyarungkan cincin ke jari manisnya. Saat terindah buat kedua-dua pasangan kekasih. Cinta yang terbina bermula dari alam siber berakhir dengan ganjaran yang tidak ada galang gantinya. Terpancar sinar kebahagiaan di wajah mereka terutama Zam setelah beberapa tahun menutup pintu hatinya untuk cinta yang dihancurkan sendiri oleh bekas kawan baiknya sendiri. luka yang pernah berdarah dulu kini dirawat dengan kahadiran gadis periang yang sering membuatkan dia ketawa. Setiap hari yang berlalu terlalu indah buat Zam sekarang.
Powered By Blogger