Monday, December 26, 2016
Novel - Koleksi Terakhir
menyinggah di Pusat Perubatan Subang Jaya tanpa ditemani sesiapa.
“Adakah ini raya terakhirku?” tanya Zam pada dirinya.
Dalam dia termangu memikirkan dirinya, terdengar pintu bilik diketuk. Perlahan daun pintu
terkuak dan muncul wajah yang sering dirindukan.
“Asu, kami dah sampai! Mama ada bekalkan rendang ayam, ketupat palas, nasi himpit
dengan kuah kacang kegemaran Asu. Sama macam arwah selalu masak dulu. Asu makan tau!”
Kata Iwan, anak buah yang paling rapat dengan Zam.
“Buat apa la korang susah-susah bawak semua ni. Bukan Asu boleh makan pun. Kan dah
sudah tertulis kat katil Asu ni yang Asu kena puasa sebelum menjalani rawatan petang nanti,”
jawabnya lemah.
“Ala Asu, jamah la sikit. Nanti Iwan gi tanya jururawat yang kat luar tuh. Iwan ayat dia
sikit sure dia bagi Asu makan,” balas Iwan senyum melebar. Dia tahu Iwan risaukan keadaannya
tetapi dia cuba berlagak yang tiada apa yang terjadi pada dirinya.
“Asu, Mama kirim salam. Mama pesan Asu jaga kesihatan Asu. Mak Long Sariah, Mak
Long Mey dan Mama sangat risaukan. Diaorang marah sebab Asu sakit macam ni pun masih
taknak bagitau diaorang,” tiba-tiba Nina bersuara, anak buah perempuan yang semakin hari
semakin comel pada pandangan matanya.
“Asu ok la. Asu kurang rehat jer ni kot. Kan Asu selalu sibuk dengan keje Asu sekarang
ni,” ujarnya sekadar mahu menyedapkan hati anak buahnya itu.
Tidak sampai lima minit selepas Iwan melangkah keluar, dia masuk ke bilik wad Zam dengan
muka mencuka. Dia tahu kenapa Iwan jadi macam tu. Pasti jururawat di kaunter melarangnya
memberi Zam kebenaran menjamah makanan kegemarannya.
“Asu, jururawat tu kata Asu tak boleh makan apa-apa sampai lepas abis treatment Asu
petang nanti,” Iwan bersuara dengan nada kecewa. Terpapar di wajahnya riak kekecewaan dan
hampa.
“Kenapa Asu tak boleh makan semua tu abang? Kan selalu Asu masa raya tuh lah yang
dia makan. Adik selalu temankan Asu makan kalau kat rumah,” soal Adik, anak buah
bongsunya. Dia terlalu mentah untuk memahami apa yang sedang bapa saudaranya alami sekarang.
“Adik, Asu sakit sebab tuh dia tak boleh nak makan sumer tuh. Adik gi duduk kat luar
dengan kakak kejap ya. Abang ada benda nak bincang dengan Asu ni pasal bisnes kitaorg,”
jawab Iwan dengan nada memujuk. Dengan wajah muram, adik-adiknya keluar meninggalkan
mereka berdua.
Iwan membetulkan duduknya. Kini dia duduk betul-betul di sebelah Zam. Dari matanya
Zam tahu yang Iwan inginkan jawapan darinya soal penyakitnya. Tapi dia nekad selagi dia masih
mampu dia takkan bebankan siapa-siapa dengan masalahnya. Biarlah dia sendiri yang
menanggung semua sakitnya. Dah lama dia berperang dengan dirinya melawan penyakitnya
hinggakan pernah dia ke hospital sendirian dalam keadaan lemah hanya kerana tak mahu
menyusahkan adik-beradiknya. Itulah tekadnya sejak dia mengetahui yang dirinya tidak lagi
sihat sepertimana orang lain.
“Iwan, Asu nak tanya. Macamana dengan Insanity Couture? Ada masalah ke kat pejabat?
Macamana dengan collection baru yang kita nak launch bulan depan? Semua dah siap ke?”
soalnya pada Iwan. Dalam keadaan yang begitu, jiwanya masih di pejabat. Insanity Couture yang
tertubuh kira-kira 2 tahun lalu kini semakin berkembang. Setiap kali pelancaran koleksi baru,
pasti akan habis tak sampai sebulan. Permintaan semakin tinggi tapi prinsip perniagaannya,
setiap koleksi hanya akan dikeluarkan 100 unit sahaja. Ternyata percaturannya menjadi. Pernah
sekali salah satu rekaan Insanity Couture dijual dengan harga hampir RM 400.00 sehelai hanya
kerana keunikan rekaan mereka. Pembelinya dari Singapura yang juga peminat setia rekaan
mereka. Dia benar-benar bangga kerana Insanity Couture tertubuh hanya kerana niatnya ingin
membantu merealisasikan impian Iwan dan juga memperbetulkan kesilapan yang pernah Iwan
buat beberapa tahun lalu.
“Soal kat pejabat Asu jangan risau. Semua dah siap tinggal tunggu masa untuk launching
jer nanti. Kalau takda masalah, launching kita akan buat dekat ruang legar utama Pavillion 20
September nanti. Model sume dah ada, pasukan pereka kita pun keje siang malam nak jadikan
launching ni yang paling gempak Insanity Couture pernah buat. Asu nak tau, untuk koleksi kali
ni kita dah dapat pesanan dari Australia dengan UK. Semalam diaorg datang office dan discuss
pasal nak jadi pengedar ekslusif jenama kita kat sana,”ujar Iwan seolah-olah memberi laporan....
TO BE CONTINUED
Saturday, December 24, 2016
#throwback series 3 - Happy 11th Anniversary to you
This time nak throwback ke 11 tahun lepas.
One of the best moments in my life.
Aku kenal arwah 23/10, bln Ramadhan. Kenal through chatroom @ mIRC.
Chat sikit sebanyak sb nak rushing balik cari juadah ( aku balik keje terus singgah kat sect 7 shah alam). Mcm biasa bt havoc chanel, kacau kekawan n aritu mood nak private chat dgn stranger (which I regret till now). Kacau punya kacau terkacau sorg bdk Kajang, umur 18 ms tu, msh sekolah lower 6, asal johor tapi sambung f6 kat kajang. Layan sembang then exchange mobile no. Aku xsave pun no dia sb aku jrg sgt nak amik no chatter ni.
Balik tu, beli juadah n berbuka. Lps solat tarawikh, lepak kat bilik sewa aku, my mobile rang. Tgk no...xder dlm contact list tp jawab je sb tgh bosan masa tu...hahaha.
Rupanya kajang ni yg call. Set our 1st date the next day. (Nanti aku citer detail psl our 1st date ni.
Dlm ms 2 bln knal dia, kitaorg jd rapat. Byk luang masa sama2 every weekend. Smp aku pun rs nak upgrade relationship tu pada relationship yg lbh serius. Tapi aku ni penakut dan self esteembaku utk bnd mcm ni sgt rendah. Mgkn sb dah didoktrin oleh kakak2 yg aku ni buruk sejak kecik. Anak org asli ar. Kulit gelap ar. Mak aku darah Cina so kakak2 aku dpt chinese look tu. Kulit putih, rambut lurus, mata xberapa nak luas etc tp aku dpt tang mata je. Kulit mmg ikut keturunan ayah. Rambut kerinting. So basicly aku mmg rupa lain banding dgn adik bradik aku.
Aku plan aku nak "lamar dia tepat jam 12 mlm 25 dec tahun yg sama. Aku beli cincin silver kat kdai accessories silver favourite aku and tgu time tu dtg.
Sehari awal aku sms dia nak jmp mlm Krismas tu. Dia mcm biasa happy je nak jmp aku. Maklumlah kitaorg dpt jmp setiap ujung minggu je. Weekdays aku bz dgn keje n dia dgn xtvt sekolah dia.
Ptg 24/12 tu aku dh grak naik kekasih kesayangan aku, Modenas Karisma 125 dr shah alam ke kajang lalu ikut puchong. 45 minit gak la naik skuter buruk aku tu.
Smp je lpk jap kat umah mcik dia. Makan, teman dia tgk tv, dgr.citer dia psl cikgu n kwn2 sekolah dia. Lps isya aku ajak dia kuar ronda town Kajang. Mtk kbnaran pd family mcik dia. Tgu dia siap semua dlm kul 930 gak br kuar.
Bwk p mkn mlm dl kat food court kat dgn KPJ Kajang n Courts Mammoth tu. Lps tu dlm kul 1130 mcm tu grak lpk kat ada bgnan mcm foodcourt yg xberfungi kat tepi jln sebelum simpang masuk nak p Stadium Kajang n food court yg jual mcm2 jenis satay kajang tu. Ajak dia lepak situ sambil dgr citer dia dgn tekun. Dlm ati ni dah dup dap dup dap dah. Lutut dah gigil. Berpeluh jgn citer tp nsb cover sbb pkai jaket.
Bila duduk, kitaorg duduk sandar belakang. Yg macam logo brand Kappa tu kalau nak mudahkan imaginasi korang.
Aku sgt tak yakin nak ckp terus kat dia so last minit plan aku bt kptsn aku nak sms je dia. Lawak kan? Walhal dia kat belakang aku je masa tu.
Aku pun kuarkan mobile aku and start karang sms melamar. Bila aku lama diam, dia tny knp taknak ckp? Sibuk dgn phone la tu. Tah sapa la yg dia sms tu....(nada suara mcm dah merajuk)
Aku pun ckp sms dr boss remind psl outstanding report yg aku kne submit mgu depan sblm audit masuk. Pdhal jari laju je menaip nak send kat dia.
Bila agak dah tersusun cantik untaian kata2 tu tepat jam 12 aku send kat dia.
Dia dgn muka xbersalah kuarkan phone pastu bebel2 kata sapa la yg sms dia memalam mcm ni. Aku pun sakat dia kata scandal kot sms ajak dating. Dia dgn tak pusing belakang cuma tgn je gerak cubit love handle aku. Sakit woooooooooo.....rasa cam nak nangis pun ada.
Xlama pastu dia gelak. Kuat kot. Nsb baik xde org. Kalau tak confirm aku lagi malu.
Dia gelak psl aku sms dia psl nak bt dia jd special aku walhal dia kat blkg aku je. Dia kata aku pengecut.
Aku dah hangin sket masa tu. Tercabar kot bila org kata mcm tu. Klau dgn kekawan confirm dah mkn tgn kalau ckp mcm tu.
Aku pun tak berpaling kat dia aku cuma ckp reply je la. Ya ke x...xyah nak gelakkan org sgt la.
Dia pun senyap pastu dgr bunyi dia taip kat phone dia. Kejap je pastu phone aku vibrate. Dia dh reply text aku n dia kata YA.
Masa tu aku rs mcm dunia ni aku punya. Seronok tu xdpt nak gambarkan dgn kata2.
Br aku berani pusing tgk dia and kuarkan cincin silver yg aku belikan. Niat nak sarungkan kat dia.
Alih2 kne gelak lg. Dia bole ckp cincin silver je ker? Igt cincin habib ke Poh Kong yg ada batu kilat2.
Aku pun jawab ni je yg aku mampu. Aku xbyk duit skng nak bg dia brg mahal kat dia tp aku akan berusaha utk ubah kedudukan kewangan aku utk masa depan kitaorg. Rasa terhina kot bila dia ckp mcm tu.
Dia dah muka lain. Dia ckp dia gurau je. Dan mintak maaf kalau apa dia ckp td bt aku terasa. Dia mmg tgu detik tu sbnrnya. Tgu aku mulakan langkah utk upgrade relationship kitaorg. Dan hari ni impian dia tercapai.
Byk lg yg dia ckp tp aku xleh nak tulis.
Masa tulis ni pun aku dah sebak.
Sebab 22/12/2016 dia meninggal. Dia dah pergi tglkan aku smp bila2. Wpun hubungan kitaorg dh putus 8 tahun lps tp aku ttp igt dia. Aku selalu doa yg kitaor dpt bina semula kebahagiaan yg pernah rasa dulu.
