Thursday, April 19, 2012

"hilang"

bukan niat nk buat teman2 risau

cuma aku perlu hilangkan diri dr FB (temp. deactivate) dan aku dan tutup Tagged aku.

aku akan tutup 2 lagi social network aku.

smp semua pulih seperti sediakala, aku akan aktif smula kat fb sahaja.

btw, aku akan discuss and so far semua dah ok dgn sorang artis indie ni utk venture dgn beliau launch clothing line beliau sendiri.

bila ink shj deal ni, aku akan jd manusia plg happy atas muka bumi ni.

Thursday, April 12, 2012

Koleksi Terakhir - Intro II


“Awak, saya ada benda nak tanya awak. Saya nak buat awak jadi kekasih saya. Peneman saya di kala suka dan duka. Pendorong untuk saya terus berusaha bina kerjaya saya. Awak sudi tak jadi kekasih saya, Faizah Binti Zainal?”. Setelah selesai menaip dengan diiringi bacaan kalimah Basmallah, ditekan butang SEND di telefonnya. Dia berdebar menunggu jawapan dari Faizah.

Dengan tidak semena-mena, Faizah berpaling lalu ketawa. Zam kerperanjat sehingga hampir terlepas cincin digenggamannya.
“Apalah awak ni. cakap je lah depan-depan. Orang ada kat awak pun awak nak SMS,” kata Faizah dan terus tertawa. Zam jadi malu sendiri. apa lagi yang mampu dilakukan bila dia sendiri tidak yakin dengan apa yang baru dilakukannya.
“Awak balas je lah. Saya malulah nak tanya awak depan-depan. Nanti awak tak sudi nak terima saya,” jawab Zam dengan suara yang tidak berapa jelas.
“Ok...En. Zam yang konon-konon pemalu. Faizah Binti Zainal nak balas lah ni,” sambung Faizah dan memalingkan mukanya ke arah jalan raya yang semakin sunyi.
Tiba-tiba telefon bimbit Zam berbunyi. Tertera ayat keramat yang memang diharapkan selama ini.
“En Zam, saya Faizah Binti Zainal menerima awak sebagai kekasih saya. Sebenarnya dah lama saya tunggu awak melamar saya Cuma saya tidak tahu bila. Mulai jam 12.00 tengah malam, 25 Disember 2005, Faizah Binti Zainal adalah kekasih awak yang akan menyayangi awak sepenuh hati saya. Saya akan bersama awak tak kira apa jua keadaan awak. Saya nak awak rasakan bahagia bersama saya dan saya nak mulai hari ini juga awak akan berusaha lebih keras demi masa depan kita,”
Zam merasakan seolah-olah bermimpi selepas membaca paparan di telefonnya. Terasa air hangat mengalir di pipinya. Faizah sudi menerima cintanya. Tidak pernah terlintas di fikiran Zam yang Faizah juga menantikan dia selama ini. Zam berpaling perlahan-lahan dan membetulkan silanya menghadap Faizah. Cincin di genggamannya dipegang. Kilauan perak 925 yang bertatah beberapa batu kecil bergemerlapan Nampak semakin cantik di bawah cahaya lampu.
“Faizah Binti Zainal, boleh tak saya sarungkan cincin ini tanda bermulanya kehidupan baru kita?” Zam memulakan bicara. Keyakinannya bertambah selepas mendapat jawapan positif dari Faizah yang sekarang sudah menjadi kekasihnya.
“Eh! Masa bila awak beli cincin ni? Awak beli cincin emas putih ke untuk saya?” Faizah terus berseloroh. Inilah kali pertama dia dilamar dengan cara yang cukup pelik tapi romantik. Kerana sikap misteri Zamlah membuatkan dia tertarik. Zam seorang yang sukar dijangka. Tindakannya kadang-kala sudah cukup membuktikan yang dia memang menyayangi Faizah. Mana tidaknya, berapa ramai yang sanggup berulang-alik dari Shah Alam ke Kajang hampir setiap minggu hanya untuk berjumpa. Dan yang paling tidak akan Faizah lupakan peristiwa beberapa minggu yang lalu di mana dia merajuk dengan Zam kerana tidak mempedulikannya ketika mereka menghabiskan masa di rumah keluarga Zam di Kota Kemuning. Pagi berikutnya, ibu Zam mengejutkannya dari tidur untuk solat subuh. Selesai solat, dilihat di dalam kamar tidur tamu yang didudukinya, ada satu dulang berisi sarapan yang terdiri daripada nasi lemak berlaukkan sambal ayam, beberapa keping timun, kacang tanah goreng dan telur goreng mata kerbau separuh masak seperti yang disukainya. Di sebelah pinggan itu ada secawan teh panas dan segelas air soya. Juga kegemarannya. Dan yang paling mengejutkan 3 kuntum bunga ros biru, bunga kegemarannya bersama sekeping kad ucapan buatan sendiri yang bertulis
“Awak, maafkan orang ya. Orang tiada niat nak buat awak rasa terpinggir. Harap
awak maafkan orang..:(“
tanpa lengah Faizah keluar dari kamar tidur dan mencari Zam.
“Makcik, Abg Zam mana?,” soalnya pada ibu Zam.
“Dia tidur lepas solat tadi. Malam tadi semalaman dia tak tidur. Makcik pun pelik. Dalam jam 3.00 pagi tadi, kawan dia, Syahir datang bawak bunga 3 kuntum. Katanya satu bandaraya Kuala Lumpur dia pusing cari bunga tu sebab Zam mintak tolong dia dapatkan juga tak kira apa cara sekalipun. Lepas Syahir balik je, Zam terus masuk dapur. Nak masak nasi lemak istimewa katanya. Siap je semua jap tadi, dia masuk bilik Faizah masa Faizah solat dia letakkan dulang tuh dalam bilik. Terus dia masuk tidur lepas tu. Penat agaknya. Tapi memang peliklah perangai dia malam tadi. Kenapa Faizah?” jawab ibu Zam panjang lebar.
“Hmmm…tak ada apa-apa makcik. Tapi kenapa dia buat macam tu ya?” Faizah berpura-pura tidak mengetahui apa-apa tapi dalam hatinya dia rasa cukup dihargai.
“Anak makcik tu memang macam tu. Nak buat apa-apa ikut suka dia jerk. Tapi dia ada beritahu makcik yang Faizah merajuk dengan dia sebab dia sibuk petang semalam. Itu yang dia buat mcm tu, nak pujuk dan minta maaf pada Faizah.” Ibu Zam menjawab soalan Faizah. “Dia jenis susah sangat nak sayang orang tapi bila dia dah mula sayang, itulah hasilnya. Diri dia sendri dia tak pernah fikir. Apa yang dia tahu dia nak orang yang dia sayang tu bahagia dengan dia. Dah lama dia tak bercinta lepas kes mantan kekasih dia curang dengan kawan baik dia sendiri. Dia berubah lepas jumpa Faizah. Hidup dia jadi teratur semula. Kalau tidak asal malam minggu je mesti hilang pergi kelab kat Bukit Bintang dengan kawan-kawan dia. Selagi tak subuh tak Nampak batang hidung.Tapi dia tak minum. Dia Cuma pergi sebab nak hilangkan kesunyian dia je sebab tu makcik tak kisah. Makcik bersyukur lepas dia kenal Faizah dia berubah. Hujung minggu mesti balik sini habiskan masa dengan keluarga lepas dia balik dari jumpa Faizah. Makcik nak ucap terima kasih pada Faizah sebab berjaya ubah dia. Makcik tak boleh nak balas budi Faizah,” sambung ibu Zam. Faizah lihat bergenang air mata ibu Zam menceritakan perilaku anaknya. Faizah faham perasaan itu. Satu-satunya anak lelaki harapan keluarga hidup terumbang-ambing hanya kerana pernah dikecewakan.
“Awak! Orang nak sarung cincin ni, berangan pulak dia. Tah ingat apa la tu,” teguran Zam mematikan lamunan Faizah. Dihulurkan tangan kanannya dan Zam dengan lemah-lembut menyarungkan cincin ke jari manisnya. Saat terindah buat kedua-dua pasangan kekasih. Cinta yang terbina bermula dari alam siber berakhir dengan ganjaran yang tidak ada galang gantinya. Terpancar sinar kebahagiaan di wajah mereka terutama Zam setelah beberapa tahun menutup pintu hatinya untuk cinta yang dihancurkan sendiri oleh bekas kawan baiknya sendiri. luka yang pernah berdarah dulu kini dirawat dengan kahadiran gadis periang yang sering membuatkan dia ketawa. Setiap hari yang berlalu terlalu indah buat Zam sekarang.

Sunday, March 18, 2012

Ego


as salam..

arini aku nak merepek pasal EGO...sebelum aku citer, aku bg dulu definition EGO tu menurut Merriam-Webster yang mana EGO bermakna : 

Definition of EGO

1
: the self especially as contrasted with another self or the world
2
a : egotism 2b : self-esteem 1
3
: the one of the three divisions of the psyche in psychoanalytic theory that serves as the organized conscious mediator between the person and reality especially by functioning both in the perception of and adaptation to reality — compare idsuperego

yg mana utk post aku kali ni....ia sbnrnya lebih berkaitan dgn EGOTISM yg bermaksud :

Definition of EGOTISM

1
a : excessive use of the first person singular personal pronounb : the practice of talking about oneself too much
2
: an exaggerated sense of self-importance : conceit — compare egoism 2



kenapa plak aku tetiba nak citer pasal bnd ni? sbbnya ms tgh2 chat ngn kawan skola aku tadi, kita sembang psl 1 isu ni dan dia kata aku ego. ni oetikan dr chat tu :

  • xxx
    • weiiiiiiii..
    • ko dah baik ngan xxxxx yer
    • hehehe
    • elok ler

  • 43 minutes ago
    aku
    • xder la
    • aku tag pix tu ada la sbbnya
    • baca btl2 apa yg message dlm pix tu...

  • 43 minutes ago
    xxx
    • kesian lak aku tgk dia, x baik buat dia gitu
    • harap sgt ko maafkan dia
    • ko jgn jual mahal sgt
    • rendahkan sikit ego tu

  • 42 minutes ago
    aku
    • penat jd org pemaaf...\
    • penat dh letak ego ke bwh utk org lain

  • 41 minutes ago
    xxx
    • sampai bila ko nak buat dia cmtu

  • 41 minutes ago
    aku
    • tah....
    • infiniti jawapan aku...

  • 40 minutes ago
    xxx
    • ermmmm...

  • 40 minutes ago
    aku
    • aku dh penat maafkan org
    • but end up xder apa yg berubah pun
    • balik2 nt mtk maff..mtk maaf..dan mtk maaf..
    • pastu bg alasan "aku ni manusia xsempurna, mmg la bt salah"

      so dah dpt la kan knp tetiba topik ni aku kuarkan utk posting aku kali ni...

      terus terang, aku pernah jadi org yg selfless, xder ego dan sering memikirkan pasal pasal org lain tapi malang utk aku selalunya aku dipergunakan. 

      sampai satu masa disebabkan semua yg pernah jadi tu, aku jadi manusia yg punya ego yg maha tinggi. juz utk protect diri aku dr terus jd mangsa buli...

      tu je la kot aku nk citer...hehehehe

Friday, March 16, 2012

Peluang Kedua


as salam......(mcm biasa..ayat bajet rmai yg baca post blog aku ni kan)...

dh lama kot x share rencah2 kehidupan seharian kat blog hina aku ni....

hari ni aku nak citer pasal second chance....ataupun peluang kedua....

mmg dulu aku cukup yakin dan percaya pada benda ni...tp lepas apa yg berlaku, aku rs bnd ni dah lama x wujud....wujudnya pernyataan "semua org perlu mendapat peluang kedua" @ "everybody deserves second chance" sekadar utk memotivasi utk jadi pemaaf dan jugak menjadi laluan utk pembuat salah terus2an berbuat kesilapan....

kenapa aku tak percaya dah pada peluang kedua. semua cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri sepjg aku idop 33 tahun 1 hari ni (saja nak gtau yg br celebrate birthday semalam kan.....aku xnk adiah besar2..nak Samsung Note je..hehehehe)

Kes 1 

pengalaman aku tgk arwah mak aku asik beri peluang yg tah berapa kali kat ayah aku. 
mtk maaf, elok sekejap then buat semula...camtu la cycle kehidupan arwah mak smp la diorang berpisah ms aku umur 14 tahun. pernah ayah tglkan mak smp berbulan2 cuma blk sebln sekali utk bg duit belanja...last2 dia ttp tglkan arwah mak jugak utk dpt yg lbh bgs pada pandangan mata ayah aku la....

Kes 2
ni pasal ex aku yg aku dok selalu seru nama dia...yg aku msh simpan semua kenangan dgn dia wpun dah lama dia xder dlm idop aku
dia pernah pergi tglkan aku hanya kerana 1 salah faham yg buat aku jd hilang arah 3 bulan. bila aku dah ok, stabil dan boleh menerima keadaan, dia dtg balik dan mengharap aku layan dia mcm ms kitaorg msh couple dulu. tapi dgn kedatangan dia utk kali ke2 tu..buat aku lebih sakit lagi sbb dia blah utk kali ke2 dan couple dgn bestfren aku sendiri. 

Kes 3
ni pengalaman aku kerja dgn kawan aku sendiri. aku faham bekerja dgn sebuah syarikat yg baru beroperasi mmg akan ada mcm2 mslh terutama skali pasal kewangan. so beberapa bulan aku bersabar smp ke tahap aku terpaksa merempat tido kat pejabat sbb aku xleh nak byr sewa umah. aku bagi dia peluang berkali2 utk selesaikan mslh dia dan selesaikan masalah semua staff dia tp end up dia hilangkan diri mcm tu jerk. dan yg paling aku sakit hati bila dia dtg bwk beberapa budak PEKIDA utk pukul aku sbb aku mtk duit gaji aku. 

Kes 4
ni kisah seseorg yg buat aku ingin kembali bercinta. tapi hakikatnya dia xpernah terima aku lbh dr seorang kawan dan abg. dia ada khilaf dan dia dah mtk maaf dan ingin peluang kedua.
setelah aku bg peluang kedua tu, aku kne main lagi. dia dh couple dgn org lain yg jugak suami org. kantoi pun sbb aku stalk hp dia. kalau tak mmh smp sudah aku aku ni diperbodohkan. 


itu antara rentetan kenapa aku sukar sekali utk percaya pada peluang kedua. 

mmg mudah utk memint apeluang kedua tapi berapa ramai yg betul2 mempergunakan peluang yg ada tu?

mungkin akan ada yg kata aku ni terlalu prejudia tetapi dlm keadaan manusia zaman skng yg lbh mementingkan diri sendiri dari org lain, aku kne belaja utkl jd sebahagian dr manusia tuh jugak sbb aku dilahirkan utk jadi manusia yg selfless sebelum ni. sama mcm arwah mak. tapi org yg selfless ni mmg sukar utk dihargai apatah lagi utk org lain sedar kewujudan kami. bak kata org la...kalau kita takleh nak ubah persekitran kita, kita jadi sebahagian dr persekitaran tu....

so apa yg org nilai aku skng, lihat aku skng adalah hasil dr pengaruh persekitaran aku. aku berubah sbb aku dah xlarat nak jadi halimunan lagi, aku dah xmampu nak disakiti lagi...

dan sebelum aku dipinggirkan orang..lebih baik aku meminggirkan diri aku so that aku takkan sakit sgt menerima keadaan tu sbb itu yg aku pilih, bkn org pilih utk aku...

apapun...ini cuma pendapatan peribadi aku yg hina dina. 

terpulang pada yg membaca nak menilai aku camner. 

wasalam....



Monday, March 12, 2012

6

sumtimes aku rs malas giler nak check e mail sbb mst ada je bnd yg aku xnk tau yg ada kat dalam inbox aku....

tapi aku kne check gak sbb tu dah rutin harian aku.....heheheheh...

cuma arini email yg aku dpt dr BFF @ specialist @ consultant aku mmg boleh buat aku sakit jantung....

baru aritu p follow up dia inform yg condition aku dah ok...the best condition dlm masa hampir 2 tahun ni...

baru td aku check plak e mail aku....dia suggest aku bt radiotherapy plak.....tp kos dia..mak aih.....aku keje smp aku pencen pun blm tentu aku mampu nak byr kos rawatan tu.....pastu leh plak dia nak aku p bt treatment kat aussie @ states....yg tu lagi la..mmg aku xkan buat la kot. aku sgup redha je ngn keadaan aku dr aku p bt treatment kat sana. 

kos mencecah 6 angka...mana aku nak korek duit. wahai BBF @ specialist @ consultant yg aku sayang dan aku rindu tiap2 kalai aku xsehat, ko igt aku anak jutawan ke nak p bt treatment smp ke oversea tu? aku nk bt treatment ni pun ko patut syukur tau x smp kering abes savings aku ko perah.,....adeh laaa....

aku dah nekad even kata itu yg terbaik utk aku pun aku xkan p bt treatment kat oversea. nt btnya umur aku xpanjang....lmbt plak nak smp jenazah aku ke Msia semula...even aku kat sini pun aku dok ward sorg2 every time aku p hosp, tp still dlm Msia...klau jd per2 msh sng nak contact family aku (ada ke diaorg kesah pasal aku ni) or sahabat2 yg mmg aku dh amanahkan BFF aku ni contact kalau jd per2 kat aku. 

maaf yer...aku xkan p bt treatment tu sbb aku xmampu.  

Sunday, March 11, 2012

pudar

percaya diriku smakin surut

maafkan aku teman

mugkin sudah smp masanya aku mengalah....

maafkan aku sekali lagi...

rindu



aku rindukan kehidupanku yang dulu...

aku rindukan diriku yang dulu...

aku rindukan segalanya...

aku mahu segalanya kembali.....

sekuat mana usahaku....aku masih gagal dan terus gagal.....

terkadang aku rasakan segalanya telah berakhir...

aku hilang segalanya.....

aku hilang diriku....

aku hilang cintaku...

aku hilang kasih ibu...

aku hilang keyakinanku...

yang tersisa cuma tiada apa...

akankah mampu aku kembalikan

segala yang aku rindukan

adakah rindu ini yang menguatkanku

adakah rinduku pada kehidupan laluku

membuatkan aku terus melangkah hingga kini

adakah rinduku pada cintaku

membuatkan aku terus mencari pengganti

adakah rindu pada ibu

membuatkan aku tidak lagi bisa menangis

adakah rinduku poada keyakinan diriku

membuatku jadi terlalu ego

semua adalah kerana rinduku

akan hadirkan saat

bakal terubat segala rinduku

rinduku pada segala

biarlah mana yang menjawab semua

Chairel @ Nairul
11/03/2012
1919hrs





Powered By Blogger