Thursday, May 5, 2011

Harga Sebuah Persahabatan

Aku bukanlah insan sempurna. Aku juga punya kelemahan tapi aku diajar untuk menghargai setiap persahabatan yang terbina. Bukan mudah nak dapat sahabat. Banyak proses dan permasalahan sebelum kita jumpa seorang SAHABAT. Sahabat takkan tegar melukakan perasaan sahabatnya. Sahabat takkan tegar meninggalkan sahabatnya di saat memerlukan. Sahabat takkan tegar melihat sahabatnya derita. Segala akan dihadapi bersama tak kira apa jua keadaan. Itulah erti persahabatan sebenar seperti yang diajarkan padaku.

Di zaman di mana materi, rupa paras dan kepentingan diri menjadi keutamaan, persahabatan sudah hilang ertinya. Apa yang mereka tahu kepuasan diri sendiri. Apa yang orang lain rasa tak pernah dipedulikan. Setiap segala yang dibuat tak pernah ada rasa bersalah. Yang mereka tahu matlamat mereka tercapai. Walaupun terpaksa menggunakan orang-orang sekeliling mereka. Ke mana pergi nilai kemanusiaan bagi orang-orang yang sebegini ? Tepuk dada tanyalah diri....

Aku selalu berfikir aku antara manusia yang bertuah. Aku tak punya ramai kawan tapi aku punya ramai sahabat. Yang bisa susah senang bersama untuk satu sama lain. Ada yang aku kenali semasa bekerja bersama, ada yang aku kenali atas sahabat yang lain dan ada juga yang terbina persahabatan melalui cyber space. Ada yang aku tak pernah jumpa muka sekalipun atau ada yang Cuma jumpa 2 3 kali jerk tapi ikatan persahabatan itu tak pernah terputus terus. Ada ketika mungkin tidak berhubungan untuk beberapa ketika. Masing-masing punya komitmen sendiri yang membataskan untuk saling berhubungan. Bila ada masa terluang mesti akan cuba luangkan masa untuk berhubungan juga walaupun hanya beberapa ayat.

Tapi sejak kebelakangan ini, aku mula sangsi dengan erti persahabatan di kalangan sahabat-sahabat aku sendiri. Ada yang kata aku paranoid. Ya, aku perlu curiga dengan semua orang sekarang berdasarkan pengalaman aku yang lepas. Aku terkenal dikalangan sahabat-sahabat yang mudah mempercayai orang sampaikan pernah satu tahap aku ajak orang yang tak aku kenali langsung sebab dia dah terlepas bas terakhir nak ke KL malam tu. Risiko yang cukup tinggi aku ambil. Alhamdulillah tiada apa yang buruk yang terjadi masa tu. Sampai sekarang kami masih berhubungan dan terjalin persahabatan yang tak pernah aku sangka boleh terjalin.

Ada seorang insan yang aku akan hargai dia sampai habis nafas aku. Bermula sebagai hubungan profesional, selepas beberapa tahun hubungan itu bertukar menjadi ikatan persahabatan yang cukup kuat. Selain dari ahli keluarga aku dan bekas kekasih aku Miko, dialah yang paling memahami aku. Dialah yang paling mengambil berat. Aku tak tahu macamana aku boleh balas jasa dia selama ni. Biasanya patient-patient dia yang lain kena buat janji temu awal kalau nak jumpa dia tapi kalau aku yang hubungi dia, dia akan ada masa untuk aku. Walaupun pada masa cuti.

Beberapa hari lepas, aku dapat 1 berita yang mengejutkan aku. Seseorang yang aku tak sangka akan khianati aku berbuat macam tu. Sekarang kami masih bersahabat tapi aku meletakkan jurang dlm persahabatan kami. Aku takkan putuskan persahabatan kami hanya kerana seorang manusia yang baru aku kenal. Kerana manusia yang tak punya pendirian macam tu, takkan aku perjudikan persahabatan yang terjalin sejak 2005. Kalau jodoh diaorang bersama, aku doakan kebahagiaan diaorang. Bahagia sahabat aku, bahagialah aku. Sejuta maaf aku pohon sebab hubungan kita takkan sama macam dulu lagi. Ada sebab kenapa aku jauhkan diri dan kau pun tahu kenapa aku jadi macam ni.

Macam yang aku catatkan dalam posting aku sebelum ni, aku punya pengalaman pahit sebelum ini. Sebelum perkara berlanjutan macam yang terjadi beberapa tahun lepas, aku perlu ambil tindakan sekarang. Demi menjaga hati aku, perasaan aku dan jiwa aku. Cukuplah tekanan yang aku dapat sepanjang minggu ini. Biarlah aku lepas bebas jalani hidup aku seperti yang aku mahu. Hidup aku tak seperti orang lain dan aku terima. Aku redha dengan ketentuan Allah pada aku. Biarlah aku nak dipandang hina pun dengan apa yang aku ada sekarang (jika sahabat aku itu jadi perbandingan) aku selesa dengan hidup aku begini. Apa aku nak peduli apa yang orang nak kat tentang aku. Bukan diaorang yang jalani hidup hari-hari tapi aku sendiri yang kena jalani semua tu.

Aku bersyukur pada Mu ya Allah kerna Kau menunjukkan kepadaku semua ini sebelum keadaan menjadi lebih serius. Hanya dengan izin Mu semua ini terjadi. Aku adalah hamba Mu yang beruntung kerana terus-terusan di duga dengan pelbagai dugaan. Allah mendugaku kerana Dia tahu yang aku punya kekuatan untuk hadapi semua ini. Akan aku bina kekuatanku semula. Akan aku bina semula kehidupanku yang terumbang-ambing selepas Miko pergi dan ibu pulang menghadap Allah.

Baru sekejap tadi aku tonton semula filem Kami The Movie and Sisterhood of Travelling Pants. 2 filem kegemaran aku yang mengkisahkan erti persahabatan sejati yang tak mungkin lagi akan kita dalam di zaman ini. Persahabatan yang tidak mungkin mengkhianati sesama mereka. Tanpa sedar mengalir air mata aku melihatkan betapa kukuh dan setia persahabatan mereka. Kami The movie memnunjukkan persahabatan mereka kekal hinggalah ke akhir hayat Abu. Benarkah perkara sebegini masih boleh berlaku sekarang? Sudah pasti tidak. Aku juga menonton kembali filem Raise Your Voice lakonan Hillary Duff yang mengkisahkan perit jerih perjalanan hidup watak utamanya setelah kematian satu-satunya abang akibat kemalangan jalan raya. Terubat segala kedukaan apabila dia bertemu seseorang di summer music program, walaupun terpaksa mengharungi dugaan demi dugaan dari orang-orang sekeliling. Seseorang itulah yang menceriakan kembali hidupnya. Lagu runut bunyi utama filem ini, Someones Watching Over Me sering menyentuh hatiku. Betapa penulis lirik ini berjaya menimbulkan keyakinan yang walaupun seseorang yang kita sayang telah pergi selamanya tetapi dia tetap memerhatikan kita dari kejauhan. Hilang Cuma di mata tapi di ingatan takkan pernah luput segala kenangan bersamanya.

Aku dah tak tahu apa lagi aku nak tulis. Curhat aku kali ini bukan bermaksud menghina sesiapa. Sekadar luahan rasa yang aku tak mampu ucap dengan kata-kata. Aku bukan insan yang pandai berkata-kata tapi lebih senang mencurahkan segalanya dalam bentuk tulisan. Aku bukanlah sasterawan Negara yang boleh menulis dengan bunga-bunga kata. setiap apa yang tercoret di sini datang dari hatiku sendiri. Hanya yang mendalami akan dapat memahami apa yang aku alami sekarang....time to sleep i think but for days I can’t sleep at all. Too many thing bothering me with not much time to spend on it. Pesan Mama kepadaku, sebelum tidur maafkan kesalahan orang pada kita. And today also marks my first meal after 5 days living with no food at all. Itupun aku paksa diri utk makan sbb aku rasa cukup lemah. Nak angkat kaki sendiri pun aku rasa tak mampu.

Sebelum aku tidur ni, aku nak doakan kebahagiaan seseorang. Apa yang aku bt 2 3 hari ini semata-mata nak dia rasa annoyed dengan aku dan tinggalkan aku. Aku doakan hubungan dia dengan sahabatku berkekalan sampai bila-bila. Biarpun aku dijadikan batu loncatan dalam perhubungan mereka, aku sedar kedudukan aku di mana. Dan aku dengan rendah diri menarik diri dari permainan hati yang cukup menyakitkan ni....semoga kalian berbahagia selamanya......

No comments:

Powered By Blogger