Saturday, January 25, 2014

Kisah Sang Pencari Kotak

kali ni aku nak share 1 kisah melalui pemerhatian aku dan sessi sembang2 dgn yg tuan punya diri dan masyarakat sekeliling.

ini kisah tentang seorang wanita tua berumur dlm lingkungan 70an.
tinggal di Puchong.
berbangsa Cina.
punya suami tapi ada mslh penyakit kronik. (kalau tak salah sakit buah pinggang)
pekerjaan dia kutip bnd2 yg boleh di guna semula untuk di jual di kawasan sekitar Petaling Street dan Kotaraya, Kuala Lumpur. 

kenapa aku tertarik dgn kisah hidup wanita ni.
sebab kegigihan beliau dalam meneruskan kehidupan yg serba mencabar esp di saat org2 bising kenaikan kos sara hidup skng.
setiap hari, wanita ini akan amik bas pertama dr Puchong utk ke ibukota. pakaian nya adalah baju lengan panjang, seluar panjang, boot mcm citer Phua Chu Kang tu dan juga topi jerami (yg cina2 suka pakai bila berkebun tu).

setiap hari wanita ini akan merayau di kawasan sekitar Petaling Street dan Kotaraya utk kumpul apa saja yg boleh di jual semula utk dijadikan pendapatan. 

bila sampai masa makan t/hari, wanita ini akan ke Anjung Singgah. dia akan aik sepinggan nasi dgn lauk2 yg disediakan tanpa byk bicara utk mengisi perutnya yg kosong lps bekerja setengah hari. without fail, wanita ini akan simpan sebahagian dr nasi tersebut utk di bawa balik bt sang suami yg sakit.

kemudian kembali meneruskan pekerjaannya di tengah terik matahari tanpa mempedulikan org2 sekelilingnya. menurutnya, biarlah org nak kata apa pun yg penting dia tak mencuri. malahan kerana semangat mahu membantu, segala kotak2 dan bahan2 buangan yg ada di kawasan sekitar mmg dah reserve utk wanita ini oleh pemilik2 premis. 

setiap kali berbual dgn wanita ni, tak pernah sekali pun dia bersungut menyalahkan sesiapa atas kesusahan yg ditanggung. menurutnya, dia perlu berusaha utk perbaiki kehidupan dia sendiri. bersungut dan membebel yg bukan2 takkan dpt bantu dia cari rezki buat biaya sara hidup dan perubatan si suami. 

yg buat aku agak terkejut, wanita ini bekerja 7 hari seminggu. pendapatan wanita ini sehari boleh mencecah RM 70 - RM100 sehari. kalau didarabkan dgn 30 hari, pendapatan beliau sama atau lbh byk dr org yg bekerja di pejabat. tapi kalau keadaan cuasa tak mengizinkan, pendapatan wanita ini akan jatuh merudum. pernah aku tny kalau dpt sikit mcmana? jawapan wanita ini sgt mudah, masa dapat byk simpan dan belanja apa yg perlu sahaja. yg baki perlu disimpan wpun seringgit utk persediaan masa hadapan.

agaknya adakah kita mampu jadi setabah wanita ini? 
adakah kita pada usianya mampu berbuat kerja yg sama seperti wanita ini buat saban hari? 
yang paling penting, adakah kita mampu utk terus berusaha disebalik segala perit jerih hidup skng tanpa bersungut sedikit pun? 

mungkin pada sesetengah manusia kisah ni menunjukkan kelemahan sistem dlm membantu rakyat tapi cuba lihat dr sudut usaha untuk memperbaiki diri tanpa perlu mengharap bantuan org lain. bukankah itu yg lebih baik.

memang mudah untuk menyalahkan sistem tapi adakah diri kita sendiri sudah berusaha 150% utk mengubah kehidupan kita sendiri.

sb itulah aku share kisah wanita tua ni. smngt beliau utk meneruskan hidup wpun perlu bersusah payah sangat tinggi dan beliau tak mengharap bantuan sesiapa pun. inilah contoh yg kita perlu tgk dan ikut kalau kita nak berjaya dlm hidup. 

No comments:

Powered By Blogger