Tuesday, January 31, 2012

DakKecik's Favourite.....

sesetengah org akan mtk mcm2 utk besday dia...

sesetengah org akan nak mkn di tpt yg exclusive bg sambutan besday dia...

sesetengah org nak ada party besar2an utk besday dia....

tapi DakKecik....apa yg buat dia tersenyum semasa besday dia .....



dan juga (pada masa tu) ucapan ulang tahun dari aku....

Ya Allah betapa saat2 bahagia itu xkan pernah aku rs lagi biarpun hatiku sudah menyayangi org lain...

February datang lagi......

As Salam semua....actually i dun know what to write here but i need a space where i can let go what i feel rite now. 

February ..... bulan kedua dalam kalendar Masihi. since 2008 aku tak suka kedatangan bulan February sbb ada tarikh2 yg perlu aku lalui yg akan buat aku sedih utk 1 tempoh masa yg panjang.... but when it comes to 2009, i really wish February will never ever come coz i lost the only person that cared bout me aft DakKecik left.

ok la...aku citer 1  1 k...kang ada plak yg kata aku merepek meraban......

4 February - hari kelahiran DakKecik......3 tahun kami celebrate sama2 besday dia. wpun xder la smp bt kat tpt yg gempak2 or kuar belanja yg byk tp kenangan yg tercipta tu yg buat aku xnk lalui tarikh tu...yg terakhir sekali sambutan besday dia, aku ngn anak sedara aku pakat bt suprise celebration....ms tu dia keje and dia blk keje kul 10 mlm....aku awal2 dh grak p umah akak aku kat kemuning. smp je...dlm kul 8 mcm tu...aku soh anak buah aku p bli cake kat four seasons cake house, kota kemuning. very simple cake dan murah. harag bukan penanda ukuran nilai satu2 brg tu kan? 

ms anak sedara aku p bli cake, aku plak call dia soh dtg umah akak aku. aku bg alasan akak aku soh blk sbb ada hal tp sbb kat umah xder bnd nak mkn....so aku soh dia dtg gak makan dl kat sini b4 kitaorg blk sama2 mlm tu. dia pun caya je and promised that she'll be here rite aft work. 

ms yg sama aku dh soh akak aku masak sikit2 utk celebration kul 12 nt...smbl2 plan nak bt suprise camner....

dlm kul 1100 mcm tu dia pun smp. dgn muka innocent, dia bg salam and aku bukakkan pintu utk dia. anak sedara aku bg towel soh dia refresh badan dia dulu...then soh dia mkn. msg2 bt tak reti jek....mcm takder apa2   yg jadi....aku tgk dia pun gelisah semacam je. aku tau dia nak ajak aku kuar ms tu....sbb kan besday dia. tp aku dok bt bodo jerk....konon2 aku tak igt pun besday dia...hehehehehehe *jahatkan aku ni....:P

dlm kul 1145 sumer dah siap2 nak masuk tido.....umah pun dah gelap..kakak aku dah lama dibuai mimpi..maklumla...org dah nak masuk usia emas...hehehehe *sempat lg ngutuk tu...:p
aku xmsuk tiso tp dok dpn tv je...anak2 sedara aku dah masuk bilik....dah umah pun dh gelap ms tu..ada cahaya dr TV set jerk .... dia pun mcm biasa dok citer psl cust2 yg dtg tpt keje dia arini....tp nada dia xseceria biasa.....*lakonan diteruskan ni.....dlm ati Allah je tau punya penat nak tahan gelak tgk muka dia yg mcm anak kucing mtk mkn....:P

sharp kul 12.....anak2 sedara aku kuar bilik...bawak cake yg siap ngn lilin .....siap nyanyi utk dia.....aku pun bgn and amik cake tu ltk dpn dia. yg aku npk bdgn bantuan cahaya lilin ada titisan air mata kat pipi dia. aku wish kat dia and anak2 sedara aku pun wish....makin lebat plak air ujan tu.....

mlm tu pas dah settle sumer bnd tu aku sembang ngn dia, dia kata itulah besday paling best dia pnh dpt sepjg hidup dia. dia igt aku dh lupa besday dia sbb tu dia bckp non stop nk bt aku igt....rupana aku mmg dh plan sumthing utk dia....ms anak2 buah aku dh masuk bilik, aku suapkan cake tu pd dia...and aku ckp kat dia...aku hrp ni bkn besday terakhir aku sambut utk dia...tapi hakikatnya itulah yg terjadi.....smp ke hari ni...bila dtg detik 4 February, aku akan sedikit tertekan. namun ada senyuman dalam kedukaan tu bila igtkan kembali saat2 indah kami bersama. 

16 February 2009 - hari arwah mak pergi buat selama2nya lepas aku mandikan dia....aku xnk citer byk pasal ni sbb saat aku nk tulis ni pun aku dh rs sebak. itulah kali terakhir aku bckp dgn dia, itulah kali terakhir aku mandikan dia, itulah kali terakhir kali aku berbuat sesuatu utk dia....takkan aku lupa raut wajah jenazah arwah. pergi nya cukup mudah. dlm tidur dia pertgi tinggalkan aku dan semua.....itulah hari paling sedih dlm idop aku. smp saat ni aku msh rindukan arwah...kata2nya, jenakanya, latahnya, masakannya, nasihatnya...

terima kasih mak sbb dah bentuk adik jadi yg mcm adik skng. setiap pesan mak terutama dalam perihal berkawan adik xpernah lupa biar[un ada terleka. tp skng adik dh npk apa kesan dr semua yg mak larang dulu. mak lah ibu terbaik seluruh galaxy yg ada kat angkasa lepas tu...betul mak xder bagi adik kemewahan material tapi mak bagi adik pelajaran yg xder sekolah leh bagi. dan alhamdulillah apa yg mak ajar adik sblm ni, adik cuba ajarkan pd org lain plak...pada yg memerlukan.....insya Allah ilmu tu xkan terhenti wpun 1 masa nanti adik pun akan menyusul mak...dah xlama mak...nanti kita akan bersama balik tau....rindu sgt kat mak....:(

utk DakKecik, this year awak dah 25 dah umur. hrp awak dah semakin matang wpun hakikatnya awak mmg lbh matang dr org2 yg sebaya awak. org doakan awak berbahagia dgn siapa je pilihan hati awak skng. awak, org nak share je ngn awak (org tau awak xkan baca pun apa yg tertulis kat sini) lps 4 tahun awak pergi org dah boleh terima org lain dlm idop org. tp dia xleh terima org sbb dia tahu org xkan lama dgn dia. penyakit org pun dah mkin truk awak. tp awak xpeduli pun kan. awak, mmg org yg baru ni xboleh gantikan tpt awak, tp dia ada sumthing yg org lain xder. tp dia xpernah terima org pun wpun mcmana cara org bt pun. biarpun org dah syg dia skng tp setiap kenangan kita org xkan lupakan smp mati. ms bersama dgn awaklah ms plg bahagia dlm idop org biarpun ada ms kita bergaduh gak. terima kasih sbb sudi bersama ngn org sepjg tempoh tu. jasa awak org xkan lupa smp bila2......


Friday, January 27, 2012

miss u so much

AKU RINDU DIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, January 19, 2012

Apa Perlu

apa perlu jatuh airmataku
untuk dia yang tak menghagai
tidakkah aku manusia bodoh
menyayangi yang tak pernah
sekali menyayangiku?

terlanjur aku sayang
bukan mudah aku berubah hati
biar beribu kali aku disakiti
biar berjuta kali aku dibonongi
cintaku takkan pernah berubah

dia tak pernah kisah
apa perasaanku terhadapnya
apa perlunya aku dalam hidupnya
cuma insan hina tak berharga

apa perlu aku pergi dahulu
baru sedar dia akan cintaku padanya
apa perlu setelah berselimut kain putih
baru akan dia terima segala

apa perlu aku kalah
dalam perjuangan hidupku
mungkin buat kesekian kalinya
aku perlu mengalah
demi memuaskan hatinya
jika itu mahunya dia
akan aku turuti
demi cintaku padanya

Chairel @ Nairul
20012012
0010hrs

Saturday, January 14, 2012

Halal, Haram, Waswas, Syubahah

as salam...

1st of all..aku nk mtk maaf dl kalau dlm tulisan nni ada yg akan trasa hati.
2ndly, jgn pre judge aku dgn berdasarkan penulisan aku ni sbb apa aku tulis adalah berdasarkan pengetahuan dan pandangan peribadi aku....

aku skng ni tgk kat wall FB aku..byk sgt post pas issue halal terutama sekali bab makan (itu je kot yg org pandang bab halal ni). kdg2 aku rs muak tgk smp sumer bnd xleh nak makan or diragui status halalnya. abes tu nak makan apa je? apa org2 yg post mcm2 tu yakin semua makanan yg kita mkn wpun kita bli kat kdai Islam dan berjenama Islam tu betul2 halal? sayur2,bila tgk je nama pengilang tu nama Melayu...trus fikir..woooo ni sure halal sbb melayu yang buat...

adehhh.....bukak la minda tu sket...yg makanan runcit kita bli kat kedai tu...contoh : mee basah, sayur2, cili giling, bawang goreng dan mcm2 lagi....takat nama syarikat tu nama melayu xsemestinya pemilik dia melayu or pekerja dia semua melayu atau Islam...tp nak bt camner mentaliti tu susah sgt nk ubah...bila nama melayu, semua halal. bila nama org putih sumer nak diragui halalnya....

aku xmo kupas sgt bahan2 dlm makanan ni halal ke tidak sbb selagi kita xnpk bnd tu....kita xleh nak kata per2...apapun korang mkn la kat mana pun, yg penting korang yakin tpt tu makanan dia halal, makanlah....klau tak jgn la nak dispute plak....kdg2 smp aku fikir, org yg dispute all these international chain ni...tah2 dia dengki kot sbb xmampu nak p makan/minum kat situ...(jahat tak pemikiran aku...hehehehehehe).

aku nak buat korang fikir la...kita dok teliti pasal mcm2 bnd tp korag p makan kat kdai jual makanan thai tepi jalan tu...btl ke halal mknan dia. pernah tak korang check ada x tanda halal pada tomyam paste yg diaorg guna...nampla @ kicap sotong yg diaorg guna, sos cili thai (yg ada gmbr pmpn pastu 95% tulis siam tu) halal ke....aku yakin korang xpernah check kan?

so klau yg itu korang xpernah check, toksah dok sibuk la nak tgk restaurant yg besar2 tu....in fact (ni nak sambung point yg tadi...) korang makan kat hotel tu...brapa kerat hotel je yg ada halal cert...pernah korang check tu...

aku ada la post sumthing pasal halal ni kat wall FB aku....ada la yg menjawab NO PORK DOESNT MEANS ITS HALAL....mmg la betul...yg penting kita yakin mknan kat situ bersih dan halal..udah le. klau rs xyakin, xyah makan dan jgn la nak timbulkan isu remeh temeh tu kat cyber world...

bak aku nak korang fikir 1 benda bila nak citer hal halal ni. pernah tak korang fikir, (siapa yg dah keje yerk @ berniaga) betul HALAL ke pendapatan korang? brapa peratus korang yakin pendapatan korang tu betul2 bersih?

aku bagi contoh la eh. org yg keje hotel dan bidang2 berkaitan termasuk supplier. hotel kat Malaysia ni 95% serve arak. aku rs korang punya ilmu agama lebih tinggi dari aku, bersih ke pendapata bila ada hasil arak ada dlm perolehan sesebuah hotel tu?

contoh kedua : keje Goverment, dari mana sumber pendapatan utama negara? Cukai2 atas mcm2 brg termasuk arak, judi, hiburan yg bercanggah dengan ajaran Islam. adakah gaji yg korang dpt tu bersih? halal? 100%.....

contoh ketiga : Bank termasuk bank2 yg berkonsepkan Islam. modal utk bank konvensional guna utk bukak cawangan Islam tu dari mana? bila bercerita soal perbankan konvensional, sah2 pendapatan tu dtg dr bunga atas setiap pinjaman yg diberi. adakah pendapatan tu benar2 bersih?

contoh 4: event management companies. bila kne buat annual dinner utk client dan ms event tu ada serve arak....rs2nya pendapatan syarikat dan pendapatan korang tu betul2 bersih ke?

itu antara contoh yg aku  leh bagi la...

so tolonglah, jgn nak kecoh sgt pasal halalnya makanan kita ni sbb sblm kita kaji tu, kita kaji dulu sumber pendapatan kita.

sekali lagi, buat sapa2 yg terasa atau tak bersetuju dgn pandangan aku ni....terpulang la pada korang....aku cuma smpkan apa yg aku fikirkan brdasarkan ilmu aku yg sedikit ni.....

wasalam....

itu antara contoh ketara yg aku leh tgk dan fikirkan.

Wednesday, January 4, 2012

Culture Shock

As Salam dear audience....(ecehceh..mcm la rmai sgt yg follow blog ni..:) )

sejak beberapa minggu lepas kita disogokkan dengan issue kejutan budaya di kalangan rakyat Malaysia yg menyambung pelajaran di luar negara. bermula dengan isu perkahwinan sejenis seorang lelaki Melayu di Dublin dan yang terkini isu Nur Amalina, pelajar pintar yg berada di United Kingdom. kalau ada yang lupa aku attach sikit gmbr2 berkenaan isu tersebut kat bawah ni sebelum aku membebel lebih panjang lagi..











Inilah wajah2 yg dikatakan lupa cara hidup org timur tempat asal mereka. bukan niat aku nak mengaibkan mereka ni cuma sekadar mencoretkan pendapat aku berkenaan isu ini pada perspektif aku, insan biasa yg punya banyak kelemahan.

cuba korang bezakan plak dgn gambar2 yg aku attach kat bawah ni :











apa yg membezakan antara mereka ini? pada pandangan aku la yerk....yg bezakan diaorg ni 1 jerk....

koleksi gmbr yg kat atas tu dr pelajar kita yg tinggal di negara luar yg tiada batasan dari apa jua sudut....

tapi koleksi gmbr yg di bawahnya plak ada anak2 muda kita yg tinggal dan MUNGKIN tidak pernah meninggalkan tanah Malaysia pun yg kita pun tahu penuh dgn adat, budaya dan agak konsovertif dari segi pemikiran......

persoalan yg aku cuba timbulkan kat sini adalah....kita terlalu memandang jauh utk melihat keburukan orang lain sedangkan di depan mata kita sendiri pun keburukan terjadi dan pada hemat aku, ada kalanya jauh lebih buruk dari mereka yg tinggal di luar negara.....

aku nak huraikan sikit kes perkahwinan sesama jenis tu dulu....

ini cuma pandangan aku...tolak tepi SEKEJAP soal agama dan moral sbb mmg dah sah lah perkahwinan sesama jenis adalah sesuatu yg dilarang dalam semua agama dan semua budaya...

tapi kalau kita fikirkan dari 1 sudut yg lebih meluas, sekurang2nya yg berkahwin sesama jenis ni dia tahu yg dia dah commit dgn seorang lelaki sahaja berbanding dengan golongan homosexual di Malaysia yg kebanyakkannya....aku tak kata semua ya....kebanyakkannya bertukar2 pasangan mungkin setiap hari, setiap minggu, setiap bulan.....ikut keperluan nafsu masing2....mana yg lebih buruk utk kita tgk?

sbb tu awal2 aku dah mention tolak tepi jap soal agama dan moral....bukan maksud aku nak menghalalkan apa yg diaorg bt cuma cuba kita tgk dr skop yg lebih luas....

Isu Nur Amalina plak, knp nak keji, caci, maki dia? betul dia pelajar contoh, antara pemegang rekod pencapaian peperiksaan terbaik di Malaysia tp dia bukan malaikat. in fact klau aku tak tersalah baca, dia di sini dulu pun cuma berhijab pada masa2 tertentu sahaja. bukan sepanjang masa.

oleh kerana dia ikon pelajar terbaik, kita guna pakai title tuh utk mengutuk penampilan dia sekarang?

tapi cuba kita tgk balik keadaan anak2 muda di Malaysia skrg...ada persamaan tak? itu belum lagi dpt sambung belaja atau bekerja di luar negara dah jadi mcm tu...klau diaorg dpt mcmana kedua2 pelajar kita yg di atas tu aku sendiri tak tahu apa jadi pada diaorg ni...

aku bukan bercerita kosong.. apa yg kupas kat sini berdasarkan pengalaman aku sendiri...

kes 1:

rakan sekuliah semasa sambung pengajian di salah sebuah universiti awam pilihan ramai di Malaysia..

ms mendaftar, dan awal semester 1, nampak naif sgt. siap ngaku dtg dr kampung. dan tatasusila, cara berkomunikasi masih lagi ada loghat negeri asal...solat jgn citer la 5 waktu kat surau kolej kalau weekend....

bila smp pertengahan semester, sikit2 berubah. dr keras penampilan (lelaki sejati) berubah sikit2 jadi wanita jadian....

sampailah mula semester 2..apa yg kitaorg dpt tahu, ada sorg uncle jadikan dia anak ikan belaan ....

6 bulan je boleh berubah......dan yg aku tekankan kat sini...tu study kat dlm Malaysia jerk..baru je dpt dok kat Lembah Klang...cuba bayangkan kalau dia sambung oengajian di luar negara...hanya Allah yg mengetahui semuanya yg bakal terjadi...

kes 2:

kenal dengan seorang yg nampak innocent..berasal dr negeri yg agak ortodox kemelayuannya.

tapi pernah terbaca text2 dlm fon dia, penuh dgn sms berbaur lucah...smp aku msh igt kuar 1 statement...

"ms smp kat sini jerk baru explore sumer ni..."

again aku tekankan, baru dpt sambung belaja kat Lembah Klang tp segalanya berubah mcm tu jerk....

moral yg aku nk tekankan kat sini..

duduk la kat mana pun kalau diri sendiri tak tahu nak kawal diri...dok dalam negara pun boleh jd lebih teruk.....semua atas diri sendiri.....nak jadi mcmana....


xperlu nak menyalak org yg di luar negara tu kena kejutan budaya sbb mmg diaorg duduk di tpt yg budayanya jauh berbeza dengan kita di sini...

apa kata kita salakkan anak2 muda yg mmg duduk di dalam negara tp mungkin berasal dr ceruk2 rantau mana yg smp ke bandar yg tak besar mana pun klau na dibandingkan dengan negara2 jiran, tapi terkena kejutan budaya gak...jauh sgt ke beza budaya di bandar ngn ceruk rantau tu?

sebelum nak tgk kuman seberang laut, tgk dulu gajah depan mata ni. perbetulkan anak2 muda kita yg dekat dengan kita dulu sebelum kita nak kaji anak2 muda kita yg nun jauh di seberang sana...

sebelum aku berhenti membebel pasal ni..aku attach video Nur Amalina which aku rs dia cukup bijak handle keadaan dgn rendah hati memohon maaf pada rakyat Malaysia atas ketelanjuran beliau...






apa yg aku coretkan ini sekadar pandangan peribadi aku...

xder niat nk mengaibkan sesiapa atau cuba melawan apa yg dah tertulis dalam hukum.....

klau xsuka, aku xleh paksa sbb msg2 ada pendapat sendiri...dan bila bercerita soal pendapat dan pandangan..tiada yg salah..dan tiada yg betul...


Powered By Blogger