Wednesday, January 4, 2012

Culture Shock

As Salam dear audience....(ecehceh..mcm la rmai sgt yg follow blog ni..:) )

sejak beberapa minggu lepas kita disogokkan dengan issue kejutan budaya di kalangan rakyat Malaysia yg menyambung pelajaran di luar negara. bermula dengan isu perkahwinan sejenis seorang lelaki Melayu di Dublin dan yang terkini isu Nur Amalina, pelajar pintar yg berada di United Kingdom. kalau ada yang lupa aku attach sikit gmbr2 berkenaan isu tersebut kat bawah ni sebelum aku membebel lebih panjang lagi..











Inilah wajah2 yg dikatakan lupa cara hidup org timur tempat asal mereka. bukan niat aku nak mengaibkan mereka ni cuma sekadar mencoretkan pendapat aku berkenaan isu ini pada perspektif aku, insan biasa yg punya banyak kelemahan.

cuba korang bezakan plak dgn gambar2 yg aku attach kat bawah ni :











apa yg membezakan antara mereka ini? pada pandangan aku la yerk....yg bezakan diaorg ni 1 jerk....

koleksi gmbr yg kat atas tu dr pelajar kita yg tinggal di negara luar yg tiada batasan dari apa jua sudut....

tapi koleksi gmbr yg di bawahnya plak ada anak2 muda kita yg tinggal dan MUNGKIN tidak pernah meninggalkan tanah Malaysia pun yg kita pun tahu penuh dgn adat, budaya dan agak konsovertif dari segi pemikiran......

persoalan yg aku cuba timbulkan kat sini adalah....kita terlalu memandang jauh utk melihat keburukan orang lain sedangkan di depan mata kita sendiri pun keburukan terjadi dan pada hemat aku, ada kalanya jauh lebih buruk dari mereka yg tinggal di luar negara.....

aku nak huraikan sikit kes perkahwinan sesama jenis tu dulu....

ini cuma pandangan aku...tolak tepi SEKEJAP soal agama dan moral sbb mmg dah sah lah perkahwinan sesama jenis adalah sesuatu yg dilarang dalam semua agama dan semua budaya...

tapi kalau kita fikirkan dari 1 sudut yg lebih meluas, sekurang2nya yg berkahwin sesama jenis ni dia tahu yg dia dah commit dgn seorang lelaki sahaja berbanding dengan golongan homosexual di Malaysia yg kebanyakkannya....aku tak kata semua ya....kebanyakkannya bertukar2 pasangan mungkin setiap hari, setiap minggu, setiap bulan.....ikut keperluan nafsu masing2....mana yg lebih buruk utk kita tgk?

sbb tu awal2 aku dah mention tolak tepi jap soal agama dan moral....bukan maksud aku nak menghalalkan apa yg diaorg bt cuma cuba kita tgk dr skop yg lebih luas....

Isu Nur Amalina plak, knp nak keji, caci, maki dia? betul dia pelajar contoh, antara pemegang rekod pencapaian peperiksaan terbaik di Malaysia tp dia bukan malaikat. in fact klau aku tak tersalah baca, dia di sini dulu pun cuma berhijab pada masa2 tertentu sahaja. bukan sepanjang masa.

oleh kerana dia ikon pelajar terbaik, kita guna pakai title tuh utk mengutuk penampilan dia sekarang?

tapi cuba kita tgk balik keadaan anak2 muda di Malaysia skrg...ada persamaan tak? itu belum lagi dpt sambung belaja atau bekerja di luar negara dah jadi mcm tu...klau diaorg dpt mcmana kedua2 pelajar kita yg di atas tu aku sendiri tak tahu apa jadi pada diaorg ni...

aku bukan bercerita kosong.. apa yg kupas kat sini berdasarkan pengalaman aku sendiri...

kes 1:

rakan sekuliah semasa sambung pengajian di salah sebuah universiti awam pilihan ramai di Malaysia..

ms mendaftar, dan awal semester 1, nampak naif sgt. siap ngaku dtg dr kampung. dan tatasusila, cara berkomunikasi masih lagi ada loghat negeri asal...solat jgn citer la 5 waktu kat surau kolej kalau weekend....

bila smp pertengahan semester, sikit2 berubah. dr keras penampilan (lelaki sejati) berubah sikit2 jadi wanita jadian....

sampailah mula semester 2..apa yg kitaorg dpt tahu, ada sorg uncle jadikan dia anak ikan belaan ....

6 bulan je boleh berubah......dan yg aku tekankan kat sini...tu study kat dlm Malaysia jerk..baru je dpt dok kat Lembah Klang...cuba bayangkan kalau dia sambung oengajian di luar negara...hanya Allah yg mengetahui semuanya yg bakal terjadi...

kes 2:

kenal dengan seorang yg nampak innocent..berasal dr negeri yg agak ortodox kemelayuannya.

tapi pernah terbaca text2 dlm fon dia, penuh dgn sms berbaur lucah...smp aku msh igt kuar 1 statement...

"ms smp kat sini jerk baru explore sumer ni..."

again aku tekankan, baru dpt sambung belaja kat Lembah Klang tp segalanya berubah mcm tu jerk....

moral yg aku nk tekankan kat sini..

duduk la kat mana pun kalau diri sendiri tak tahu nak kawal diri...dok dalam negara pun boleh jd lebih teruk.....semua atas diri sendiri.....nak jadi mcmana....


xperlu nak menyalak org yg di luar negara tu kena kejutan budaya sbb mmg diaorg duduk di tpt yg budayanya jauh berbeza dengan kita di sini...

apa kata kita salakkan anak2 muda yg mmg duduk di dalam negara tp mungkin berasal dr ceruk2 rantau mana yg smp ke bandar yg tak besar mana pun klau na dibandingkan dengan negara2 jiran, tapi terkena kejutan budaya gak...jauh sgt ke beza budaya di bandar ngn ceruk rantau tu?

sebelum nak tgk kuman seberang laut, tgk dulu gajah depan mata ni. perbetulkan anak2 muda kita yg dekat dengan kita dulu sebelum kita nak kaji anak2 muda kita yg nun jauh di seberang sana...

sebelum aku berhenti membebel pasal ni..aku attach video Nur Amalina which aku rs dia cukup bijak handle keadaan dgn rendah hati memohon maaf pada rakyat Malaysia atas ketelanjuran beliau...






apa yg aku coretkan ini sekadar pandangan peribadi aku...

xder niat nk mengaibkan sesiapa atau cuba melawan apa yg dah tertulis dalam hukum.....

klau xsuka, aku xleh paksa sbb msg2 ada pendapat sendiri...dan bila bercerita soal pendapat dan pandangan..tiada yg salah..dan tiada yg betul...


2 comments:

Unknown said...

what to comment cos i can't say more.. seems like we share the same thinking.. i sedih adik2 yang ada di malaysia yang kononnya datang dari ulu banat.. e.g. datang dari kampung A ke bandar C yang jarak hanya 3 jam dari kampung A.. 6 bulan pertama semuanya baik.. masuk 6 bulan seterusnya.. perangai masing2.. yang penting hati kena kuat.. akal mesti kena bijak menilai.. kalau nak compare kehidupan mat salleh kat luar negara tu sama je dengan kita.. contoh senang laa.. cuba tgk balik fesyen2 artis tahun 60an depa.. masih menutup.. yang Malaysia semua nak jadi ikutan.. kerana apa.. peredaran zaman katanya.. tapi apa perlu peredaran zaman tapi kita dah kembali ke zaman jahiliah? pemikiran dah mcm orang2 zaman jahiliah yang tak bertamadun? fikir sendiri laa.. wa tak layak berdebat soal agama.. cuma wa lebih suka fikir secara rasional..

perindu sepi said...

dunia akhir zaman..soal agama sudah tidak mnjadi kepentigan sebaliknya nafsu yang menguasai diri...

moga mereka ini diberi hidayah oleh ALLAH...dan kembali ke pangkal jalan...

Powered By Blogger