Sayup
takbir malam raya berlagu dari luar tingkap bilik wad Zam. Sejak seminggu dia
sudah menyinggah di Pusat Perubatan Subang Jaya tanpa ditemani sesiapa.
“Adakah ini raya terakhirku?” tanya
Zam pada dirinya.
Dalam
dia termangu memikirkan dirinya, terdengar pintu bilik diketuk. Perlahan daun
pintu terkuak dan muncul wajah yang
sering dirindukan.
“Asu, kami dah sampai! Mama ada
bekalkan rendang ayam, ketupat palas, nasi himpit dengan kuah kacang kegemaran
Asu. Sama macam arwah selalu masak dulu. Asu makan tau!” Kata Iwan, anak buah
yang paling rapat dengan Zam.
“Buat apa la korang susah-susah
bawak semua ni. Bukan Asu boleh makan pun. Kan dah sudah tertulis kat katil Asu
ni yang Asu kena puasa sebelum menjalani rawatan petang nanti,” jawabnya lemah.
“Ala Asu, jamah la sikit. Nanti Iwan
gi tanya jururawat yang kat luar tuh. Iwan ayat dia sikit sure dia bagi Asu
makan,” balas Iwan senyum melebar. Dia tahu Iwan risaukan keadaannya tetapi dia
cuba berlagak yang tiada apa yang terjadi pada dirinya.
“Asu, Mama kirim salam. Mama pesan
Asu jaga kesihatan Asu. Mak Long Sariah, Mak Long Mey dan Mama sangat risaukan.
Diaorang marah sebab Asu sakit macam ni pun masih taknak bagitau diaorang,”
tiba-tiba Nina bersuara, anak buah perempuan yang semakin hari semakin comel
pada pandangan matanya.
“Asu ok la. Asu kurang rehat jer ni
kot. Kan Asu selalu sibuk dengan keje Asu sekarang ni,” ujarnya sekadar mahu
menyedapkan hati anak buahnya itu.
Tidak
sampai lima minit selepas Iwan melangkah keluar, dia masuk ke bilik wad Zam
dengan muka mencuka. Dia tahu kenapa Iwan jadi macam tu. Pasti jururawat di
kaunter melarangnya memberi Zam kebenaran menjamah makanan kegemarannya.
“Asu, jururawat tu kata Asu tak
boleh makan apa-apa sampai lepas abis treatment Asu petang nanti,” Iwan
bersuara dengan nada kecewa. Terpapar di wajahnya riak kekecewaan dan hampa.
“Kenapa Asu tak boleh makan semua tu
abang? Kan selalu Asu masa raya tuh lah yang dia makan. Adik selalu temankan
Asu makan kalau kat rumah,” soal Adik, anak buah bongsunya. Dia terlalu mentah
untuk memahami apa yang sedang bapa saudaranya alami sekarang.
“Adik, Asu sakit sebab tuh dia tak
boleh nak makan sumer tuh. Adik gi duduk kat luar dengan kakak kejap ya. Abang
ada benda nak bincang dengan Asu ni pasal bisnes kitaorg,” jawab Iwan dengan
nada memujuk. Dengan wajah muram, adik-adiknya keluar meninggalkan mereka
berdua.
Iwan membetulkan duduknya. Kini dia
duduk betul-betul di sebelah Zam. Dari matanya Zam tahu yang Iwan inginkan
jawapan darinya soal penyakitnya. Tapi dia nekad selagi dia masih mampu dia
takkan bebankan siapa-siapa dengan masalahnya. Biarlah dia sendiri yang
menanggung semua sakitnya. Dah lama dia berperang dengan dirinya melawan
penyakitnya hinggakan pernah dia ke hospital sendirian dalam keadaan lemah hanya
kerana tak mahu menyusahkan adik-beradiknya. Itulah tekadnya sejak dia
mengetahui yang dirinya tidak lagi sihat sepertimana orang lain.
“Iwan, Asu nak tanya. Macamana
dengan Insanity Couture? Ada masalah ke kat pejabat? Macamana dengan collection
baru yang kita nak launch bulan depan? Semua dah siap ke?” soalnya pada Iwan.
Dalam keadaan yang begitu, jiwanya masih di pejabat. Insanity Couture yang
tertubuh kira-kira 2 tahun lalu kini semakin berkembang. Setiap kali pelancaran
koleksi baru, pasti akan habis tak sampai sebulan. Permintaan semakin tinggi
tapi prinsip perniagaannya, setiap koleksi hanya akan dikeluarkan 100 unit
sahaja. Ternyata percaturannya menjadi. Pernah sekali salah satu rekaan
Insanity Couture dijual dengan harga hampir RM 400.00 sehelai hanya kerana
keunikan rekaan mereka. Pembelinya dari Singapura yang juga peminat setia
rekaan mereka. Dia benar-benar bangga kerana Insanity Couture tertubuh hanya
kerana niatnya ingin membantu merealisasikan impian Iwan dan juga
memperbetulkan kesilapan yang pernah Iwan buat beberapa tahun lalu.
“Soal kat pejabat Asu jangan risau.
Semua dah siap tinggal tunggu masa untuk launching jer nanti. Kalau takda
masalah, launching kita akan buat dekat ruang legar utama Pavillion 20 September
nanti. Model sume dah ada, pasukan pereka kita pun keje siang malam nak jadikan
launching ni yang paling gempak Insanity Couture pernah buat. Asu nak tau,
untuk koleksi kali ni kita dah dapat pesanan dari Australia dengan UK. Semalam
diaorg datang office dan discuss pasal nak jadi pengedar ekslusif jenama kita
kat sana,”ujar Iwan seolah-olah memberi laporan padanya. “Tapi Asu kena janji
yang Asu akan datang masa launching tu,” sambung Iwan.
Zam
terdiam. Memang dia terlalu ingin bersama dengan anak-anak buahnya semasa majlis
tersebut tapi adakah masa akan menyebelahi dia? Hanya itu yang bermain di
fikirannya. Tanpa sedar menitis air matanya mengenangkan dia mungkin tidak
dapat bersama meraikan kejayaan perusahaan yang dimulakannya sendiri. Air mata
itu mengalir kerana dia bersyukur usahanya selama ini demi masa depan anak
buahnya terbayar dengan kejayaan Iwan menjadi usahawan muda yang disegani malah
pernah menerima Anugerah Belia Negara tahun lalu sekaligus menjadi penerima
anugerah termuda dalam sejarah.
“Asu, Iwan nak tau. Apa sebenarnya
sakit Asu ni? Dari dulu lagi kita kongsi semua suka duka kita sampailah kita
berjaya bina Insanity Couture menjadi jenama terkemuka tapi kenapa Asu sorokkan
penyakit Asu dari Iwan? Dah lama Iwan syak yang Asu ada rahsiakan sesuatu dari kitaorang
tapi Iwan tak pernah tanya. Kali ni Iwan mintak sangat-sangat Asu terus terang
dengan Iwan. Tolong ya Asu…Iwan merayu dengan Asu,” Iwan bersuara lagi kali ini
diiringi dengan genangan air mata. “Iwan sayangkan Asu. Atas jasa Asu lah Iwan
Berjaya. Kalau tidak Iwan tak tahu apa akan jadi dengan Iwan,” kali ini dengan
suara sebak yang mampu membuat sesiapa yang berada bersama mereka turut
menangis.
