aku sesat dan aku perlu mencari diriku semula....
sejak bila?
sejak perginya DakKecik dalam hidup aku.....
sejak perginya arwah mak menghadap Yang Esa...
bukan mudah tapi aku terus mencuba dan terus mencuba ......
aku xmengharap org akan memahami kerna xkan pernah ada org bisa memahami....
Tuesday, February 21, 2012
Saturday, February 18, 2012
sahabat : masih wujudkah?
as salam...
dah lama aku x update blog bodoh aku ni.....bkn per gak bz ngn mcm2 bnd yg aku kne selesaikan...
post aku kali ni....pasal persahabatan....aku masih igt dan takkan lupa kata keramat seorang sahabat yg byk ajar aku erti kehidupan ni sendiri....seorang yg pada dasarnya hidup dlm dunia dia sendiri.....saat aku terpinggir dek kerana perbedaan aku...dia duduk di sebelah dan ungkapkan 1 kalimah yg mmg smp skng aku gunapakai utk kehidupan seharian aku....
"untuk punya teman baik...jadilah teman yang baik untuk teman2 kau" - Azman Hussin, 2001
Azman Hussin @ Man, setakat aku mengecapi hidup hampir 33 tahun ni, dialah sahabat terbaik yg aku pernah ada. seorang yg mmg menghargai nilai persahabatan tu dan xpernah pun melupkan sahabat2nya xkira mcmana pun keadaan dia. takkan aku lupa dlm membantu aku mengubah diri menjadi lebih baik, sepanjang tempoh tu, dia sentiasa ada dgn aku. sekali dgn kwn2 serumah yg xpernah aku jangka jd sekumpulan manusia terhebat dlm menilai erti persahabatan, ke mana langkahku pasti semua ada bersama. kalau diaorg ajak keluar dinner dan aku xnk keluar, 1 isi rumah pun takkan keluar. sgup berlapar hny sbb salah sorg dr kami xnk keluar. how i wish i can get that kind of friend now...here....at this point of time....but sadly peeps nowadays dun treasure friendship anymore. true friendship i mean.....
rmai yg mengaku akan berteman smp bila2....yg kononnya menghargai aku sbg teman baik tp hakikatnya semua tu sekadar kata2. kenyataannya aku cuma di cari saat mereka sepi, tertekan, bosan dan kwsn2 yg sewaktu dengannya. aku ni mcm tpt tpt singgah je...klau ikut highway tu mcm R&R...pas dah xder apa, bila dah happy aku ni dipandang pun tidak.....ditegur apatah lagi....
aku xpernah berdendam dgn org camni sbb aku tau dan aku sedar mcmana kalimah keramat yg MAn bg kat aku, diaorg ni susah nak maintain persahabatan...dgn sikap yg mcm tu. lagipun all this while when this kind of friend xder dlm hidup aku, aku masih mampu teruskan hidup aku sendiri. hadapi mslh aku sendiri. bila jadi mcm ni aku terigt motto hidup kawan aku. BALADA which in full means Born Alone, Live Alone, Die Alone - Raja Eszura. 2008
alhamdulillah jugak aku tak punya ramai kawan...sbb kawan tu akan ada sama ada ms aku happy, senang, sihat, diaorg ada mslh atau diaorg xder kawan yg nak layan diaorg. klau ada sejuta kawan mcm ni pun, maaf...aku bkn xhargai tp aku boleh lepaskan dgn mudah je. mst akan ada yg kata aku sombong sbb statement aku ni tp aku berbangga sbb xder kawan2 yg camni, aku ada beberapa sahabat yg alhamdulillah sentiasa bersama aku xkira apa jua keadaan.
arwah mak selalu pesan, berkawan tu biar berpada2. mcm arwah mak aku sendiri, aku dpt tgk, mmg arwah bukan org yg suka berkawan tapi masa dia meninggal aku sendiri tatau dari mana dtgnya manusia2 yg turut meratapi pemergiannya. ada yg aku xpernah tgk pun...nama pun aku xpernah dgr arwah sebut. tp mereka ni ada di saat2 pengurusan jenazah smp la naik van utk dikebumikan. aku pingin punya teman sebegitu.....dan aku ada sbnrnya....
aku rasa diaorg ni layak aku coretkan nama kat blog hina aku ni sbg tanda betapa aku hargai diaorg....
1) azman husin - man
2) rozlina abu bakar - lina
3) dzulhilmi - dzul
4) zul
5) j
6) mohd alisam - sam
7) maizura
8) harddieboi
9) dedek
inilah org2 yg sentiasa ada dkt ngn aku, yg xpernah lupa akan kewujudan aku dalam hidup diaorg.....
maaf kalau nama2 lain aku xcoretkan kat sini sbb kalian blm layak berada di tpt yg diaorg ada skng.
dan yang penting dgn tempoh masa 18 bulan yg tersisa ni....jgn plak bila aku dah xder nt baru la teman2 kategori cari aku bila memerlukan ni baru nak sedar yg aku pernah wujud dlm hidup diaorg. sbb mmg itulah hakikat manusia....ms ada tak dipedulikan, ms dah takder br nak igt.....
ni jer la repekan aku bt masa ni......aku abeskan coretan aku ngn sajak yg aku buat sendiri hampir 2 tahun lepas.......
Singgah
Dunia adalah tempat persinggahan
Bagi setiap 1 makhluk Nya
Sampai waktunya
Semua pasti berpindah
Ke alam abadi
Begitu juga aku
Aku sering dijadikan persinggahan
Meneman hati-hati sunyi
Menghangatkan tubuh-tubuh dingin
Mendengar pelbagai cerita
Kurasakan setiap kali tiba saat itu
Aku disayangi dan dicintai
Hingga aku terlupa bahwa
Aku cuma persinggahan mereka
Aku terhanyut dengan janji sementara
Aku terbuai dalam sentuhan palsu
Hari kian berlalu
Aku tetap sepi sendiri
Aku masih di sini
Di mana mereka?
Bersama dengan insan piihan hati
Aku ditinggalkan seolah tidak punya harga
Acapkali aku tersungkur tatkala mereka pergi
Kini aku sudah tegal
Mampu berdiri melihat keberangakatan mereka
Malah aku mampu mendoakan kebahagiaan mereka
Perasaanku seolah mati
Terlalu biasa diperlaku sebegini
Aku sedar
Layakku sekadar persinggahan
Buat mereka yang kesepian
Sebelum mereka menemukan cinta
Dan aku juga persinggahan
Buat mereka yang telah kehilangan
Cinta dan kasih sayang
Sebelum mereka menemukan kembali cinta
Aku juga sedar
Aku sekadar persinggahan
Buat mereka yang membutuhkan teman mendengar
Setiap luahan hati mereka
Itulah aku
Sekadar layak jadi persinggahan
Aku redha
Kerna aku yakin
Aku tak akan pernah menemukan cinta sejati
Chairel @ Nairul
26/12/2010
2024 hrs
Subscribe to:
Comments (Atom)



