Wednesday, May 4, 2011

04 05 2011

4 April 2011

Sebelum aku teruskan aku mohon jutaan maaf sekiranya tulisan aku ni bakal membuatkan orang sakit hati. Aku bukan orang yg mudah bercakap tentang sesuatu tapi aku seorang yang mudah melepaskan permasalahan aku melalui tulisan.

Aku tk tahu apa yang aku kena fikir sekarang. Tak pernah aku sangka orang yang selama ni aku percaya buat aku ada dalam situasi sekarang. Aku rasa dikhianati. Satu rasa yang baru aku dapat atasi setelah kes kerja aku sebelum ni dan sekarang perkara ni pulak yang terjadi. Aku dah tak tahu pada siapa lagi aku nak cerita semua ni hanya pada skrin kosong ini lah aku mampu luahkan apa yang aku rasa sejak beberapa hari ni.

Sebaik terjadi peristiwa ini aku memori aku langsung berpatah balik pada peristiwa bulan Mei 2008. Miko dating balik pada aku. Entah dari mana munculnya tapi kehadiran dia seolah-olah dia mahukan hubungan kami dimulakan sekali lagi. Aku mencuba untuk menerima walaupun perit tapi kerana sayang aku masih belum hapus pada dia, aku sedikit demi sedikit terima dia dalam hidup aku. Hampir tiap-tiap hari dia akan datang ke rumah malah ada sebahagian pakaian dan barang dia disimpan di rumah. Aku sedikit tersepit sebab aku dah boleh terima hakikat yang dia bukan lagi sebahagian dari hidup aku. Beberapa bulan aku ambik masa nak terima kehilangan dia dan sekarang dia muncul kembali. Kebetulan masa tuh ada sahabat yang sering berkunjung ke rumah aku. Dia yang tinggal serumah dengan couple dia jadikan aku tempat dia mengadu masalah. Tanpa rasa sangsi aku kenalkan Miko dengan Z kerana aku anggap dia sahabat aku yang takkan khianati aku. Pada mulanya segala berjalan lancar seolah-olah tiada apa yang terjadi. Masa tu atas dasar percaya aku Cuma tengok apa yang berlaku. Bila Miko di rumah, tak sampai 10minit Z akan sampai dan begitu jugalah sebaliknya. Masa aku minta Miko temankan aku shopping di Sunway Pyramid dengan tak semena-mena Z text aku bertanyakan lokasi aku di mana. Aku beritahu di mana aku dan Z tawarkan diri utk lepak dengan kami sesuatu yang tak pernah Z buat sebelum ni. Sebelum tuh mmg aku perasan Miko agak sibuk membalas text. Again, atas dasar percaya aku tak kisah. Aku beri dia ruang utk diri dia sendiri. Aku menolak pelawaan Z sbb memang kebetulan masa tuh kami dah nak beredar dari Sunway Pyramid. Begitulah keadaannya untuk beberapa ketika. Sama ada aku yang terlalu bodoh atau sifat baik aku yang memakan diri, segalanya terbongkar. Baru aku tahu aku adalah batu loncatan bagi mereka memulakan hubungan. Sahabat aku sendiri khianati aku! Dan aku takkan lupa kata-kata Z pada aku “Ko tak cukup hebat untuk lawan aku sampaikan ex ko pun dtg cari aku.” Kata-kata yang aku takkan lupa smp aku mati.

Baru-baru ni sahabat aku text aku dan Tanya am I free to talk. Aku mcm biasa jwb aku ringkas. Yupp. Tapi dengan 1 panggilan telefon itu mengubah segalanya. Dia beritahu seseorang yang aku kenali hubungi dia dan ajak dia keluar utk ucap terima kasih gunakan premis dia utk orang ni study. Dan dari hari tu seseorang ni akan text dia setiap pagi dan hampir sepanjang hari. Aku tak tahu nak kata apa tapi peristiwa 3 tahun lepas seolah berulang kembali. Aku tak pasti sama ada yang mengajak atau diajak atau aku yang harus dipersalahkan. Aku akui aku mmg sukakan seseorang ni sbb dia punya personaliti menarik. Aku dah confess pun pada dia yg aku sukakan dia tp jwpn dia tgu dulu. Cuma apa yang terjadi buat aku berfikir semula. Sebelum ni seseorang tuh sering bertanyakan tentang sahabat aku. Aku sedar dibandingkan dengan aku, sahabat aku punya segala. Tapi jalan hidup dia agak mudah berbanding aku. Dan cukup mengecewakan aku bila seseorang ini mengaku secara tak langsung menyukai sahabat aku. Itu membuat aku rasa lebih terhina. Bila seseorang ni beritahu yg sahabatku tak mahu dia text atau jumpa seseorang ni aku tak tahu perasaan aku. Perlu ke aku percaya sandiwara ini atau benar-benar ikhlas. Aku anggap semua ni selesai tapi tadi bila aku duduk depan sahabat aku dan tiba-tiba seseorang text aku dan mengatakan yang sahabat aku text dia bertanyakan soal aku, aku jadi musykil. Kenapa tak Tanya aku directly? I was right in front of him. Mana pergi pesan dia supaya seseorang itu jgn text atau jumpa dia lagi tapi sekarang dia yang mulakan. Aku mungkin melukai hati sahabat aku dengan mengatakan sekarang aku tak pernah simpan rasa percaya pada sesiapa termasuk sahabat-sahabat aku sendiri. Aku akui aku tak standing sahabatku dr pelbagai sudut. Aku tak mampu sediakan atau beri apa yang sahabat aku mampu beri dan sediakan.

Sekarang aku tak tahu apa tindakan aku sbb seseorang tuh tak mahu kehilangan aku. Katanya aku dah hadir dalam hidup dia dan bukan mudah untuk dia melupakan. Sekali lagi adakah itu Cuma kata2 atau benar2 ikhlas. Bukan aku menghukum tapi memang itu sifat aku, bila aku percaya mmg aku akan bagi kepercayaan tapi sekali aku rasa sebaliknya orang itu harus bekerja 2x lebih kuat untuk dapat kembali kepercayaan aku. Kalau aku terus bersama dia, aku tahu aku akan lukakan hati aku sendiri. Tapi kalau aku pergi dan teruskan hidup aku sendiri, aku akan lukai hati dia dan itu yang aku tak sanggup nak buat. Aku tahu mcmana rasanya bila disakiti dan kesan dari rasa tersebut. Dan aku tak mahu jadi manusia yang menyakiti orang lain seperti mana yang pernah aku alami. Aku betul2 keliru sekarang. Aku teringat kata-kata yang aku dengar dari sinetron Indo, mencintai tidak semestinya memiliki. Meninggalkan bukan bererti benci tapi demi kebahagiaan orang yang disayangi. Perlu ke aku teruskan semua ni ataupun perlu ke aku hentikan semua ni. Aku betul2 keliru. Dengan keadaan kesihatan yang semakin hari semakin tak berapa baik, aku jadi tertekan. Kadang2 aku rs aku betul2 benci dengan diri aku sendiri. Aku benci dengan keadaan sekeliling aku. Itulah yang aku rasa.

0451hrs

No comments:

Powered By Blogger